Friday, April 30, 2010

Sudah pulang

Daddy sudah pulang..yeaaah
Last nite daddy sampai rumah ard 9pm.
Mia macam malu2 pula.
Tak nangis bila daddy nak dukung.
Tapi macam very shy shy cat by the river ok.

Pastu dia asyik tinjau daddy je..
hahaha..so funny..
Maybe dia fikir "macam pernah ku kenal ini orang..tapi di mana ye"
hehehe..

Happy my soul mate suda ada depan mata.
Tapi sbb dah kerja ngan company nihon kan,friday still kna masuk ofis lg daddy.
penat travel pun tak habis lg.

uwan and atok pun dah balik tengahari td.
Sedih pula saya.
klu dulu ada mak teman berborak
sekarang kena tunggu daddy blk kerja mlm nanti jelah.

how i wish my parents stay cluse to us.
Hati senang tinggalkan mia dalam jagaan uwan n atok.

Next week Mia akan masuk to her new school..
just pray hard she will doin ok kat sana
the feeling sama masa nk hantar dia ke nursery lepas pantang dulu.

before balik td,abah saya pesan suruh inform kt mia punya new school nti macam ni

'anak saya ni nakal sikit'
'lasak nak main je'
'tidor susah,makan susah'

waaaaa,..saya sedih ok.
Mia jgnlah notty sgt nanti ok
Jangan nangis2..
kejap je mommy datang ambil mia.

Tuesday, April 27, 2010

Kata orang2 tua

Orang orang tua kata
Kalau budak kidal maksudnya bijak.

Tapi ada students saya yang kidal tidak berapa bijak pun..
Slow and alwiz blur time saya ngajar.

Sebab tu kadang2 saya tidak sangat percaya bila ada je benda2 aneh yang mak saya translatekan.
Contohnya..


Suara Mia garau n besar.
Mak saya kata orang perempuah suara garau ni murah rezeki...
wahhh..gitew


Then hari tu mak saya bawak Mia jumpa datok saudara saya kat kampung.
Datuk tu tengok je Mia dia cakap anak saya ni sangat2 bijak tapi..kedekut sikit.
Bijak sebab mata hitam Mia sangat besar.
Kedekut sebab telinga dia capang sedikit.
hahahah..apakah?


Anak saudara saya Arissa kalau tidur berdengkur kuat gila macam mommy dia.
Mak saya cakap lagi,orang perempuan kalau berdengkur kuat bertuah orang nya.

Macam2 kan orang tua nie.

Bila saya fikir fikirkan balik.
Saya buat kesimpulan bahawa orang dulu mmg suka fikir positif.
Perempuan suara garau macam jantan..mestilah tak elok kan
Tapi diorang taknak bagI parents risau maka dikatakan murah rezeki.

Perempuan juga bila berdengkur kuat mmg tidak manis.
Tapi untuk menyedapkan hati sendiri dikatakan bertuah.

Betul tak?
Bagus juga alwiz positif ni.
Hati tak payah risau fikirkan yang buruk2.

Tapi janganlah kita percaya sangat telahan orang2 tua itu.
Iyerrr kan ajee..
Kata itu doa.
Makan aminnn kan aje...

Esok daddy balik..yeehaaaa..sambil buat chicken dance dalam hati..

"Sian Mia"

Malam tadi saya ngadu dengan En.Laling akan perihal monster anak nya itu.
Saya bagitau anak dia asyik gigit i je skang.
Sampai luka..sampai bengkak n melecet.

Then EL tanya saya..saya marah Mia tak lepas dia gigit tu.
Saya cakap marah laa....

EL tetiba respond cenggini "sian Mia"

Hampeh ok..
bukan nak bersimpati kat saya..
pergi bersimpati kat budak tomei monster itu pula

EL tak bagi saya marah2 Mia ..sebab Mia kecik lagi..tak faham apa.
saya cakap senang je..
Nak jadi macam "Anakku Sazali kah?

END..
Terus saya merajuk..off pc..tido sambil peluk itu budak kecik..
huhuhu

Renung Renungkan

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.


Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.


Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak.


Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!


Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya.


Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya. Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian, saya sukar menahan hati dari bersedih.


Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan kemarahan saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi suri rumah selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.


Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama. Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh. Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami. Isteri saya mengangguk tanda setuju.


Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis OMER. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, my father is a Moslem!


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak. Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, apakah selamat anakku membesar di Malaysia?


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah. Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas. T


tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...


Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.


Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.


Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar sejuk, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan tarbiah yang tidak putus-putus.


Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan untuk mendidik dan tarbiah bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita. Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup tarbiah dan kasih diberi.


Seandainya saya memohon kotak kosong di dairi itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya. Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah ada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back! Maafkan Ayah dan Ummi!

Hari saya

Saya baru je balik from Japan Ambassy ni.
Saya mmg tidak mahir dgn jalan2 di KL.
Jalan Tun Razak la..Jalan Kuching la..Jalan Loke Yew lah..Jalan Sultan Ismail lah..
Ohhhh..i dont have any clue about all the jalan..
I wonder macam mana la kamu2 warga KL boleh ingat semua jalan tersebut ye.

Selalu pergi KL,husband saya akan drive dan saya tido di sebelah.
Tanpa mengambil endah akan jalan2 tersebut..
Tiba2 harini saya kena pergi sendiri..
Haruslah gelabah dan cuakkk...

Malam tadi saya google map ke Japan Ambassy.
Ya Allah..saya tidak pandai langsung membaca map tersebut.
Poning kepola den.
Maka saya pun bertanya arah from hubby yang jauh di mata itu.
Inilah direction yang dia bagi..

"Amik jalan ke Toll Sungai Besi..go straight je sampai jumpa TUDM.
Straight lagi amik arah ke Jalam Tun Razak.
Jalan straight sampai nampak KLCC or tabung Haji.
Cari sighboard ke Jalan Ampang.
Ambassy ada kat area tu.."

