Thursday, April 22, 2010

Tukar

Saya nak tukar Mia ke nursery lain.
Sebab apa?
Sebabnya..nursery Mia skang dah ramai gila babies.pengasuh sikit.
Mia pun sejak dua menjak ni..macam2 sakit pula dapat..
Tapi sebab utamanya adalah,last week saya datang nursery tu untuk ambil tilam n bantal.
Then saya noticed ada satu memo baru kat memo board.
Diorang nak limitkan visiting hours (lunch break) jadi 20min.Sbb takut menggangu tugasan guru.
Amboi..selama ni saya sorang je yang datang time lunch untuk bf Mia.Tak pernah sekali pun saya nampak ada ibu2 lain datang.
Makanya memang memo itu untuk saya sorang..eleh..ganggu tugas guru ke..ganggu guru nak tdo...boleh blah...

Bibik maybe bukan untuk masa sekarang..mcm2 saya takutkan.
Plus Mia mmg luar biasa lasaknya..parents saya pun ckp mcm tuh.
Diorang dah jaga 4org cucu,and Mia yg paling lasak.
Kuat main..tapi takleh main sorang2,kena org teman.
Tdo sekejap je..makan susah..heheheh..
Sapelah yang sanggup jaga.


Nak hantar ke babysitter,
Hubby saya tak bagi pula.
Dia cakap rumah babysitter bahaya..sbb Mia kan dah suka panjat sana sini.
Kalau at nursery takde perabot.
Babysitter mesti nak buat kerja rumah and memasak.
Mia pula takleh takde org teman dia and akan tdo kejap je..so quite bahaya lah di situ.


Haritu saya ada terbaca kat Forum susu ibu about Bondamama nursery.
Cari punya carik.rupanya ada dekat area rumah i ni.
Plan nak hantar dia ke Bondamama after daddy back from Japan.
Saya dah go tru website dia and agak berpuas hati juga lah.Sbb Bondamama ni banyak gila branches satu Malaysia.

Mean dia dah well established and well trained pengasuh.

Petang tadi,after uwan and atok balik kampong.
Saya n Mia terus g visit sek baru Mia.
sukaaa...sebab baby ada 3 orang je.
Bilik baby kat master bedroom.
Nursery lama Mia,bilik baby kat bilik bibik bawah..kecik gila utk sumbat 6babies.

Baby tak tdo kat lantai..
Ada 5baby cots n 5 buai..awal2 lagi saya dah sound yang Mia tak tdo buai.hahah..
Tapi takut juga kalau2 Mia panjat cot tu pula nanti.

Yang paling best pengasuh2 di situ age range mostly early 30 takpun late 20.
Kira takdelah anak2 dara macam kat nursery Mia dulu.
Ada satu freezer dalam room tu utk store EBM.
Takde lah like her old nursery yang ada satu je freezer to keep everything (bahan2 masak sume sumbut)

Jauh lah sket rumah saya from this nursery.
Kira macam dulu 5min from home je..
now around 15min kut..so saya kena bangun awal la sket.
Takpe ..mommy tak kisah..
Jauh sket..mahal sket..
Asalkan Mia sihat..and mommy happy..

Buang

Pagi tadi masa nak naik lift ke office saya terserempak dengan kawan sekolah rendah saya.
Rupa rupanya dia baru je masuk kerja 3hari lepas.
Syoknya we all ber chit chat..

Bila saya tanya anak dah berapa..
Dia cakap nak masuk 3..
Tapi slim melim ok..

Then dia terus cerita kat saya,anak dalam perut dia ni accident punya baby.
Dia taknak pun lagi..sbb anak dia yang kecik sebaya Mia baru 10month.
DiA dengan busy untuk habiskan master.
Carreer yang baru je nak start ni.
Nak travel from Klang ke Bangi lagi.
Plus dia memang jenis mabuk teruk.
Financial diorang lom stable sangat lagi.
Dia cakap dia terfikir nak buang anak tu..
Sebab BABY baru 3weeks..belom ada jasad.

Saya terdiam juga masa dia cakap tu.
Saya tanya hubby dia cakap apa.
Dia cakap dia tak bagitau pun lagi husband yang dia pregant.
So if kalau dia nak buang dia taknak bagitau husband dia.

Hurmmm..ada juga ye orang macam ni.
Actually boleh ke kita gugurkan baby yang baru 3 weeks dengan alasan2 di atas?
Saya bukannya terror sangat bab2 agama ni.
Yang saya tahu kalau orang yang belom kawin gugurkan memang lah berdosa besar.

Macam mana yang dah kawin,tapi sbb factor masa,duit, kerjaya and so on..bolehke kita buat?
Apa hukumnya?makhrukh ke?or still haram?

Saya tidak tahu..
Apa yang saya cakap..

"Tak baiklah cakap camtu,ni kan dah rezeki kau suami isteri...terima je lah..sian baby tu..lepas ni terus ikat je takyah pregnant lagi"

Saya cakap kat dia..saya memang taknak for now.
Sebab tu saya amik pill family planning.
Sebab saya tidak mahu kejadian "accident" macam tu.
Kalau lah baby itu tahu yang kehadiran dia tidak sapa yang alu alukan..

Kalau saya jadi baby tu,mesti saya sedih.