Kadang2 saya rasa diri ni tak pernah nak bersyukur dgn rezeki yang kami ada skang ni.Selalu nak lebih lagi.Tengok org beli handbag coach, saya pun nak beli.Tengok orang beli LV..ok ini tak mampu.sekadar terdetik dalam hati, "kan ke best jadi orang kaya?"
Sepatutnya saya bersyukur sangat2..pada umur 27 tahun saya mampu duduk di rumah sendiri. Landed two storey house.Walaupun bukan lah rumah twin house ataupun banglo ataupun corner lot..Pada umur 30 tahun saya dah ada sebuah kereta besar yang selesa untuk kami seluarga travel ke sana sini.Walaupun bukan Mercedes ataupun BMW.
Meh lah nak cerita di mana kesyukuran saya ni tetiba datang. Last 2w family mil saya buat kenduri, dan di situ lah saya berborak dgn seorang relatives kat sana.Dia ada 3 orang anak, 6y, 4y and 7month. Kami borak la pasal anak2.Dia ckp yang kakak dah masuk tadika.Then saya tanya anak dia yang tengah dah sekolah ke.Dia cakap belum.Sebab tak mampu nak bayar yuran sekolah. Dia ckp registration fees RM400+, and monthly RM40.
Aduhai, kalau lah dia tahu yang Mia monthly fees pun dah rm420. Dah sama dgn registration fees anak dia setahun.
Walaupun dulu pernah juga terdetik kat saya, kan ke best saya byk duit boleh masukkan Mia ke school yg lagi best.Tapi tak mampu pula.Like Brainy Bunch sebulan RM580.And ada yang bayar monthly sampai rm1k..cantik betul school tu.Saya terlupa kat situ untuk bersyukur.
Kemudian kami sama2 mandikan anak.Dia mandikan baby, and saya mandikan baby besar. Lepas mandi, dia lap2 baby and terus pakai baju. Terus saya tak jadi nak keluarkan Mia punya lotion,powder, mustela face lotion, cream bontot, etc etc etc..Mia dah besar dah nak masuk 3+ pun still lagi lepas mandi berlotion-berbedak satu badan.And baby tadi baru 7m, dah boleng boleng pakai baju macam tu je.Saya segan nak keluarkan semua alat2 makeup mia.
Aduhai sekali lagi saya saya teringat yang hati ini pernah terdetik nak beli body lotion Mustela untuk Mia.Wangi tapi sangat mahal untuk maintain bulan2.Cuma face mustella je yang ada itupun saya beli 6 bulan yang lalu.Pakai jimat2 sebab takut habis.Walaupun pakai Johnson yang murahan itu, saya terlupa yang ada insan tak mampu nak beli pun lotion yang berharga less than rm10.
Beruntung betul anak2 kita kan. Semua ada.Dari kecil tak pernah hidup susah.Tak pernah merasa tak cukup makan. Tak pernah merasa habis susu. Bersyukurkah mereka nanti?Ataupun sama macam kita yang kadang2 lupa untuk bersyukur.Lupa yang ada orang lagi susah dr kita.
Orang dalam dunia ni pun sama macam handbag. Ada brand LV, Coach, Guess and Cap Ayam. Saya meletakkan diri saya di level Guess je skang ni.Tak salah rasanya untuk saya berangan angan mendapatkan Coach suatu hari nanti.Dengan angan2 tu lah kita lebih bersemangat untuk kerja n kumpul duit. Tapi sekiranya angan2 tu dah disertai dengan mengeluh sepanjang masa..maka angan2 tadi dah bertukar kepada TIDAK TAHU BERSYUKUR.