Macam sonang je kan direction yang ni..
Parents saya pula nak ikut.Sbb diorang takut saya merayau seorang diri.
Maka kami beramai2 gerak ke sana.
Ye saya folo sume direction itu..tapi saya masih tidak jumpa dgn Ambassy.
Jalan Tronor namanya..
Agaknya dah 5x saya jumpa KLCC,2x jumpa Zouk...
Masih lagi tidak kelihatan.
Masatu dah pukul 11am.
Ambassy close on 12pm.

Saya pun membuat keputusan drastic.
Saya park kereta kat bangunan MAS.Jalan sultan Ismail.
Amik cab terus suruh ke Ambassy.
kojap je sampai..hampeh tul.
Masa pergi kena RM6.
Masa nak balik ke kereta ke RM7.40.
Parking kena rm4.20.
Total cost RM17.60
Takpelah..dari saya berpusing2 sampai petang kan..

First time pergi Ambassy.
Selama ni company yang buatkan visa semua.
Rupa rupanya nak masuk ambassy ni macam nak masuk flight.
Kena tinggal hp n camera.
Kena check satu badan semua.
Takut kena bomb kut.

Saya kena pergi semula untuk ambil visa on 29th April.
Saya dah tahu dah jalan ke sana.
So takyah amik cab lagi pasni.
Mintak2 visa saya tak kena reject la....
Amiinnn...

Moral of the story:
Lepas ni,sila ambil perhatian time hubby driving ye.

Monday, April 26, 2010

Sampai hati Mia

Sampai hati Mia..
Buat mommy macam ni.
Mommy sedih gila sbb Mia langsung tak bersimpati kat mommy.

Mommy tau gigi/gusi Mia gatal..
Mommy dah awal2 belikan teething biscuit..Mia tak layan pula
Beli teether pun Mia campak2..
Apa dosa syusyu mommy ni sayang?

Kenapa Mia asyik nak gigit syusyu je.
Mia tak sian mommy ke?

Bukannya Mia tatau mommy sakit.
Dulu sampai darah Mia gigit.
Dua hari lepas Mia siap buat gigitan tarik lagi..
Melecet sampai terkelupas kulit.
Lama2 tempat gigit Mia kat syusyu tu dah bengkak.
Macam nak menanah pun ada..

Mommy still tak faham..kenapa tadi Mia still nak gigit juga?
Mommy tahan je time Mia susu.
Sakitnya Allah je tahu.
Bukannya Mia tak faham ..Mia kan anak bijak.
Kalau mommy dah jerit..kalau air mata mommy dah keluar tu.
Maksudnya sakit gila...

Nasib baik Mia anak mommy.
Kalau Mia anak orang lain dah lama mommy amik spannar cabut semua gigi Mia.

huhuhu..
Mommy sedih..
Banyak mommy dah berkorban untuk Mia.
Badan mommy yang selim melim dulu pun dah tumbuh spare tyre sana sini.
Semua sebab nak lahirkan Mia.

Mia suka minum syusyu mommy.
Nape Mia nak sakitkan syusyu.
Nak sakitkan Mommy.
Kalau Mia tak sayang mommy..
Kalau Mia tak sayang syusyu..
Biarlah mommy kena makan dengan batu belah macam ni..

"Batu belah batu bertangkup"
"Makan la aku..luluh la aku"
"Aku kempunan nak tengok anak aku minum syusyu baik baik"
huhuhuh


Mommy pasrah..tapi mommy sedih

Sunday, April 25, 2010

Partayyyyyy

Look mommy..its a pink baloon

And its everywhere

I think i want this one

But the white one is nicer..can i pick both?

Rutin gambar if mommies and babies berjumpa kan..sbb too many paparazi di situ..haruslah mak posing cantik...
But attension should be to the cutie pie befday gal Kira..ur a toddler now
"Happy unbirthday to you"
Mommy pelik tul..Mia baru reti jalan jatuh..tapi apsal tapak kasut dia hitam bebena..lagak macam dah berlari2 punya tapak kasut.

Owhh..ini harus..

On our way back..my cheeky lil baby

Sempat lagi snap2..jam teruk..
Balik from befday Kira kt wangsamaju,we straight to putra height.
overnite at my sister's house.
Sunday pula,due to my sis nak buat rambut kat damansara.
I have to take Pisha along with us to Sunway Pyramid.
I had a date with mommie Sue kat sana..
Sharing is caring,,but shared a stroller is so not..nasib baik dua2 slim.

Muka Harriz malas nak amik port with the girls.

Mommie Sue carik new car seat for Harriz..
Maklumlah her hero ni dah tinggi bagaikn johan..
Off topic ye..semalam Mia gigit my right nips again.
This time kulit melecet teruk.
Tak berdarah..but melecek yang nampak kulit dah tanggal kat dis one area.
Memanglah masa dia suck..pedih gila..
saya tak kisah..saya boleh tahan je.
Lagipun saya taknak belah kanan bengkak susu pula.
Tapi bolehke?
Saya takut tempat luka tu kena infectd pula.
And lepas tu kuman tu move to Mia sbb dia yang hisap..
Nak pump during weekend mmg malas..hahahah

Friday, April 23, 2010

Kisah Jumaat saya

Banyak betul cobaan saya hari ini untuk buat passport Mia.
And lucky me i have the sweetest baby in town..so behaved the whole day tau.
Banyak benda kena prepare.
Nak apply visa lagi.Next week baru nak pergi Japan ambassy apply.
Siyes leceh gila.Nak tau apa syarat dia

1. Kena isi form visa la of cos.

2.Kena buat iltinery apa yang kita plan nak buat,nak visit tempat apa kat sana setiap hari.
Mean saya kena list kan from 9hb until 24th apa yang akan saya buat di sana nanti.

3. Kena bagi surat confirmation letter from majikan.(yang ni Next week baru dapat)

4. Visa photo.

5. Current saving acc mesti ada at least RM6K..kena photocopy and virified from bank.

So malam tadi saya dah list kan satu2 my to do list today.
Bangun pagi terus ke office untuk apply majikan confirmation tu.Next week baru leh dapat.

