Monday, August 4, 2014

Pilah most wanted Raya


 
Third day Raya dah sampai ke kampong halaman yang di rindui.
Jumpa mak abah.. jumpa abang, angah and adik tersayang.
Kami 4 adik beradik je. 3 perempuan and sorang abang lelaki yang sulong.
 
Aband ada 4 orang anak.semua lelaki. Angah ada sorang je anak perempuan. And saya dua orang sorang lelaki sorang perempuan.
Total semua cucu cucu ada 7 orang.
Adik saya tak kawin lagi.
So sape2 yang nak masuk  line sila lah ye...
 
heheheheh
 
Cucu sulong yang pakai baju oren tu. Aniq Isyraf 15yo
 
Cucu no. 2 pakai baju biru Eriq Isyraf 11yo
 
Cucu no. 3 takde dalam gambar Arissa Qistina 9yo
 
Cucu no.4 yang pakai baju merah palim bam bam tu 8yo
 
Cucu no. 5 Damia Zahra 5yo
 
Cucu no.6 Umar Dani 2yo
 
Cucu no. 7 Izriq Isyraf 2yo
 
Umar Dani and Izriq sebaya umor, beza bulan je. Umar bulan 1, Izriq bulan 8.
Tapi size badan umar dani double si Izriq.
 
 
Ni jubbah Raya ke tiga.heheh
Axis dress from Love to Dress.
Suka cutting dia sangat2...
 


 
Malam Raya ke tiga round2 rumah2 saudara di Tanjong Ipoh.
Malam ni saya pinjam baju adik saya.
Rembat baju Jovian Mandagie dia satu kali..ekekek
 



 
Termatchy matchy pula blue kaler malam tu.
Tak plan pun.
Nak buat camne dah sehati sejiwa kan..
ekekeke
 
 
Posing baju pinjam sket.
Lawaaaa just besar sket kat saya. Nama pun baju pinjam kan.
Cutting pun lawa..
so sesuai lah harga baju RM4++.
Jovian ada sale nanti saya nak beli juga lah..heheheh
 
 
Eh budak ni pun biru like mommy daddy juga.
Pulun makan kerepek dia .
 



 
First time jumpa monopod..haruslah mommy-daddy posing macam pengantin baru kan.
Anak2 dok tepi sket plz..
Bagi can setahun sekali
 
 
Percubaan bergambar melompat yang fail!
Ni raya ke 4 nak gerak dari Pilah ke Rembau dah.
 
 
Raya ke 4 Kami semua balik Rembau (Kampung abah)
Jalan2 raya ke semua 5 orang adik beradik abah kat sana.
Sampai malam baru balik Kuala Pilah.
Malam tu pula, kami adik beradik buat BBQ Raya .
Share sikit sorang beli barang2 basah.
 
 
 
Saya beli Axis Tall size M.
Meleret labuh tak hengat.
Dukung pula budak berat 15kg ni.
Mak is pasrah.
 

 
Baju kurung/raya kakak yang ke 3..
Total baju kurung dia tahun ni 3 pasang la .
Yang lain semua top+pants.
 
 
Baju2 adik pun saya banyak beli online Carters/Osh Kosh.
Beli kat oversea cam murah and berbaloi sangat.
Tapi kena lah tunggu 2-3weeks baru sampai.
Order hari tu awal puasa.
Untuk adik ada 3 short pants + 2 long pants + 5 tshirt + 2 shirt
Untuk kakak 3 skinny legging + 2 long pants + 3 tops
 
Total untuk 21 helai ni ard rm400++ kot.
including tax and shipping.
Berbaloi sangat beli.
Quality pun cantik Carters/Osh kosh ni.
 
Basuh dalam machine pun taraapahal.
 
 
Mommy with budak serabai yang comot.
 
 
Rembau most wanted yo.
 
 
With kakak Pisya kesayanganss..
2 princesses in the family.
Sama2manja..sama2 mengada.
 
 
Tak pernah nak cukup korum.
This time Umar Dani pula missing.
 



 
Tak raya lah kalau tak main bunga api kan.
The kids enjoy sangat main.
Maybe first experienced for adek maneh.
Last year baru setahun , tak berani pegang lagi.
Tahun ni masih takut2 kat bunyi mercun.
Orang main mercun dia terus ajak masuk dalam rumah.
 
 
On the Fifth raya (Friday) , mak abah buat lemang.
Sebab anak3 tak merasa makan lemang lagi kan.
ye lah masing balik pun raya ke tiga.
Lemang rendang semua dah licin.
Ok lah bakar lemang time tak puasa ni.
Tak lah letih sangat.
 
Harini juga tangan mak tercurah dek sup daging panas menggelegak.
Aduhaiii... sebak betul saya tengok 3 jari and pergelengan tangan mak yang teruk melecur tu.
Masa saya sapukan minyak gamat pun air mata dah bergenang2.
Tapi ku tahan jebat.
huhuuh
semoga tangan mak cepat baik.
 
Lepas makan lemang dan rending yang super marbelassss..
 
