Monday, November 25, 2013

Jodoh

Tetiba nak cakap pasal jodoh..
Sape kita tak tentukan pasal jodoh..lambat cepat semuanya ketentuan tuhan
Tapi kita boleh merancang
Merancang masa depan dan jodoh sekali.

Nape tetiba nak cakap pasal ni..

Anak buah kesayangan kawan saya ..saya namakan dia A..(bukan nama sebenar) age 19years old.baru habis SPM..taknak sambung study tapi pakai BWM , ayah bagi. Kerja dengan ayah..so kira semua ayah tanggung.

Berkenalan dengan GF ..saya namakan dia B (bukan nama sebenar) Age 16y Form 4. Tetiba diorang nak bertunang.. Emak B suka..sbb dapat menantu bawak BMW. Emak A, redha.. tapi kawan saya tidak..dia menghalang..membangkang sekeras kerasnya..
Sape lah emak saudara nak membankang, sekiranya parents sendiri menggalakkan..so next month bertunang..abis SPM which is 2 more years diorang kawin.

Saya tertanya2 apakah yang ada di fikiran emak si B untuk mengahwinkan anak perempuan yang belum cukup umur..yang belum tahu maksud tanggung jawab tu. Adakah semata2 disebabkan kemewahan luaran si A tadi?

Saya tertanya juga apakah yang ada di fikiran emak si A yang redha akan anak lelakinya untuk berkahwin di usia yang sebegitu muda..Ilmu tak cukup, malas nak sambung belajar. Zaman sekarang sijil SPM tu apa yang ada?

Again... sapelah saya untuk menidakkan pasal jodoh.

Si gadis belasan tahun B, tahukah kamu..selepas kamu habis SPM, kamu akan berjumpa berjuta lagi orang. Mungkin di kolej dan mungkin di tempat kerja.. saya yang penat bercinta di zaman university..4 tahun percintaan putus macam tu sahaja. Tetiba masuk kerja sony.. setel down, jumpa dengan en.laling 6 bulan je couple terus tuning..

Minggu lepas, Mia mengeluh kat saya..

"Nobody want to marry Mia at school Mommy..
Irfan nak married Amni
Adam nak married Iman"

bla bla nak married with bla bla bla..

Until the last name of 5years old boy in her class.

"Mia cannot married with 4years old boy..they are too small for Mia"

I just told her..

"Nevermind..Mia cannot married with anyone.

U need to buy mommy big  house and big car first before u get married.

Until then Mia stay with mommy ok.
U have to be excellent in school
Then u will go to big school.
Then u will go to university.

Get a good job and good money..

Buy mommy a big house and a big car.

Then u can married with those 5years old boy ok"

And she just smile and nodded ..and continue reading her Peter and Jane.