Then terus ke kedai gambar.untuk amik gambar passport n Visa Mia..juga visa mommy sekali.
Punyalah susah nak amik gambar Mia.Tak leh duduk diam.


After amik gambar, we all gerak ke Putrajaya untuk buat passport.
IC mommy My kid Mia, semua dah complete..
And as usual mestilah ada yang tak kena..saya lupa bawak sijil beranak Mia.
Rasa macam nak hentak2 kepala kat dinding.
Dah kena buat 2-3 kali kerja..saya mmg macam tu.Mak nenek ngok ngek sket.
Balik ke Bangi semula untuk amik Surat beranak.And terus ke Putrajaya.
Lepas bayar, kena tunggu i hour untuk passport siap.

Malas nak tunggu terpinga2 kat emigresen tu..we all balik ke Bangi semula untuk withdraw duit ASB.
Kan ke mesti ada ada 6k dalam current account kan..now pun dah hujung bulan..bukan setakat rm6k takde dalam acc..600 pun susah..wakakak..

Balik semula ke Putrajaya ngam ngam ho la passport siap..yeahhhh...selesai satu urusan..

Gambar passport Mia yang senget bahu sebelah.

Gambar Visa pula..saya suka sangat gambar dia yang ni..muka innocent..muka yang sedap untuk di gomol..

Mommy dah janji..kalau Mia behave mommy bawak jenjalan Alamanda kan..
Plus pressie hunting for Kira oso..(hope u like our pressie ya Kira)
And disebabkan Mia kan sekarang tgh jalan2 jatuh.saya nak belikan kasut yang comfort sket untuk dia.Skang mana pergi,mesti dia nak berdiri.So kenalah berkasut..

Siriyes saya suka giller dgn kasut grey ini..ala2 Suri kan pakai kasut grey..Tapi berat..tapi suka

Then ada kasut white-pink yang ringan ni.Tapi bila Mia pakai kasut ni dia takmo berdiri pula.Dia asyik duduk je..apsal eh?
Ke sebab kasut tu still berat juga?
Dia tak biasa lagi berdiri pakai kasut kut.
saya biasa2 je dengan design ni..tapi kasut ni lighter than the grey one.
Ringan2 pun still Mia takmo berdiri..apakah?
Sedap tak agak2 nya benda ni mommy?
Nyaris ok dia nak masuk mulut kasut ni.Nasib baik mommy tangkas menepis.


End up tak beli pun.
Elok2 dia tgh ada progress untuk berjalan-jatuh.
Pakai kasut terus tak reti.
So biarlah dia berstokin je dulu ke mana2.
Sampai kepam n lunyai socks tu di buatnya.

Then we all pergi lunch+dinner.
Balik rumah..penat gilaa..
Mia dah surrender tdo since 9pm tadi.
Saya penat juga..tapi cam excited nak update blog pasal gambar tomei tomei saya ini.

Thursday, April 22, 2010

Tukar

Saya nak tukar Mia ke nursery lain.
Sebab apa?
Sebabnya..nursery Mia skang dah ramai gila babies.pengasuh sikit.
Mia pun sejak dua menjak ni..macam2 sakit pula dapat..
Tapi sebab utamanya adalah,last week saya datang nursery tu untuk ambil tilam n bantal.
Then saya noticed ada satu memo baru kat memo board.
Diorang nak limitkan visiting hours (lunch break) jadi 20min.Sbb takut menggangu tugasan guru.
Amboi..selama ni saya sorang je yang datang time lunch untuk bf Mia.Tak pernah sekali pun saya nampak ada ibu2 lain datang.
Makanya memang memo itu untuk saya sorang..eleh..ganggu tugas guru ke..ganggu guru nak tdo...boleh blah...

Bibik maybe bukan untuk masa sekarang..mcm2 saya takutkan.
Plus Mia mmg luar biasa lasaknya..parents saya pun ckp mcm tuh.
Diorang dah jaga 4org cucu,and Mia yg paling lasak.
Kuat main..tapi takleh main sorang2,kena org teman.
Tdo sekejap je..makan susah..heheheh..
Sapelah yang sanggup jaga.


Nak hantar ke babysitter,
Hubby saya tak bagi pula.
Dia cakap rumah babysitter bahaya..sbb Mia kan dah suka panjat sana sini.
Kalau at nursery takde perabot.
Babysitter mesti nak buat kerja rumah and memasak.
Mia pula takleh takde org teman dia and akan tdo kejap je..so quite bahaya lah di situ.


Haritu saya ada terbaca kat Forum susu ibu about Bondamama nursery.
Cari punya carik.rupanya ada dekat area rumah i ni.
Plan nak hantar dia ke Bondamama after daddy back from Japan.
Saya dah go tru website dia and agak berpuas hati juga lah.Sbb Bondamama ni banyak gila branches satu Malaysia.

Mean dia dah well established and well trained pengasuh.

Petang tadi,after uwan and atok balik kampong.
Saya n Mia terus g visit sek baru Mia.
sukaaa...sebab baby ada 3 orang je.
Bilik baby kat master bedroom.
Nursery lama Mia,bilik baby kat bilik bibik bawah..kecik gila utk sumbat 6babies.

Baby tak tdo kat lantai..
Ada 5baby cots n 5 buai..awal2 lagi saya dah sound yang Mia tak tdo buai.hahah..
Tapi takut juga kalau2 Mia panjat cot tu pula nanti.

Yang paling best pengasuh2 di situ age range mostly early 30 takpun late 20.
Kira takdelah anak2 dara macam kat nursery Mia dulu.
Ada satu freezer dalam room tu utk store EBM.
Takde lah like her old nursery yang ada satu je freezer to keep everything (bahan2 masak sume sumbut)

Jauh lah sket rumah saya from this nursery.
Kira macam dulu 5min from home je..
now around 15min kut..so saya kena bangun awal la sket.
Takpe ..mommy tak kisah..
Jauh sket..mahal sket..
Asalkan Mia sihat..and mommy happy..

