Dah nak masuk sunday dah..
Esok kerja..tuesday pun kerja..then..cootiiii 5 hari..best..
Hari ni letih betul badan.
Mia and Daddy demam.
Mia demam malam tadi almost 40deg..after masuk ubat bontot then ok dah.
Now tgh sleep..Hopefully she will get well soon...huhu..Biasalah kalau anak sakit,mak mak pasti risau semacam.
Walaupun hanya demam selsema sahaja..tidur pun tak nyenyak..kejap2 bangun dok nak check temperature si anak tadi..
EL masuk today dah 3 hari demam..
Terus macam tak larat nak buat kerja.
Kepala dia pening and badan sakit2.
If esok tak baik..kena amik darah pula.
Pandai pula ayah dan anak janji sakit2 kan.
Timing baik punya masa mommy takde class.
Kalaulah ada class wiken ni,kesian diorang.
Bila daddy sakit,Mia pun sakit..
Mommy lah orang paling penat dalam dunia.
Mana nak siapkan makan minum..ubat daddy..
Mia pun meragam semacam nak mommy je..
Time nak suap daddy makan ubat,mesti dia yang sebok2 nak suapkan dalam mulut daddy..
Pastu siap cakap
"open mouth daddy..mamamm ubat.."
Bila nak bagi dia makan ubat,tahu pula lari dok bawah ketiak daddy.
Demam pun kadang2 lagak si kecik ni macam tak demam.
Kejap kejap lari..kejap kejap lompat..pastu terus melepek cari susu.
Daddy pun sama..bila time sakit manja dia terlebih sket.
Semua nak kena siap kan depan mata.
Tetiba jadi tak reti nak cari ubat sendiri..tak reti nak amik air sendiri..and of kos lah makan kena siap depan mata juga..
Dua dua jadi manja sangat2 harini.
Penat wei...
Tapi saya tahu besar pahalanya kan..
Bila seorang isteri menjaga suami sakit and bila seorang ibu menjaga anaknya sakit.
Kata ibu itu doa..maka saya berdoa semoga suami dan anak saya sembuh cepat2.
So esok leh pergi shopping kat The Curve..
Wahhh..gitu class punya doaaa...
Sila aminnn kan ramai ramai ye kawan kawannn...