Mia dah start buat perangai balik.
Haihhh..poning kepalo den..
Start je hantar dia ke nursery balik mesti seribu macam perangai dia buat.
Malam tadi,daddy pergi main futsal.
Maka saya seperti biasa berdua sahaja dengan Mia.
Lepas bagi makan.mandikan dia..then bagilah upah susu kan.
Tengok dia macam ok main ball,bear bear..etc2
A.k.a..aktiviti menyepahkan barang2 dia.
Saya pergilah ke dapur.
Nak masak bubur dia untuk esok.
Nak basuh botol2 susu.
Nak basuh pump lagi.
Nak buat laundry.
Mcam2 lagilah tugas2 seorang ibu.
Tetiba masa tengah potong bawang,Mia menangis berlari terkedek kedek datang kat dapur.
Di peluknya kaki saya..di tarik2 skirt saya..
Dengan air mata melimpah ruah..penuh drama.
Saya dukung dia and bawak ke hall balik.
Ok je.terus diam.
Saya pun lepak2 lagi tengok Americas Next Top Model 13(Le 13 untuk petite model)
Mia bila nampak saya melepak dia pun ok la .boleh je main pusing2 sofa.
Habis je ANTM tu,saya bangun lah nak sambung tugas seorang ibu tadi balik.
Ya allah budak bertuah tu nampak je saya bangun terus dia menangis macam apa.
Geram tak geram.
Anak korang macam ni ke?
Macam mana korang buat?
Macam mana nak masak sambil dukung budak 10kg.?
Saya bukak cartoon pun dia dont care.
Saya bagi dia senduk,tudung periuk,carrot dan sudu untuk dia main masak2 pun dia dont care.
Dia nak saya bertepek dengan dia.
Temankan dia main.
Suka lah hati..senang lah hati.
Habis tu macam mana nak masak bubur.
Kalau tak masak Mia nak makan apa esok.
Daddy Mia tu anak raja.Mana nak buat kerja rumah.
Haiihhhh...
Ingatkan makin dah ada kaki ni saya boleh lah masak2 buat kerja kat dapur.
Yang ni sama je maca dulu.
Mia memang drama queen..
Pagi tadi saya bangun tido,Mia start lah bukak mata.
Bawak dia turun sekali.
Macam2 nak prepare untuk dia ke nursery.
Susu dia,panaskan bubur malam tadi.Air kosong lagi. biskut2 Mia.
Letak je kat dia kat bawah,nangis..letak je nangis.
Bila dukung dia diam..
Geram betul.
Saya pun buat aksi jeritan tarzan kat daddy.
Suruh daddy bangun jaga anak dara dia ni.
Tapi daddy pun dia tak nak.
Nak saya je temankan dia.
Bukan nak susu pun.
Huru hara lagi.
Macam mana you all handle tantrum si anak ni.
Ke sebab dia nak attract attension saya.
Mak saya kata,dia nak balas dendam sebab tinggalkan dia kat nursery waktu siang.
Saya bukan saja2 tinggalkan.
Haiiihhhh..
Perlu kah saya berbibik?