Buang

Pagi tadi masa nak naik lift ke office saya terserempak dengan kawan sekolah rendah saya.
Rupa rupanya dia baru je masuk kerja 3hari lepas.
Syoknya we all ber chit chat..

Bila saya tanya anak dah berapa..
Dia cakap nak masuk 3..
Tapi slim melim ok..

Then dia terus cerita kat saya,anak dalam perut dia ni accident punya baby.
Dia taknak pun lagi..sbb anak dia yang kecik sebaya Mia baru 10month.
DiA dengan busy untuk habiskan master.
Carreer yang baru je nak start ni.
Nak travel from Klang ke Bangi lagi.
Plus dia memang jenis mabuk teruk.
Financial diorang lom stable sangat lagi.
Dia cakap dia terfikir nak buang anak tu..
Sebab BABY baru 3weeks..belom ada jasad.

Saya terdiam juga masa dia cakap tu.
Saya tanya hubby dia cakap apa.
Dia cakap dia tak bagitau pun lagi husband yang dia pregant.
So if kalau dia nak buang dia taknak bagitau husband dia.

Hurmmm..ada juga ye orang macam ni.
Actually boleh ke kita gugurkan baby yang baru 3 weeks dengan alasan2 di atas?
Saya bukannya terror sangat bab2 agama ni.
Yang saya tahu kalau orang yang belom kawin gugurkan memang lah berdosa besar.

Macam mana yang dah kawin,tapi sbb factor masa,duit, kerjaya and so on..bolehke kita buat?
Apa hukumnya?makhrukh ke?or still haram?

Saya tidak tahu..
Apa yang saya cakap..

"Tak baiklah cakap camtu,ni kan dah rezeki kau suami isteri...terima je lah..sian baby tu..lepas ni terus ikat je takyah pregnant lagi"

Saya cakap kat dia..saya memang taknak for now.
Sebab tu saya amik pill family planning.
Sebab saya tidak mahu kejadian "accident" macam tu.
Kalau lah baby itu tahu yang kehadiran dia tidak sapa yang alu alukan..

Kalau saya jadi baby tu,mesti saya sedih.

Wednesday, April 21, 2010

Last Coccal dose

Today, Mia had her last coccal dose..still nangis tak hingat masa kena cocok..haiiyaaa..apadaaa..Sudaa inject banyak kali since newborn pun nangis lagi ke?shame shame la Mia ni..
Next dose will be her 1year immunisation..

Masa genap 10month harituh weight Mia kan 9.5kg.
Then dia demam chicken pox for a week.
Then sambung lagi demam viral for another week..
Last weight in dia turun gila2..masa tu around 8.7kg je..
Cengkung sangat.

Then after baik demam..
Plus uwan and atok pula jaga..
Harini Mia weight naik kembali ke 9.5kg..
ngam2..tak gemuk tak kurus..just nice..
Her height now is 75cm..which is 2.5feet..
Tinggi ye anak saya ini..(ikut sapa lah ni agaknya..heheh)
Newborn dulu tinggi dia 53cm..increase around 22cm dah..
Hailah anak,waktu bila kamu membesar pun bonda tidak pasti.
Adakah ada fairies yang datang tiap2 malam semasa bonda lena beradu yang panjangkan tulang kamu itu?

Look..iam a big girl now..
Mia's achievement at 10month 2 weeks ni she can do monster walk..about 6 steps already..cepat juga kan..so tadi saya tanya paed Mia about her achievement tu..
Her paed told me,actually babies yang cepat sangat berjalan pun tidak bagus.Sebab tulang dia still soft untuk menampng berat badan..Ditakuti nanti da besar,tulang will bengkok or etc..
scary rite..so mommies yang babies lom start nak berjalan,dont worry k.
Dont push your baby just bcoz ur frend's baby can walk oredi.no-no..
Paed cakap,Mia tak gemuk so it should be ok ..legaaaa
Last Monday i went to airport to pick up my sister and her family yang baru balik from Phuket.
They brought Mia cloth book yang ada scent skali tau. Cloth book title banana ,mmg bau banana.
Cloth book strawaberry pun mmg bau best.And mommy pun dapat one designer tshirt ..mommy loike it so much..

Pisya buat braids kt Phuket for rm20..cantik kan..

If pictures can talk,u can noticed how close Pisya and Mia..like really2 close kan.
Masa time jumpa tu,they hug each other.Mia pula takmo duduk ngan sesapa pun.Nak berpangku ngan kakak Pisya je dalam kereta..Kakak Pisya pula from airport sampai ke Putra Height peluk je lah Mia ni while telling us her experienced with elephant,alligator,bla bla bla..zzzzzzzzzz
Banyak gila story..macam budak astro pulak saya rasa.
Oklah nak tidur..saya rindu EL..rasa mcm kosong je hidup tanpa my other half tu.
Once again..nasib baik ada Mia..Mommy love you to bit darl.

Monday, April 19, 2010

Not for Now

woot wott people..
At last dapat juga saya online setelah hampir 4 hari bersangapan di kampung.
Nasib baik ada Mia,kalau tidak hari hari saya tiada makna.

Semalam saya test drive H.A
hehehe..try lah guess H.A tu hape?.
Tidak lah brand BMW pun..Ukur baju di badan sendiri ye.
Technical point of view..best gila saya memecut.hahaha
Cosmetic point of view..cantik but a bit gabak..susah nak parking..

Tapi bukan itu yang nak saya cerita kat sini.
Semasa driving H.A,lampu merah di simpang..maka haruslah saya stop.
Saya kan mat rempit yang berkhemah.
Sebelah kereta saya ada sorang awek cun tgh bawak MYVI putih pandang2 kat saya.
Hurmm..tak tahu apsal tetiba je..ada satu perasan datang dalam fikiran saya..
Perasaan tu macam ala2 ni lah

"Apa pandang2..kau ada?"