Malam tu ard 10pm kami pun bertolak balik ke Bangi.
Habis dah raya kami.
3 hari beraya di Kedah dan 3 Hari lagi beraya di N9
Adil dan saksama.
Hhehehe
 
Sabtu kemas2 rumah and pergi Nilai 3 nak tempeh curtain baru for sliding door.
6 tahun dah duduk rumah tu. Tak berganti lagi kain langsir2.
Ahad pula lepas pergi open houses..balik tu terus cat hall
Kata dah tukar curtain baru kan..haruslah hall pun bertukar kaler.
So at least Nampak lah sket ada yang baru raya tahun ni.
Insyaallah ada rezeki and masa..kami nak buat open house.
Tapi kecil2 kecilan je lah.
Panggil kawan2terdekat aje.
 
Ok..tu je nak cerita ..cerita raya 2014.
Lepas ni boleh cerita open houses pula..
hehehe
till then.. tatatititutu
 
btw..Jumaat ni semua orang nak boikot McD kan.
saya mmg tak makan mcD sangat so tak kisah pun.
wait and see ..bersatu tak kita untuk boikot ni.
 
 


Raya Kedah ini tahun..



Selamat Hari Raya to all reader2 semua.. (if still ada reader)
Maaf zahir dan batin sekiranya ada post2 di blog ini yang menyakitkan hati koram2.. i is sengaja.heheh
 
Tahun ni turn raya di Jitra Kedah.
sobssss.. but soccay dah 6years pun kawin..so haruslah bertimbang rasa bertolak ansur kenn. Tak boleh dah ikut kepala sendiri.ikut angina sendiri.
Kena fikir banyak pihak sekarang ni.
 
Walaupun kesian mak abah kat kampong. Takde sape yang balik raya.
Adik yang bongsu je yang balik.
Abang and kakak both raya di perantauan.
 
Gambar kat bawah ni not in proper order sangat.
Malas nak susun balik.
Saya dah start puasa 6.. haruslah kemalasan berganda2 ni.
Menguap je dah 150x kot harini.
Lunch time tadi dah kasi power nap ..tapi lepas tu kepala berdenyut2 pula.
 Jom layan gambar gambar raya.
 

 
With cousins dari Kedah.
 
Raya pertama daddy taksihat sangat.
Demam selsema sekaligus dengan cirit birit.
So kami lagi banyak duduk rumah haritu.
 

 
Ni gambar petang raya pertama..hahah
Dah penat beraya kami rehat2 di buai tepi sawah ni.
Sambil di temani angin2 sepoi2bahasa dan suara2 nyamuk durjana.
 
 
Adik pun belah petang dah tukar outfit.
 
 
This year.. we are in pink..dusty pink to be exact.
Jubah kakak ni MIL yang buat..
 
 
Ni baju from Minaz boutique.
2 bulan kot pre order..
Hari Sabtu before balik Kedah baru siap..
nasib baik ok..
 
Adik with Iron man trade mark dia.
 

 
Gambar kakak semua cun2 ..control2 belaka
Gambar adik kalau tak goyang (sebab dia gerak2), tak pun tak senyum , bila dah senyum pandang tempat lain pula..
 
grrrrrrr..

 
See kakak..like a pro already..
alwiz camera-ready.
mommy suka
 
 
Look at that baby cheeks.
geram nak kunyah2 rasa.
 
 
Kakak munga2 sangat kan.
 

 
Rambut panjang. serabai..peluh2 lagi lah comot
 


 
Ni kami dah sampai di Perlis.
Rumah relatives husband saya ni betul2 depan sawah padi.
view yang masyaallah cantik sangat.
so lets amik gambar banyak2.
 

 
Sampai senget2 kakak posing kan.
Love this picture.. Dah jadi wallpaper HP pun gambar ni.
 

 
Gambar ni pun suka juga..sebab satu satunya gambar adik senyum manis.
Perfect dari senyuman ke mata tengok camera..and bukan ironmen punya posed..
 
mommy bagi 10bintang.
ni pun dah jadi lockscreen kat hp.
 
hahahaha

 
 

 
Posing and posing lagi..
outfit dah lawa.. view pun lawa..
mari melaram..
 
 
Nasiblah anak kecik sekali.
Dah 2.5y masih lagi di gomol ciommmm marbelessss.
 


 
Daddy and kids.
 
 
"Yang tolong amik gambar i sorang2.."
 
Cheh...sorang2 apa gini..hahaha.
 

 
Second Raya still in Kedah.
Kami ke Baling pula..
Tema second raya is Red Hot... hahah
Jubah mommy from Bellaammara.
Senteng pls..so saya buka jahitan kat bawah kain.
pakai dengan confiident dengan jubbah yang tak berjahit kat tepi ..
apaadahal..orang tak Nampak pun.
 
 
Baju Melayu adik from Akuabie.
Sukaaaa sangat..
Adik laksana pahlawan.
Tapi paklawan kuat nangis la
 
 
Kebaya kakak pass down from kakak pisya.
Baju recycled aje..tapi cantik berkilat lagi.
 



 
Macam2 biasa..mommy mengarah anak2 posing.
Kakak layan la..adik harap.
 
Habis beraya di Baling dah petang.
Terus gerak balik Kuala Pilah.
 
Tapiiiiiii... walaupun tak jem..
Daddy tak larat drive...berhenti tidor 2x dah.
 
end up pukul 2am kami check in kat rumah kami di Bangi .
Tidor puas2..esok pagi2 third raya baru bertolak balik Kuala Pilah.
 
Next post please