Tuesday, September 21, 2010

Stress

Penyakit M sudah tiba..saya malas nak pump susu skang.
After 2 weeks of raya holiday..means 2week juga saya cuti pump.
Skang dah kena fikir pasal susu susu susu..
owhhh stresss dibuatnya...
*Dinna now aku faham perasaaan ko taknak over stressed sebab susu

Dah 2 hari saya start balik activity pumping di office.
Dulu awal2 (b4 Mia hits 1Year old) i pumped 3x kat office.
Now??...2x pun susahh..
Dulu pump sampai ke tittisan susu terakhir...baru stop..
I used Medela Swing..pump ni akan stop sendiri after 30min..
Dulu saya siap extended lagi waktu pump ni to 45min..
Skang pump tak stop sendiri saya dah off dulu.

Semalam teacher Mia cakap susu 4 botol tak cukup.
Mia dah pandai mintak sendiri "tutu..tutu"
Kalau dia nampak fren hisap susu..dia akan mintak susu..walaupun baru 15min minum susu.
Sebab tu tak cukup kut.
Selalu cukup je..
So saya stress bila teacher dia mintak 1 more xtra bottle.
Gilalah..nak carik 4oz lagi hari2..
Ingat saya ada extra boobs for those additional 4oz to pump??

Saya straight away called EL...saya cakap saya dah tak mampu nak provide enuff milk for Mia everyday..i need his permission for me to opt those formula..
And he just said..up to me...
Motivate me enuff to buy the formula?? No i guess...
Memula saya cam happy nak ke Manjaku beli formula tu..saya taknak stress lagi..
Tapi sampai depan UKM traffic light i was like...STILL NOT READY..
Masuk dalam UKM and terus patah balik rumah..

Mia dah nak masuk 16month end of this month..1 year and 4 month already.
EL macam tak bagi beli Formula lagi..tapi dia tak cakap lah macam tu.But i know..
My mom called last night..and i informed her about this..and dia cakap its about time Mia di introduce with formula...dah besar dah..my milk tak cukup lagi untuk dia..
So saya cam senang hati sket di situ..
dan memang berkobar untuk beli susu tin for Mia..

Then i sms-ed my fren Bol yang pernah experienced about this b4..i asked what milk she introduced to Aqil...
hurmmm...
panjang lebar juga kami ber sms...susu type ni panas,anak cepat naik ruam..susu type tu anak tak berak..susu type satu lagi banyak lemak so cepat kenyang taknak makan..etc etc..end of her sms mentioned yang bf juga terbaik..takde masalah itu ini ...

Then rasa senang hati and berkorbar nak beli susu tin tu jadi hilang..
rasa bersalah pula datang..
Terus saya amik pump..and pumped right away...dapat lah another 2.5oz malam tadi..
Pagi ni saya bangun awal sbb nak pump lagi..EL tanya kenapa..saya cakap susu tak cukup..
EL terus cakap.."beli je lah susu tin yang.."..
Dalam hati gembira juga sebab dia dah benarkan..
Tapi saya masih lagi mahu mencuba..
Subuh tadi pump dapat lagi 1.5oz..
so cukuplah 5 botol untuk Mia harini.

Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan.
Badan saya macam dah letih sangat2.
Semangat tekad dan nekad tu kadang2 ada kadang2 hilang.
Saya janji dengan diri sendiri dulu until Mia 2 yrs..
Lama lagi tu...ada lagi 8more months to go..
Fikirkan 8 month tu pun saya dah stress..macam tak sabar2 dah nak simpan pump ni dalam kotak balik..
Saya tak pernah rasa salah pun bagi formula kannn...
Tak pernah pun rasa ohhh saya ibu yang jahat kalau bagi anak formula..
Or saya ibu yang tidak fikirkan anak kalau bagi anak formula.
Buat apa nak stress sangat pasal ni.
Tapi sebab EGO kat diri sendiri saya cuba lagi..
Tak tahu sampai bila bertahan.