Gitewwwww..hahaah
Terlintas ye..bukan saya mean pun.
Tapi bila saya fikir balik..kenapa perlu ada rasa riak tu telintas secara tetiba.
Baru pakai kereta besar sket..dah eksen..
Itupun baruuuu test drive ok.
Belum saya pinjam dari bank lagi kereta itu.

Dont like..
Pergi jauh2 riak dan takbur.
Berdosa besar ok kalau saya beli untuk meriak..

Makanya,saya return back the key and cakap "Maybe not now"
Ye..saya tidak bersedia lagi zahir dan batin untuk drive kereta besar.
Selagi perasaan itu masih ada,biarlah saya bawak Gen2 hitam ni.

Owhh..my Blackie Gen2..hasil titik peluh saya.
Tiada meminta2 dekat EL satu sen pun untuk Blackie saya itu.
Banyak gila berjasa..
Banyak gila budi..
Entah bila dapat saya balas..
Dialah yang hantar saya ke An Nur untuk bersalin.
Dan kereta inilah first kereta Mia naik.

Orang kata,untuk ada kereta besar,kita perlu ada duit yang banyak..
Tapi saya kata,untuk ada kereta besar,kita perlu ada hati yang bersih.
Tunggulah ada rezeki,bersih hati dari sifat2 hitam itu..
Bak kata Sue "Bukan takde duit ye" hahahaha...

Thursday, April 15, 2010

Sabar sikit lagi

Saya tahu ini benda sensitip.
Tapi saya nak share juga.
Saya nak share kat wifey2 yang masih menunggu untuk dapat baby.
Tension kan..

Saya dulu tunggu to get pregnant about 6 month.
eveytime period mesti nangis2..
Siap kalau lambat period 2-3 hari..dah happy sangat ..
Siap test pregnancy test tau..tah berapa banyak saya beli..
Tapi mesti frustrated.

Balik kampung saya mesti bengang ngan relatives saya.
Mesti nak tanya dah berisi ke belom..
Siap nasihat jangan tunggu lama2 sangat..
Halloooooo..macamlah saya yang tentukan semua ni.
Kalau lah boleh..haritu juga saya nakk..
Start lah saya malas gila nak balik kampun.
Malas gila nak jumpa orang.

Bila cerita kat membe..member mesti cakap..alaaa relaks lah..baru 5 bulan..
diorang tak tahu seksanya menunggu..5 bulan tu rasa macam 5 tahun tau..
Sebab tu bila ada best fren saya cakap dia dah sethun menunggu...
saya takmo cakap..alaaa baru setahun..sbb saya faham setahun tu mmg lama bagi orang yang betul2 nak...
Saya just cakap..sabar sket lagi..insyaalah ada rezeki Allah turunkan.

Saya pun banyak juga tips2 saya amalkan dulu.
Sampai saya tak tahu mana satu yang betul2 works for me.
Saya kawin Mac 2008.Saya start amik asid folic since Mei..
sebab saya baca 3 month b4 we planned to get pregnant kita dah kena start makan asid folic ni.

Then..saya try homoephaty juga..mahal jugaklah..untuk sebulan rm180 untuk saya..rm180 lagi untuk EL..saya amik untuk 2 months sahaja..

Last sekali bibik tua kakak saya.Dah balik Indon pun..dia bagi saya tips ni.
Kikis isi dalam timun (sampai ke kulit keras) Campur dengan gula batu.
Masuk dalam fridge.simpan satu malam.
B4 breakfast amik.
Saya amalkan sebulan..and next monthnya tarraaaaa..iam bless with a tiny tots..
Korang boleh la try..

Everymonth juga saya pergi berurut..
Datang berurut every 3days of period..
Ada yang bagi minum air kunyit..
Ada yang bagi minum air gula mera campur halia tak silap..
hurmm..macam2 juga saya try..

Alhamdulilah..saya pregnant..and now iam proud to saya im a mommy to my beautiful princess Damia Zahra.
Saya doakan kalian juga akan diberkati sama seperti saya.
Saya faham dah macam2 cara..dah macam2 petua korang amalkan..
Tapi masih belum kesampaian hajat dihati..
Sbar sikit lagi ok..sikit je lagi.

Ada kawan saya di Kedah sana dah 4 tahun kawin.
Masih berjuang lagi.
Dia dah sampai tahap tebuk perut untuk masukan camera..nak check ada block pape tak kat rahim dia.
All clear.
Makan ubat subur..sampai kawan saya yang kecik molik dah jadi macam pokok yang rimbun dah..jerawat pun dah melata di muka dia yang putih bersih dulu.

Fham2 jelah bila makan ubat subur ni..macam2 side effect..migrain jangan cakap lah..kesian gila saya.Haritu kami balik Kedah,jumpa dia..lagi satu lagi cerita sedih.

Saya tak ingat process tu nama dia..tapi kira macam doc akan monitor ovum kawan saya ni.check tarikh dan masa bila ovum tu subur.Then..sampai waktu subur tu,doctor akan masukkan sperm terus ke ovum..apa nama dis process eh?IUV ke..hahaha

Date dah dapat..time pun dah tahu..siap diorang nampak kat camera ada 2 lagi ovum yang ready to bloom..kira kalau berjaya ni boleh dapat twins lah..gembira sangat2 di hati mereka.

Tepat pukul 11.30pm diorang dah ready kat hospital utk doctor masukkan sperm.
Tapiiii....maybe belum rezeki lagi..masatu pula ubat untuk masukkan sperm tu habis.
Subhanallah..kena tunggu farmasi g amik kat stock..11.30pm waktu ovum subur..tapii..tunggu punya tunggu pukul 5am baru dapat masuk..

Sian kawan saya itu...tidak berjaya lagi..masih belum ada rezeki..Tak silap saya diorang bayar almost rm10k for 3 trials..so meaning ada lagi balance 2 trial...aminnn..saya doakan mereka dapat twins terus lepas ni..

