Monday, July 26, 2010

5 Hours

Semalam Lunch hour saya balik rumah jap.
Handphone tertinggal kat rumah.
Bukak je pintu rumah rasa sunyi sangat.

Nampak Toys Mia pun tetiba rasa sayu.
Emosi sangat kah saya ?
Cepat2 ambil HP.pastu kuar rumah dengan segera.
Padahal boleh je lepak2 makan ice cream ke..tengok tv ke..
entahlah macam sunyi sangat Mia takde.
Macam tak sanggup dok rumah kalau Mia takde.

Baik saya g lepak kat Taska Mia.
Saya memang ibu yang emosi.
Saya memang ibu yang berhati basah.

Mia stay Taska from 9am-5pm which is 8hours
Mia stay kat rumah pula from 6pm-11pm which is 5 hours..(the rest dia tido sampai pagi..bangun pagi terus ke taska)
Maksudnya time yang dia spend kat taska lebih banyak dari di rumah.
Kesian anak saya.

Tapi sampai je rumah,kadang2 saya tak terlayan budak kecik tu.
Mana nak buat kemas rumah.Basuh botol susu.
Prepare susu dia untuk esok pagi.
Do laundary lagi.
Penat jangan cakap lah.Letih lesu badan ni.

Tapi sebab memikirkan 5 quality hours tu,
saya cuba untuk tidak memikirkan kerja2 rumah tu sangat.
Saya tutup mata untuk rumah yang bersepah sepah itu.
Saya main flash card with her.
Mia sangat suka with flash card.
So by the age of 13month..dia dah boleh carik cat,dog,chicken,teddy bear,fish,moo moo ,elephant kat flash card tu..
And flash card satu lagi, about body..so bila saya tunjuk gambar Arm,tongue,eyes,legs,mouth, belly button dia dah boleh point out anggota tu kat badan dia..
Clever kan..

Back to the story,heheh..
Bila saya duduk kat sofa, dia akan bawak books untuk saya baca.
And she will listen for 3 min,lepas tu dia akan bangun carik buku lain pula.
Walaupun buku tadi belum habis di baca.
So far her favourite book is Humpty dumpty.

"Humpty dumpty sit on a wall.Humpty dumpty had a great fall"
Bila sampai kat great fall tu, mula lah Mia buat2 jatuh...hahaha..sangat cute..
See she understand at last whats the story is all about.
Tak rugi saya start bacakan buku2 untuk Mia since newborn.

Kadag2 kalau saya tengok Mia dah boring baca buku n read the flash card.
Dia akan carik kerja lain pula.contohnya memindahkan apa yang ada dalam drawer ke dalam tong sampah.
Boleh tak haritu saya tengok dustbin saya penuh dengan Maggi mee yang belum di buka.
Kerja pemindahan itu dilakukan oleh anak saya.

while she play by herself ..saya pun on laptop.Main fb n blog hopping.
Tapi tak sampai 15min saya dah teringat those 5 hours..
Since kat ofis saya main internet,takkan lah balik rumah pun saya nak main internet juga.
Kesian Mia.So saya off pc balik.

Saya terus jadi harimau pula..harimau merangkak untuk membaham mangsa.
Mia pun apa lagi..terkedek2 lari penguin melarikan diri.
Gelak menjerit jerit suka hati.
Bila sang harimau dah berjaya menangkap si anak.
Maka bermulalah sessi menggomol..gomol tahap dewa namanya.

Bila masa dah boring main gomol ni.
Mia start cari ball pula.Maka sang harimau akan bertukar menjadi Ronaldo pula.
Kami main kick ball..and kadang2 bila Ronaldo geram kat budak kecik tu.
Ronaldo akan menggomol lagi sambil berjoget2..
And Mia really enjoying her night with mommy,tiger and Ronaldo.
Habis aktiviti itu,Ronaldo akan bertukar semula menjadi Mommy.
Bermula proses seorang ibu,lapkan badan anak yang sudah melekit2..tukarkan baju dia..and minta EL jaga sekejap.
Sementara ibu ini bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut untuk esok.
15min to the max sahaja Mia leh stay with daddy.
Lepas tu mula lah nangis nak susu.

So kerja2 yang penting saja dapat siapkan.
Kerja yang kurang penting as if kemas rumah saya tangguhkan dulu.
Mungkin esok sempat saya buat.Mungkin juga tidak.
Maka tangguhkan lagi untuk kesian kalinya.
Apa guna rumah yang kemas,kalau tidak dapat spend quality hours dengan anak.