Baby mommy no.2 this week dah masuk 27th week.
Mean next week dah 7month.
Cepat betul kan.
Kadang2 mommy terlupa..kadang2 mommy teringat.
Tapi sayang memang sayang.
Tak akan kurang kasih sayang buat baby mommy No.2.
Baby mommy No.2 memang kuat.
Seawal 4bulan lagi dah start tendang menendang dalam perut mommy ni.
Hebat tak hebatnya.
Baby mommy No.2 mmg kuat.
Usia 5 bulan dalam perut mommy, dah sampai ke German.
Temankan mommy untuk 16hours long journey (+transit)
Temankan mommy di saat mommy sedih2 rindukan Kakak Mia.
Baby No.2 memang kuat.
Seawal2 kewujudan dah sama2 masuk UTM amik master dengan mommy.
Dah sama2 study, Buat assignment temankan mommy sampai lewat malam.
Bila mommy mengantuk je..nahhh amik penangan sepakan mengejutkan mommy.
Insyaallah Baby mommy No.2 ni akan jadi seorang yang cerdik pandai.
Dari dalam perut lagi dah pening kepala study Mechatronic.
Baby Mommy no.2 memang kuat.
Dah nak masuk usia 7 bulan dalam perut mommy ni,
masih lagi sama2 kita dukung kakak Mia yang super manja tu.
Kakak Mia pun dah 15kg beratnya.Naik tangga turun tangga masih lagi berdukung.
Kadang2 mommy kesian tgk baby No.2,
Kakak Mia lasak.Suka suka dia nak duduk atas perut mommy.
Kalau tidor tak sah nak letak kepala atas perut mommy ni.
Mommy risau..tapi mommy tahu baby mommy No.2 ni kuat.
Mommy berdoa dan mommy berpesan setiap hari kat baby No.2
Tolonglah keluar on time seperti kakak Mia ye.
Mommy dah habiskan final exam until 21/Jan/2012.
Kalau pun nak keluar awal,keluar malam 21/Jan pun ok.
Jangan keluar cepat cukup.
Lagi bagus kalau betul2 ikut due date 1/Feb/2012
So at least mommy ada 2weeks masa untuk berehat dah shopping sebelum start berpantang.
Mommy tahu baby mommy No.2 pasti kuat.
3weeks selepas bersalin nanti, dah start Sem 3.
Mommy terpaksa tinggalkan kamu sabtu dan ahad untuk ke class.
Bermakna, mommy dalam pantang lagi sudah start class.
Ini bermakna juga, mommy akan berstocking bagai untuk hadir ke class.
Insyaalah genap usia Baby No.2 satu tahun nanti,
Kita sama sama amik gambar di studio dengan Kakak Mia dan daddy.
Sambil mommy pakai jubah tanda susah payah selama 2 tahun sambung master.
Banyak betul cabaran, banyak betul masa yang mommy korbankan.
Mommy harap suatu hari nanti Baby No.1 dan Baby No.2 akan faham pengorbanan selama 2 tahun ini(Itupun kalau tak extend)