Sedih mmg sedih..tapi jangan stress sangat ye kawan2..
Kalau stress,nanti ada hormon yang keluar dalam badan kita buat badan kita jadi kurang subur.
So pergilah vacations..berhoneymoon..moga2 honeymoon itu kan bertukar jadi babymoon.
Doa saya buat kalian..

Berbulu vavis berhati biawak

Saya cukup sedih bila baca berita ada budak kena dera sampai mati lagi semalam.
Apalah punya kejam manusia sekarang ni.

Ye saya tahu kadang2 babies or kids mmg memerlukan kesabaran dan iman yang kuat untuk membesarkan diorang.
Peel diorang ,ragam diorang..susah makan,susah tido,asyik nangis..u name it ive done it..
But diorang kan kecik lagi.
Tak tahu pun nak fikir mana baik and mana yang buruk.

Serius saya cakap,kalau ada time Mia gigit nips saya..mmg saya rasa nak tampar2 je pipi gebu dia tu..
Kalau time saya dah penat masak food Mia ,time nak suap je dia kunci rapat2 mulut dia..memang rasa geram yang amat rasa mcm nak tonyoh food tu dalam mulut dia.

Or kalau saya penat gila pas balik dari kerja, Mia nangis2 takmo terletak.nak berdukung je 24jam..memang saya rasa nak kunci diri dalam bilik.Biar dia nangis kat luar.

Tapiii,tak pernah sekali pun saya sampai ke tahap meroyann tu..tak pernah sekali pun saya jentik anak saya.

Dia membesar pun dgn air susu saya..
kalau saya tak bagi dia maka maka tak makanlah dia
kalau saya tak mandikan dia maka satu harilah dia comot.
she depends 100% on me.
Tak sampai hatiii..

Saya berdoa..doa seorang ibu ni makbul ye..agar Allah takkan kurniakan zuriat ke atas mereka yg berhati biawak ni..sebaliknya kurniakan la zuriat ke atas kawan kawan saya yg masih lg mrnunggu untuk peluang bergelar ibu..aminnn

Wednesday, April 14, 2010

Bibik lagi

Ingat tak post berbibik saya di entry lepas2..
Lagi satu cerita horror ni..
Bibik abang saya previously sakit Hepatatis B..
So dah dihantar balik pun..
(Semua bibik2 abang n kakak saya ni dari agent yang sama..bibik halal tau)
Mean semua orang kena lulus medical check up kat sana..
Next bibik pula datang..
Dia dah kerja about sebulan kut ..
Tapi asyik sakit je..sakit itu sakit ini..
Last2 SIL saya hantar dia buat medical check up again kat Malaysia..
uwaaaaaaaaaaaaa...nak tahu dia sakit apa tak?
vv
vv
vv
vv
vv
vv
vv
HIV POSITIF..
what the toot..and toot..toot F toot..
Gila vavis tahap naga ok.
Dah lah abang saya tu ada 3 anak lelaki.
Macam mana kalau dia luka tangan dulu..
arghhh..ngeri nya kalau nak di fikir fikirkan..
I wonder macam mana bibik ni boleh lepas medical check up kat Indon tu.
Siap ada surat doctor lagi ok ,saying that she was in her pink condition.
Hari tu juga SIL saya belikan dia tiket from Terenggan ke pudu.
Dia bagi bibik tu RM20 untuk survive pergi ke Port Klang.
Padan muka dia..
geram tau saya.
Saya baru je nak suruh kakak saya amikkan bibik untuk saya.
Yerlah sejak Mia asyik sakit je bulan lepas.
Saya macam dah fobia nak hantar Mia ker nursery.
Macam2 penyakit.
Sakit mata dah baik,datang selsema..
Selsema tak baik lagi..sakit mata datang balik.
Demam lagi..
Tapi sekarang...saya takut..
Takut ok..HIV Positif bukan main2 sakit itu.
Takde ubat lagi.
Selisih la malaikat 44.
hurmmm...
Mak saya cakap,budak2 nak besar mmg selalu sakit.
Lepas setahun,insyaallah baik.
Aminnnn...2 more month to go

Tutu

Tetiba saya sangat suka tgk babies ber'tutu..
Pengaruh CD Brainy Baby lah ni..comelicious okeh..
Best kan kalau buat befday party theme dia tutu..
Semua babies yang datang kena bertutu..
alamak..grrrr..cant imagine how cute it will be..*pengsannnnn..

Tapi kan ..kalau girls pakai tutu..Boys kena pakai apa eh?
Any idea?


Tengoklah aksi2 mommy mommy terlampau ini..Lebih excited dari anak yang memakainya..hhehe..
Tomei..tomei..anak mommy neh.geramm..meh geget sket..asyik kamu je yang geget mommy..
Cakap pasal gigit menggigit ni kan..
hurrmmmm..Mia gigit nips saya tadi..pedih gilaaaaa...tahap vavis..bak kata sue..
Pas Mia tdo,saya check itu nips kan..siap ada one dot darah beku lagi..
saya cuci2 tak hilang2 pulak dot tu..
Anyone had experienced one b4?
Mia dah about 2 weeks stayed with uwan and atok time saya kerja.
Heaven OK..takyah risau2 macam dulu..
percaya 100% bila parents kita sendiri yang jaga anak.
Mia pun dah sihat 100% juga..muka pun dah tembam balik..taklah cengkung macam dulu.
Tapi problem skang dia susah sangat nak tdo siang..
Kesian parents saya.
Kalau saya kerja pagi pun,petang nak tdokan dia mmglah susah.
Dia susu kejap..then nak main balik.
Sampai nangi2 mengamuk2 takmo tdo.
Mata dah lelap..tapi kaki still nak hulur ke bawah nak turun.
Nak main aja dia skang.
Nak tdoka dia senang je..
Bawah naik bilik,On air cond..dia terus carik susu..n straight to lalala land..
Lama pula tu dia tdo.
Kalau kat bawah jangan harap..
kenapa eh?
Ke sebab dia dah aware yang hall bawah is her playground..
and bedroom is her lala land?
Or sebab hall bawah takde aircond??
Takkan nak pasang aircond 24-7..
SAVE THE EARTH PEOPLE!!!..hheheh (sebenanrnya takut daddy yang pokaibayar electric bills)

