Thursday, October 27, 2011

Sawan Tangis

Mia owhh Mia..
Kenapalah nangis je sepanjang masa?
sket2 nangis..sket2 nangis.
Sampai mommy daddy pun dah give up tak tau nak buat apa..

Nangis sampai suara pun dah takde.
Bangun pukul 4am pun boleh nangis tersedu2.
Sampai saya rasa nak nyanyi lagu saloma dlm cerita ahmad albab.
Time ahmad albab asyik nangis non stop..ingat tak lagu tu..

'mengapakah anak ku..kau menangis selalu
ibu berhati walang..ayah berhati bimbang
engkau tak henti nangis malam siang...'

Dulu masa hari ke 2 dia lahir pun dia buat perangai yg sama..
Nangis je..sampai atok saya cakap dia kena sawan tangis..
Which is i really dont know what is sawan tangis..
Takkan dah 2.5tahun dapat semula sawan tangis tu kut.

Saya tak reti nak marah anak.
Saya tak reti nak pukul anak.
Sebab saya sayang sangat kat dia.
Sakit masa bersalin dulu pun rasa lagi.
Tapi kalau saya ikutkan semua kehendak dia..saya taknak dia jadi macam 'anakku sazali'
But kalau tak diikutkan kehendak dia..dia akan nangis non stop.

Letih sangat..
Saya jenis bila dah penat memujuk,terus jadi diam.
Tak tahu nak buat apa.
EL pun sama kut..jenis tak reti nak pukul/marah anak.
yang dia tahu..marah saya la.
Sampai we all gado sket sbb mia nangis non stop.
Maybe masing2 stress..masing2 penat kerja.
Then balik rumah anak meragam..
aduhaiii..
kesian betul..Mata bengkak2..suara sampai serak2 nangis.
Mia ohhh Mia..

Sampai saya rasa nak amik air penawar kat darul shifa' or sumtin.
Sampai saya rasa nak bawak dia pergi pakar kanak2.
Tolonglah doctor,check lah apa yang patut kat anak saya ni.
Bagilah ubat semahal manapun.
Asalkan dia sihat, asalkan dia kembali riang ketawa sebagaimana anak saya yang dulu.
Saya sedih tengok Mia macam ni.
Saya tak tahu lagi nak buat macam mana..
Hati saya menangis sama dengan dia.

"Ya allah ya tuhanku..hilankanlah keresahan anakku..hilangkan lah kesakitan yang ditanggunginya ya allah
Semoga Mia kembali ceria dan riang seperti dahulu..aminnn"



6 comments:

  1. babe sumtimes budak memang cmtu.. Raif pun camtu la.. Dah cakap dengan dia kita bangun nak buat susu.. Tapi dia nangis juga. Kita gosok baju depan dia pun, dia boleh nangis tak tentu pasal.. memang pesennye begitu.. so sabar je la ok.. And boleh jugala berusaha untuk bagi air penawar. mana tahu berkurangan

    ReplyDelete
  2. babe, u x nak try time-out techniques mcm supernanny show ajar tu ke?

    dulu SN macam tu jugak, bila I guna teknk tu alhamdulillah dh bnyk kurang nangis tak pasal2 dia tu.

    lagi satu, malam2 sebelum tidur I memang akan baca selawat dan al-fatihah kat dia, bisik2 kat telinga dia dan usap2 kat ubun2 kepala dia sambil baca.

    ReplyDelete
  3. Ambik air penawar kt darus shifa' pun ok gk,kita usaha je.Mana tau blh OK.tp my opinion Mia ni meragam/nangis mayb sbb nak dpt adik.Dia blh rasa kehadiran baby kt dlm perut tu,sbb tu buat perangai sikit.My son since pun since i mengandung suka buat perangai,kadang2 mmg mcm dah hilang sabar sampai cubit dia.tp lepas tu rasa bersalah.So solution utk dia yg suka buat perangai ialah kitorang biar je dia nangis sampai berenti sndr(bila dah pujuk bagai sume tak jalan),daripada pukul@buat apa2 yg sakitkan dia,pastu menyesal.

    ReplyDelete
  4. agaknya meragam sbb nak jd kakak kot... sian mia.... tkthu apa dilema dia kan... hope tk lama lah mia mcmni.. mia kan gadis genius ? sbr yer mummy.....

    ReplyDelete
  5. oh dear... hopefully mia will be ok soon...

    just to let you know i've moved my blog to liyanaznil.wordpress.com :) nanti drop by and tinggalkan link yer, nak buat balik list of blog buddies :)

    ReplyDelete
  6. saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

    ReplyDelete