Monday, October 31, 2011

28th Week

This week dah masuk 28th week..sudah 7month..another 3 more month to go..
Pantas sungguh kan..
Berat pun naik lagi 2kg bulan ni.
Padahal baby baru 1.2kg.
Semalam consult with Dr.Anita about my due date.
Tanya dia possible tak if baby no.1 deliver on time, so baby no.2 pun on time juga?
The answer is NO.
Takut pls..
I told her that my last final exam will be on 21st of Jan..
So yesterday check2..my due date dah jadi 27th Jan pula.
Mean saya ada tempoh 1 week je b4 the due date.
Takut takut..
Tapi apa yang saya ada skang is doa je..
Doa banyak2 sahaja.
Kawan2 tolong doakan saya ye..
Malam tadi first time buat 3D kat baby.
So excited..Mia and daddy was there too.
Macam biasa Mia pot pet tunjuk baby kat screen.
She was really excited seeing her lil brother in the screen.



Lips like Angelina Jolie plz..

See his hand on the head..

"Too much Mechatronic study already mommy..poning kepalo den"

He is getting chubby and chubbier..just like mommy.

Pipi sungguh gebu ..mommy mahu geget dah..


Oh..the excited masa tgk baby no.2 ni rasanya sama excitednya masa tgk baby no.1 dulu.

Takde beza pun..

So now, baru saya tahu kasih sayang untuk baby no.2 pasti sama seperti baby no.1

Mommy and daddy love you already baby no.2

Stay healty and chubby inside mommy tummy k.

Jangan keluar awal sangat..

Jom tolong mommy jawab exam dulu.

Lepas tu baru keluar k.



Sunday, October 30, 2011

Faces of Mia at 29th month

































Happy 29th month old Damia Zahra..

Mommy and Daddy love you so much..

You are alwiz be our No.1 baby..No matter what..

Thursday, October 27, 2011

Sawan Tangis

Mia owhh Mia..
Kenapalah nangis je sepanjang masa?
sket2 nangis..sket2 nangis.
Sampai mommy daddy pun dah give up tak tau nak buat apa..

Nangis sampai suara pun dah takde.
Bangun pukul 4am pun boleh nangis tersedu2.
Sampai saya rasa nak nyanyi lagu saloma dlm cerita ahmad albab.
Time ahmad albab asyik nangis non stop..ingat tak lagu tu..

'mengapakah anak ku..kau menangis selalu
ibu berhati walang..ayah berhati bimbang
engkau tak henti nangis malam siang...'

Dulu masa hari ke 2 dia lahir pun dia buat perangai yg sama..
Nangis je..sampai atok saya cakap dia kena sawan tangis..
Which is i really dont know what is sawan tangis..
Takkan dah 2.5tahun dapat semula sawan tangis tu kut.

Saya tak reti nak marah anak.
Saya tak reti nak pukul anak.
Sebab saya sayang sangat kat dia.
Sakit masa bersalin dulu pun rasa lagi.
Tapi kalau saya ikutkan semua kehendak dia..saya taknak dia jadi macam 'anakku sazali'
But kalau tak diikutkan kehendak dia..dia akan nangis non stop.

Letih sangat..
Saya jenis bila dah penat memujuk,terus jadi diam.
Tak tahu nak buat apa.
EL pun sama kut..jenis tak reti nak pukul/marah anak.
yang dia tahu..marah saya la.
Sampai we all gado sket sbb mia nangis non stop.
Maybe masing2 stress..masing2 penat kerja.
Then balik rumah anak meragam..
aduhaiii..
kesian betul..Mata bengkak2..suara sampai serak2 nangis.
Mia ohhh Mia..

Sampai saya rasa nak amik air penawar kat darul shifa' or sumtin.
Sampai saya rasa nak bawak dia pergi pakar kanak2.
Tolonglah doctor,check lah apa yang patut kat anak saya ni.
Bagilah ubat semahal manapun.
Asalkan dia sihat, asalkan dia kembali riang ketawa sebagaimana anak saya yang dulu.
Saya sedih tengok Mia macam ni.
Saya tak tahu lagi nak buat macam mana..
Hati saya menangis sama dengan dia.

