Thursday, July 15, 2010

Mami jarum

Tadi saya lunch with my Kelate fren kat sushi king.
Saya tegor lah banyaknya cincin dia pakai..rajinya pakai..
Saya seutas emas/sebentuk cincin/gelang kaki or tangan pun tidak berpakai.
Hanya simpan buat perhiasan di rumah.

Dah ada anak kecil ni lagi lah saya malas nak pakai cincin berbatu bata itu.
Takut terkena muka Mia..or tercalar badan dia masa mendokong.
Pakai rantai kena tarik tarik..lama2 putus.
Gelang tangan hantaran kahwin dulu pun tak pakai.
M.A.L.A.S
Apatah lagi accessory lain..

Tapi kawan saya ni cerita,
Dia baru balik kampung ada kenduri kahwin.
Emak dia pesan kalau balik kampung mertua kena pakai emas banyak2.
Emak dia siap bagi pinjam rantai labuh lagi tau..hehehe..

Comel la orang orang tua kan.
Emak saya dulu bising jugalah saya berbogel tanpa emas sekarang.
Tapi sekarang dia dah biasa kut tgk saya dan adik2 beradik sepi tanpa emas.
Jam pun saya tak pakai.
Nak tengok pukul berapa,sila lah tengok handphone ye..

Kenapa eh orang orang tua suka pakai emas?
Kalau balik kenduri kat kampung,ya allah besarnya gelang ada makcik tu pakai.
Rantai leher dah lah labuh sampai boob..berhelai helai pula tu.
ke cap zhulian je?
Gelang tangan yang besar cam ranti beskal EL pun ada tau..

Mak saya cakap,orang tua yang tak pakai emas nampak sangat dia tak berduit.
Tapi sekarang ni saya tengok orang2 kaya tahap dewa pun hanya pakai wantai white gold yang halus gila tu..heheh.

Korang suka pakai emas tak?
Bagus tau beli emas..buat investment.
Saya ada baca kat satu blog ni..
Masuk duit kat ASB dapat lah return investment for 8%..
Tapi kalau kita beli emas..harga emas tu naik like 45% this year..
So takyah menabung kat ASB lagi..beli emas banyak2..then masuk kat bank..
Tak payah lah pakai ..sebab perampok skang ni banyak..
hehehe..ok bye..nak balik gomol Mia..

Happy Friday people..
See u on Mia's befday this Sunday.
Next week saya updte gambar ye..maklumlah photographer saya nanti is Ady Naff..a.k.a daddy Mia..wakakak..

Cemburu hati Mommy

Semalam saya pergi tengok Mia dekat taska Jari Kecil.
Dia tengah makan..banyak pula dia makan bila berkawan ni.
Mula mula saya datang dia memang lah asyik nak berpangku je dengan saya.

Tapi tak lama lepas tu,kejap kejap dia bangun pangku kat teacher yang suapkan dia tu pula.
Boleh tak saya jeles???
Saya terus pangku budak lain..
Tahu pula Mia jeles..menjerit and terus tolak budak tadi tu..

Teacher dia cakap Mia panggil dia mama..
Nasib baik Mia dah reti panggil "memmi" dulu.
Kalau tak mesti saya jeles tahap dewa naga.

Nampaklah yang Mia sayang kat teacher tu.
So walaupun saya cemburu buta..tapi saya senang hati.
Dia tak nangis lagi bila saya nak tinggalkan dia kat taska tu.
Bila tak nangis,saya senang hati dan tidak rasa bersalah sebab tinggalkan dia.

Tapi saya cakap kat EL,saya jeles sbb Mia rapat dengan teacher.
normal kut kan perasaan tu...

Kat nursery tu ada 6 3yrs oldkids,3 2years old kids, 1 years old Mia and 5 babies..
Tapi babies dok atas lah kan..
Time saya selalu datang mengjenguk Mia tu..ya allah..bising hiruk pikuk betul bebudak tu.
Ada 10 orang je pun..pening kepalo den.
Macam mana lah Kate+8 tu leh bersabar kan..patutlah John carik lain..heheh

Owner dia yang memula saya jumpa macam pregnant 4month (dia ceaser) sekarang dah kurus dah..Dia cakap jaga bebudak lagi letih dari kerja ofis.
Tapi dia happy lah sebab dia leh bersama dengan anak 24-7
Saya tak sanggup kut hadapi kebisingan tahap dewa tu.