Monday, July 12, 2010

Hari dah senja

Sekarang ni hari hari saya akan bawak Mia naik Lola keliling taman perumahan saya.
Sambil tolak and makan angin..sambil suap dia makan.
Habis lah semangkuk..berselera dia makan kalau macam ni.
Saya pun boleh lah tumpang kuruskan badan sekali kan.

Semalam petang,sebelum keluar bersiar siar,saya salin baju dahulu.
Pakai lah baju track bot+tshirt n sarungkan tudung.
Saya perasan yang temankan anak bermain kat luar mostly adalah bibik.
Yang tolak anak dalam stroller or tricycle petang petang pun mostly bibik.

Siap para para bibik buat mesyuarat tingkap pun ada.
Anak yang di jaga tah kemana dan mereka sibuk berbual.
Jiran sebelah rumah saya siap bibik mereka lari beramai ramai haritu.
Tulah yang tidak bagusnya bila lepaskan para para bibik bersosial ni.
Ada je sindiket hitam yang dirancangkan.

Mungkin semalam apparel saya 2x5 macam bibik juga.
So para2 bibik tu siap senyum lagi.
Siap ada yang bertanya, "jalan jalan ya"..
hampeh btol..saya senyum aja.
Mungkin mereka ingat saya bibik baru kawasan tu kut.

Saya round dalam 5x area tu.Bagi kasi peluh plus untuk bakar lemak lemak degil yang terkumpul di sana sini.
Tetiba ada sorang budak menjerit dekat perkumpulan bibiks tu tadi

" Bibikkk...mak suruh balik,hari dah senjaaaaaa!!!"

heheheh...bibik pun ada curfue daaaa...
Maka saya pun beritahu Mia.."Kita balik ye sayang..hari dah nak maghrib."
hehehe..padahal saya dah letih menolak.

Pembantu Tecik

EL skang dah ada 4 basikal .Mountain bike ,Road bike, Touring bike, Vintage bike.
Almost everyday dia akan lap and usik mana yang patut kat basikal2 tersebut.
Dulu boleh la dia buat kerja ni dengan aman..Tapi sekang tidak ok.
Sebab daddy dah ada pembantu kecik.
Heheheh..
Semua dia nak ikut ok.
Daddy lap..Mia pun lap.
Daddy ketuk..Mia pun ketuk..
lawakk gila..

Ini lah akibatnya bila daddy dah mengamuk.
Hehehehe..Jangan tiru aksi ini di rumah.
Notty Mia!