Tuesday, April 13, 2010

Tombam

Semalam En.Laling call, cakap dia dah tombam kat sana..sebab tak exercise a.k.a naik beskal..
so dia plan nak beli beskal lipat satu kat sana..senang bawak balik naik flight nanti(apakah?..sudah ada 3 bijik kat rumah ada hati mau tambah lagi)

Then saya cakap..saya pun makin tombam sekarang..sbb mak saya masak siang malam..asyik makan je keja tau..perut lum lapar lagi dah next meal pula..hahaha

Tak payah beli beskal..jom lah kita tombam bersama2...hehe
Ini post takde makna ok..hahahaha

p/s : Mia sekarang dah rajin nak berjalan..dah boleh buat a few steps..then jatuh..pastu buat muka bangga..Stand on her feet pun sangat terror dah..
Cepat sayang..lari cepat..takyah jalan..terus lari.

Mak Makan Hati

Mak makan hati berulam sakura tau tengok gambar daddy ni..huhuh..
Happynya daddy kat sana ye..
Mommy and Mia je yang merana kat sini




Uwaaaaaa...nak pergi juga..nak tengok sakura juga..
Tapi duit tiket tu banyak benda lain lagi boleh shopping.
Boleh beli kasut,boleh beli baju,boleh beli handbag..and boleh beli toys Mia
Tapi kalau tak pergi..bila lagi nak merasa sakura.
Hotel dah free dah.
Sian free laundry lagi.
Tapi kalau pergi pun,
Daddy bukan boleh entertain selalu.
Dia kerja sampai lewat malam.
Tak de ertinya saya melaluk kat bilik hotel ngan Mia.
Tengok TV pun semua cakap Doraemon.
Tak pergi jenjalan pun kena survive sendiri lah time weekdays.
Kalau pergi,food Mia camne?
Camne nak masak porridge kat hotel?
Mia bukan nak sangat food yang ready made ni.
Persoalan demi persoalan menerjah.
Jiwa semakin kacau.
Ok ..tdo lagi baik..ekekek..
nitey nite everyone...

Snap snap

Ok..nak citer pasal camera.
First camera yang saya beli dulu kat Japan is Sony T11.
First model cybershot.Tak silap saya 7MP kut.
Tapi camera tu dah rosak akibat kena air laut kat Cherating dulu.
huhuhu...lama gila saya guna camera tu tau.Adalah around 5years.
Macam2 gambar saya amik guna camera tu.
Taklah sedih sangat masa tahu dah rosak dulu..sbb saya mmg target nak beli camera baru..ekekek
Survey punya survey saya end up beli Canon IXUS 130.
Oren. color.Actually saya minat yang pink-purple tu..tapi bila saya suruh Mia pilih,2-3x mesti dia nak ambik yang kaler oren.heheh..best camera ni tau..
14MP lagi tau..
Pastu boleh buat gambar Fish eyes..or boleh blur kan environment but sharp kat object..heheh..ala ala macam camera EOS tau..
Pastu boleh tukarkan kaler gambar.Let say kita nak tukar kaler handbag kita kaler pink pun boleh..
Lagi ada Kids and Pets mode..meaning for moving object la..seriyes gambar takkan blur.
Video for this camera in HD lagi.
Saya beli camera ni RM950 dapat 8G memory and pouch.

EL kan now kat Japan.Dia survey Camera saya kat Japan harga RM800 je..huhu..tapi sbb tak sabar sangat nak beli b4 EL ke Japan,kan ke dah rugi RM150.
We all memang nak beli 2cameras.Satu untuk saya bawa ke mana2 ..dan satu lagi untuk EL bawak g touring.EL minat camera yang gabak2 like EOS ni.

Memula dulu dia cakap beli Canon EOS 1000D, RP RM2200 je.
Then before dia g Japan,dia cakap nak upgrade sket ke EOS 500D.OK Fine.
Tapi sampai kat Japan dia tengah confuse pula nak beli EOS 550D or EOS 50D.
Harga memang murah gila lah kat sana kan..

EOS 550D. RP kat Malaysia with 135mm lense is RM3700.
Kat Japan leh dapat RM3100. uwaaaa...sangat murah ok.saya tengah pujuk EL beli 550D je kut..tak yah lah beli mahal2 sampai rm4k..bukan nya dia nak jadi photographer pun kan.

EOS 50D kat sana tengah ada offer pula.
Retail price kat Malaysia with 200mm lense is RM5600.
kat Japan leh dapat RM4000.
Tapi camera ni gabak gila ok.dekat 1KG..
Video pun takde.tapi cam murah gila kat sana kan.

Seb baik saya tak minat sangat bab2 camera EOS ni..
Minat juga kut,tapi tak reti sangat.
Plus,mana lah muat nak letak camera bagak2 dalam handbag saya yang cinonit itu.
cukuplah saya dengan IXUS oren ni je..hehehe
p/s kawan2 sape hubby or diri sendiri nak kirim stuff from Japan boleh beritahu saya k.nak mintak survey kan boleh.
Oh ye SK2 satu set kat sini RM1300..Kat Japan leh dapat RM800 je..yeee haaaa..
Saya tengah fikir2 kan untuk kesana bulan Mei ni.
Kalau saya pergi dengan Mia return tickets is RM2500 je.
saya rm2200,Mia rm300..
Tapi if saya dapat carik sorang adult or sorang children yang nak join,tiket saya leh dapat rm1700..so..ada balance rm800 leh beli SK2.
ngeh ngeh ngeh..
ada saper2 mommy yang mau ikut?now is Sakura tau kat Japan.
Jomlah teman saya..for sure weekdays EL akan busy di office balik pun lewat malam.
Masih tgh fikir2 lagi..nak pergi or takyah..pergi ke tak payah..huhuhuh

Sunday, April 11, 2010

Mia and Mommy in The Wonderland

Wahhh..rasa mcm Alice in the wonderland pula kami this weekend..macam2 ada..macam buat..macam2 jumpa..hehehe..tapi malam2 still rasa sunyi,sbb daddy takde..