"Ya allah ya tuhanku..hilankanlah keresahan anakku..hilangkan lah kesakitan yang ditanggunginya ya allah
Semoga Mia kembali ceria dan riang seperti dahulu..aminnn"



Monday, October 24, 2011

Baby mommy No.2 memang kuat

Baby mommy no.2 this week dah masuk 27th week.
Mean next week dah 7month.
Cepat betul kan.
Kadang2 mommy terlupa..kadang2 mommy teringat.
Tapi sayang memang sayang.
Tak akan kurang kasih sayang buat baby mommy No.2.

Baby mommy No.2 memang kuat.
Seawal 4bulan lagi dah start tendang menendang dalam perut mommy ni.
Hebat tak hebatnya.

Baby mommy No.2 mmg kuat.
Usia 5 bulan dalam perut mommy, dah sampai ke German.
Temankan mommy untuk 16hours long journey (+transit)
Temankan mommy di saat mommy sedih2 rindukan Kakak Mia.

Baby No.2 memang kuat.
Seawal2 kewujudan dah sama2 masuk UTM amik master dengan mommy.
Dah sama2 study, Buat assignment temankan mommy sampai lewat malam.
Bila mommy mengantuk je..nahhh amik penangan sepakan mengejutkan mommy.
Insyaallah Baby mommy No.2 ni akan jadi seorang yang cerdik pandai.
Dari dalam perut lagi dah pening kepala study Mechatronic.

Baby Mommy no.2 memang kuat.
Dah nak masuk usia 7 bulan dalam perut mommy ni,
masih lagi sama2 kita dukung kakak Mia yang super manja tu.
Kakak Mia pun dah 15kg beratnya.Naik tangga turun tangga masih lagi berdukung.
Kadang2 mommy kesian tgk baby No.2,
Kakak Mia lasak.Suka suka dia nak duduk atas perut mommy.
Kalau tidor tak sah nak letak kepala atas perut mommy ni.
Mommy risau..tapi mommy tahu baby mommy No.2 ni kuat.

Mommy berdoa dan mommy berpesan setiap hari kat baby No.2
Tolonglah keluar on time seperti kakak Mia ye.
Mommy dah habiskan final exam until 21/Jan/2012.
Kalau pun nak keluar awal,keluar malam 21/Jan pun ok.
Jangan keluar cepat cukup.
Lagi bagus kalau betul2 ikut due date 1/Feb/2012
So at least mommy ada 2weeks masa untuk berehat dah shopping sebelum start berpantang.

Mommy tahu baby mommy No.2 pasti kuat.
3weeks selepas bersalin nanti, dah start Sem 3.
Mommy terpaksa tinggalkan kamu sabtu dan ahad untuk ke class.
Bermakna, mommy dalam pantang lagi sudah start class.
Ini bermakna juga, mommy akan berstocking bagai untuk hadir ke class.

Insyaalah genap usia Baby No.2 satu tahun nanti,
Kita sama sama amik gambar di studio dengan Kakak Mia dan daddy.
Sambil mommy pakai jubah tanda susah payah selama 2 tahun sambung master.
Banyak betul cabaran, banyak betul masa yang mommy korbankan.
Mommy harap suatu hari nanti Baby No.1 dan Baby No.2 akan faham pengorbanan selama 2 tahun ini(Itupun kalau tak extend)

Sunday, October 23, 2011

My cutest Kitty cat

Last Saturday,Mia and me attended her fren's befday party at Alam Sari.
It was super kewl...ada face painting..ada clown..ada so many yummy food.
Two thumbs up to the organizer and thanks for having us ya.
Right after the party terus straight to KLIA pick up daddy..
So lets enjoy the piccas of Mia transformation as a super cute kitty cat..
Meowww.meowwwww

















Kucing yang kepenatan selepas penat berparty.
Mommy pun tumpang possing sama.
heheeh..
Thats all..

Happy Diwali to all my Hindu reader..(If there is any la)

Friday, October 21, 2011

Menang gaya

Amacam ada gaya tak amatur PSP ?
Padahal bukan reti main pun..Siap silang panggung duduk ok..

Wednesday, October 19, 2011

Sudah pandai (sket sket)

Just nak update on Mia's activity recently.
I just bought her Chunky Paint Pens last week,
And she love it very very much.


Ini lah rupanya..the coloring sets


There are 4 colors inside the box.


Boleh color as normal color..or stamp stamp utk buat circle shape.


Sukaa..sebab the color tak menitis2 mengotorkan rumah. 


