Sunday, February 24, 2013

Gossip Kak nam

Adoyaiii....bila kerja dalam company yang majority Malay, banyak na lah affair yang didengar..
Kejap anak dara dengan suami orang, kejap suami orang dengan isteri orang,kejap isteri orang dengan orang bujang, kejap tunang orang dengan orang bujang..Saya yang tak kacau hidup orang ni ..tak join group mana2 ni pun boleh terdengar gossip2 panas ni..dinding kat company ni boleh bercakap kut.

Nape eh  boleh jadi scandal2 ofis ni.Tak de kerja sangat kut jadi lecturer ni..hahahah..Ataupun bila dah terlalu free kat ofice ni..I mean kerja kat ofis dengan kerja lecturer lain ye. Kat ofis kita boleh jumpa semua orang..And bosses pun boleh monitor orang bawak. Lain dengan kerja jadi lecturer..Kami jarang jumpa sesama sendiri sebab bilik lain2.Boss kat level lain..takkan nak pergi dari bilik ke bilik kut..So waktu untuk mengular adalah sangat banyak..wakaka..

Breakfast , lunch and tea break semua boleh lepak2 kat luar.Heaven tak heaven. Atas ke'free'an ni kut maybe wujudnya scandal2 yang tak di ingini ni.

Start dengan diskass kerja..then kuar makan berdua..naik kereta berdua.Start dengan "ala-kawan-kawan". But for me lelaki-perempuan tak boleh jadi kawan berdua.Entahlah, bila dah selalu sangat berdua startlah luahkan masalah2 rumahtangga. Then bila dapat nasihat,mulalah rasa partner yang nasihatkan kita tadi tu betul..eh..nape dia romantik eh...suami aku tak pernah ckp mcm tu dgn aku pun..startlah comparing apa yang suami kita tak buat kat rumah..or isteri sendiri tak layan bila di rumah,.

Bila dah terbit perasaan "tersuka" tu mula lah scandal ni wujud..then merasakan alaa..bukan buat apa2 pun dok berdua2 an kat ofis..bukan buat apa2 pun keluar makan berdua..Tapi mata orang memandang and mulut orang tak pernah tutup. Bila ada mulut2 kak nam ni..mulalah buat cerita yang di tambah ajinomoto..Padahal kak nam ni nampak diorang berdua je dalam kereta..tapi kak nam ni buat cerita tu lagi best, " diorang siap bertepuk tampar lagi dlm keta tu" .." siap panggil baby-baby lagi", "siap cubit2 pinggang lagi tau diorang tadi"

Maka cerita yangbest jadi semakin best..Cerita yang biasa2 je jadi wow....scandal baru..hahahah.

Bagi saya, untuk elak benda2 ni semua..sebagai seorang isteri/suami kita kena tahu batas2 kita. Tak payah lah nak keluar makan berdua walaupun sekadar atas dasar kerja..elakkan lah berdua duaan di bilik walaupun sbb nak buat kerja..Kalau boleh elak,sila elak.Kalau tak boleh, bawak kawan pompuan lain tolong teman. Bahaya..kadang2 mmg kita tak  buat apa2 pun..and tak berniat apa2 pun, Tapi disebabkan kak nam,kak nam ajinomoto tadi, maka keluar lah cerita yang tah apa2.

Sekian melaporkan.heheheh