Panas bukan sebab apa..sebab siapa lagi..si anak tersayang la..
Makin hari makin banyak perangai..makin hari makin manja terlebih.
Sampai saya rasa nak nyanyi alahai anak omak..
Mungkin betul juga kata2 orang tua, makin besar perut si emak..makin banyak ragam anak kat luar.
Just imagine semalam ada family nak datang rumah..
Saya balik kerja rushing nak masak2 untuk serve para tetamu.
Masa tu lah dia nak berdukung..masa tu juga tak boleh kena tinggal.
Bagilah segala menatang toys yang ada..semua tak dilayan..
Imagine jelah saya masak sambil dukung anak..
Dari baby 3m sampai dah 2 tahun 5 bulan masih lagi berdukung.
Bila orang datang,lagi banyak perangai di tunjuknya..
Langsung tak mahu kat daddy.
Letak sket nangis..melekat je keje.
Kalau takde orang mahu cubitan serangga halus hinggap.
Last2 saya mintak diri naik atas untuk tidurkan Mia.
Imagine lah,tetamu kat bawah layan diri..tuan rumah bersenang2 kat atas.
Baju nak pilih sendiri.
Kadang2 pergi school pakai baju lengan panjang and seluar panjang lengkap.
Kadang2 nak tidor, melalak2 nak pakai dress.
Boleh??
Kadang2 saja di sepahkan satu rumah dengan buku2 dia..
Or toys dia..Ataupun tumpah Vitagen kat sofa.
Saja nak buat hati ibu tua ni mendidih.
Mungin kesabaran saya terlalu tinggi untuk anak saya uji macam ni.
Dengan perut besar, saya mandikan Mia tadi dengan tangisan kena dera.
Sebabnya dia nak shower dengan baby doll.
Tak habis lagi sambung lepas mandi pula,tambah lagi baju yang saya pilih untuk tdo tidak sesuai dengan kehendak hatinya.
Dalam sedu sedan dia nak pakai baju motorbike..
Alahai anak mommy, seumur hidup mommy tak pernah lah tergerak nak beli kan kamu baju motorbike pun.
Mana nak cari malam2 ni.
Sudahnya sampai sekarang dia hanya berseluar sahaja tanpa baju.
Masa meraung2 nak baju motorbike tadi, nak pakai pampers punyalah susah.
berpusing2 macam gasing badan dia.
Saya malas nak layan dah..terus amik air sembahyang, and solat maghrib.
Saya doa dalam hati semoga Allah tambahkah lah lagi kesabaran dalam hati saya ini.
Yes, masa nak nak pakai pampers tadi saya ada pegang kaki dia kuat2..supaya dia takleh meronta2.
Tadi saya nampak pergelangan kaki dia dah ada kesan merah2.
Terus saya nak nangis..Terus rasa menyesal..tu yang tulis post sambil bertelekung ni.
Belum lagi kena cubit sampai lebam..or sebat sampai berbirat.
Memang gini agaknya perangai kakak nak dapat adik kan..
Penat di pujuk..penat dah mengikut kata dia..
Kalah semuanya.
"Ya Allah ya Tuhanku, sihat kan lah anak ku Damia Zahra.Semoga dia membesar menjadi anak yang mendengat kata, Anak yang cerdik pintar. Anak yang cantik rupa parasnya.Anak yang mulia budi perkertinya. AMINNNN.....
amin.....ragam anak yg bakal dapat adik..
ReplyDeletewhoa..samela dadif kuh..makinla manje....
ape buat pasti nak menguji hati ibu.=)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebabe, me pun sama situation dengan u..nak buat apa pun tak boleh asyik merajuk,nak dukung.nak turun buat susu pun nak berdukung,nak p toilet pun nak ikut semua pun nak suruh dukung.
ReplyDeleteRenungan utk saya dan ibu2:
ReplyDelete"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar."
(Surah al-Anfal: ayat 28)