See..Result #1
Rumah tu Mommy yang sketch..Mia just colorkan saja.


Result #2
Very very nice kan..boleh stamp2 jadi circle2 comel ni.


Oh ye..Mia kan dah joint the new school at Smart Chaliph since lepas raya haritu.
Almost dah 3 month dah kan..
So far, yang saya nampak lah achievement dia kat new school ni..
She can color very well already compare to before.
And she is just 2 years and 5 month now..
Dulu dia color main hentam je..
Comot sana sini..keluar line sesuka hati..
Mean dia main hentam je la..

But now..siap sedih bila the color keluar dari line

"Come out liltle bit mommy..not pretty already"
Then i will tell her
"Come our liltle bit, its ok..still pretty..dont worry"

Kat bawah ni antara hasil2 kerja tangan Mia 
Ohh..im so proud already.


Dia dah boleh color on each triangle.



See...baloon pula.
Ni tak siap lagi, but you can see lah dia dah boleh color properly on shape


Yang ni pula contoh untuk gambar yang kecil.
Size bunga kat atas ni adalah besar duit 10cent.
Takdelah scrabbing tak tentu hala macam dulu.Tah mana gambar, Tah mana color.

Ok lah itu je nak cerita.
Malam ni Mia tidur awal, so boleh upload gambar.



Monday, October 17, 2011

Why cannot?

Nampak gaya macam update blog seminggu sekali ye.Itupun tanpa gambar.
Busy mode with study..classes and darlin Mia.
Hubby is again off to Korea last week and this week from Korea he will fly to Japan directly.
Safe trip daddy.We miss you so much.

Mia masih lagi jadi drama queen.
Menangis macam apa kalau apa yang nak tak dapat.
Mommy pula memang kalau dah pujuk 2-3 kali tak layan, memang saya buat tak tahu je.
Nangis lah sekuat hati.
Bila dah penat ,tahu pula dia carik mommy.
Then baru saya bagitau dia " Mommy dont know what you want if you cry like that, next time please talk properly..tell mommy what do you want ok"
Then she nodded her head and tell me what she want..but the next time she will do it all over again.

Another 11 more days she will be 2 years and 5 month...
7 more month before she hit 3 years old.
And 4 more month she will officially entitle as a big kakak.

She achieved so much already..and i can say how proud am i as a mommy.

She can speak very well now...70% in English. 30% mix with Malay
She knows colors ...Blue,brown,white,black,green,red,pink,orange and yellow
She know shapes ..Triangle, Square, circle, rectangle, love, diamond
Sudah hafal number (1-20) and ABC..but belum 100% kenal lagi with the letters and numbers.
She can sings so many songs already ...
She love to dance..
She love to pretend play with her baby doll.
She love to play with block..ohwww..i think she will grow up as an architect.

What else should 29old month baby should achieved eh?
I think thats more than enough kan..

Ohh..Mia now sangat suka bertanya..tanya itu ini..she want to know like everything.
And her favourite question now is "why cannot..."

"Mommy, why cannot open this door"
"Mommy, why cannot do like this"
"Mommy, why cannot watch story ni"
"Mommy, why people throw sampah here"
"Mommy, why cannot color floor"
"Mommy, why people put tree here"
"Mommy, why Mia cannot wear make up"

and many more soalan yang amat sukar sekali untuk di jawab..
Oh Mia darlink..Mommy sayang kamu sangat2.
Miss her at school already now.

Kaylah peep..so you when i have time to write ok.

Thursday, October 13, 2011

Ragam kakak nak dapat adik..bisa buat ibu menangis

Saya menulis entry ini di saat hati dah sejuk sedikit.
Panas bukan sebab apa..sebab siapa lagi..si anak tersayang la..
Makin hari makin banyak perangai..makin hari makin manja terlebih.
Sampai saya rasa nak nyanyi alahai anak omak..

Mungkin betul juga kata2 orang tua, makin besar perut si emak..makin banyak ragam anak kat luar.
Just imagine semalam ada family nak datang rumah..
Saya balik kerja rushing nak masak2 untuk serve para tetamu.
Masa tu lah dia nak berdukung..masa tu juga tak boleh kena tinggal.
Bagilah segala menatang toys yang ada..semua tak dilayan..

Imagine jelah saya masak sambil dukung anak..
Dari baby 3m sampai dah 2 tahun 5 bulan masih lagi berdukung.
Bila orang datang,lagi banyak perangai di tunjuknya..
Langsung tak mahu kat daddy.
Letak sket nangis..melekat je keje.
Kalau takde orang mahu cubitan serangga halus hinggap.
Last2 saya mintak diri naik atas untuk tidurkan Mia.
Imagine lah,tetamu kat bawah layan diri..tuan rumah bersenang2 kat atas.

Baju nak pilih sendiri.
Kadang2 pergi school pakai baju lengan panjang and seluar panjang lengkap.
Kadang2 nak tidor, melalak2 nak pakai dress.
Boleh??
Kadang2 saja di sepahkan satu rumah dengan buku2 dia..
Or toys dia..Ataupun tumpah Vitagen kat sofa.
Saja nak buat hati ibu tua ni mendidih.

Mungin kesabaran saya terlalu tinggi untuk anak saya uji macam ni.
Dengan perut besar, saya mandikan Mia tadi dengan tangisan kena dera.
Sebabnya dia nak shower dengan baby doll.
Tak habis lagi sambung lepas mandi pula,tambah lagi baju yang saya pilih untuk tdo tidak sesuai dengan kehendak hatinya.
Dalam sedu sedan dia nak pakai baju motorbike..
Alahai anak mommy, seumur hidup mommy tak pernah lah tergerak nak beli kan kamu baju motorbike pun.
Mana nak cari malam2 ni.
Sudahnya sampai sekarang dia hanya berseluar sahaja tanpa baju.

Masa meraung2 nak baju motorbike tadi, nak pakai pampers punyalah susah.
berpusing2 macam gasing badan dia.

Saya malas nak layan dah..terus amik air sembahyang, and solat maghrib.
Saya doa dalam hati semoga Allah tambahkah lah lagi kesabaran dalam hati saya ini.
Yes, masa nak nak pakai pampers tadi saya ada pegang kaki dia kuat2..supaya dia takleh meronta2.
Tadi saya nampak pergelangan kaki dia dah ada kesan merah2.
Terus saya nak nangis..Terus rasa menyesal..tu yang tulis post sambil bertelekung ni.
Belum lagi kena cubit sampai lebam..or sebat sampai berbirat.

Memang gini agaknya perangai kakak nak dapat adik kan..
Penat di pujuk..penat dah mengikut kata dia..
Kalah semuanya.

"Ya Allah ya Tuhanku, sihat kan lah anak ku Damia Zahra.Semoga dia membesar menjadi anak yang mendengat kata, Anak yang cerdik pintar. Anak yang cantik rupa parasnya.Anak yang mulia budi perkertinya. AMINNNN.....

Tuesday, October 4, 2011

Keluarga bahagia di suatu pagi

Pagi tadi saya bangun awal sedikit dari biasa.
Sempat prepare kan breakfast for hubby and Mia..
Wahhh..bunyi prepare breakfast macam masak nasi lemak je kan.
Padahal Burger je..hahahah..
Tapi ok lah..

So lepas Mia shushu..and lepas daddy siap berbaju kerja.
Kami pun sama2 menikmati breakfast tersebut.
Saya dan daddy makan complete burgerlah..siap dgn roti,daging burger cheese and egg.
Mia makan daging burger sahaja..then dia mintak kicap.
Boleh tak makan burger dengan kicap.
Tak kisahlah..asalkan dia makan.

Tapi the feeling of having breakfast together..
Breakfast yang saya masak sendiri..walaupun breakfast cap ayam je..
Amat2 lah best..
Terus nak nyanyi lagu nasyid "keluarga bahagia"..
Boleh?


After daddy pergi kerja,saya siapkan Mia go to school pula.
Macam biasa dia akan pilih baju sendiri.
Baju mesti lah ada unsur2 keprincessan ya..
Semua pilih sendiri..
sampai panties pun dia kena pilih sendiri.

Bila dah siap, saya pula naik atas tukar baju.
Turun2 je dari upstair..Mia buat lagak terperanjat.

 Mia: "Eh..mommy wear black?"

Mommy: " Yes..its mommy fav color..why?

Mia : "Black not pretty mommy..change baju princess la"

Mommy dalam hati..kalau mommy pakai baju princess pergi mengajar, confirm student pengsan..