Friday,mommy amik cuti sebab Atok n Uwan kena balik kampung.Ada kenduri
So buat date ngan Mommy Sara a.k.a Mia's befday planner.
Diskass and survey party stuff kat OU and kat The Curve.
Lunch kat OU Just Thai..Tea Break kat The Curve,pekena Bihun Ladna.
Kat OU dah ada baby room yang chantek.kat situ sume adalah.Siap kat each room ada buaian lagi..ekekek..ada water heater utk buat cucu..
"Mommy,apa kat kepala Mia ni?"

"Mia dont like la cekak ni..sakit telinga'

Mommy Sara with si kicik Aidan yang sangt2 la good boy tau.
Shopping sket kat sana..then by 8pm we all cabut balik..
Saya balik ke rumah kakak saya di Putra Height,Subang.
Esoknya Saturday after we all hantar Arissa ke Cambridge for Kids class,kami drop to Giant Putra Height.
My sister nak beli barang2 dapur.
Stroller lupa nak bawak.sbb ingat kan kejap je hantar Arissa.
Mia pun dengan tak mandi nya..baju pun tak tukar.
Happy betul dia dapat naik bendalah tu.First time saya letak dalam tu.
Bangga kan muka dia?
"Look daddy..Iam a big girl now"

Kat Giang Putra Height ni ada one area for kids.
Everythings is free HERE.
Kalau kat mall lain,naik keta ni mesti kena masuk RM1 kan.
Kat sini,naikla berapa kali,berama lama pun.Its free.
Tapi Mia takut2 pula dok dalam tu.
Again..its her first time.
Muka anak dan emak yang tidak mandi.Tapi mommy gosok gigi tau.heheheh

Then,terus ke Cambridge to pick up Arissa.
Tengoklah Mia tolong kemaskan magazine kat sini..huhuhu..

"Mia rasa,file ni tak susun ikutla abjad lah mommy"

Ini dia budak nama Arissa 5yo.
Daily dia sekolah kat Qdees.
Just Saturday dia ada English lesson kat Cambridge.
She can speak fluently English.
Sampai teacher dia kat Qdees report,shes very week in BM.
hahaha..Arissa siap cakap kat kakak saya
"Iam English girl mommy.I dont want to learn Bahasa.Its so hard"
sabarje lah.
Kakak saya cakap Arissa dah confused.
In english "C" di sebut KEH
But in Malay 'C" di sebut CA
so bila dah confuse terus takmo belaja.
Elok lagi zaman kita belajar ABC dulukan.takder EH,BEH,KEH..wateva
Like sister-Like sister

Saturday night we all hang out kat Sunway Pyramid pula.
Kakak saya yang kat belakang pakai thirt putih tu.
Mia sangat happy sbb ada cousins yang rajiin entertain dia.
Again we sleep over kat my sis house that night.
Cute kan bilik Arissa ni.Mia siap jakun tengok stars yang glow in the dark itu.

Sunday morning,i take turn with my sis buat facial kat sini.
11am saya datang while my sister babysit Mia and Arissa.
on 1pm saya pula yang babysit Mia and Arissa.
Than later today we went to The curve again for dinner.
hehehe..Dasyat kan wiken kami..heheh..
Now im back to Bangi again.
So sad sbb i noe..daddy takde kat rumah.
We miss daddy very much already.

Wednesday, April 7, 2010

He just 21

Hari ni first class for one group of final semester student.
Usually for first class i alwiz did ice breaking with them.
They need to present themsef as if
  1. Nick name
  2. Hometown
  3. Siblings
  4. Future Planning after GMI
  5. The first thing they want to do if they get RM1M
  6. Whats is their speciality as compare to others

Heheheh..interesting huh..hihi..But as to my suprise today..ada student yang came out with this

" My speciality is iam a husband and future daddy."

And he is only 21..OMG..he got married last year in April. His wife is a clerk and now pregnant with their first baby.Iam kindda speachless at first..haloooooo he just a boy ok.

He told us after GMI,dia akan carik kerja untuk provide enuff money for his family.As for now,only wife yang support.And after wife dia bersalin,dia akan sponsor wife dia untuk further study pula.This boy cakap dia kesian kat wife dia,walaupun wife is a scorer masa IKM dulu,siap dapat 4flat lagi,but wife kena sacrifice untuk husband turn to further study.

Its kindda so sedih when he start to tell us that their life rite now is cukup2 makan je.With a baby coming hes kindda scared to face the fact that they will need more money for that.and dia cakap lagi peoples around kinnda pandang serong to them rite now..

Saya tanya,y get married when ur noe that ur will face all of this..Boy ni cakap,dia kenal wife dah lama since from sekolah.Dia sayang wife n wife sayang dia..why wait ?hahahah..Love talk..money belakang citer huh.

I dont judge this boy..im like pandang tinggi juga sbb he brave enuff to handle resposibilities as much as this and at his very very young age ..kudos to dat..but again money is everything boy..no money no talk..no money no love..hahaha.

This boy memang nampak matured compare to others in the class..hurmmm...i do hope he will get a good job with a good pay later when he graduate this coming Mei.But with a only diploma qualification will there be enuff?He still dunno how much money when baby involve in our life..hidup husband n wife kalau tak cukup duit boleh makan maggi lagi..tapi kalau dah ada anak nanti takkan nak bagi baby makan maggi..no no ok..haaaihhh...saya mengeluh panjang memikirkan hal ini..

Tuesday, April 6, 2010

Daddy's Lil Princess

Mia's party planner gave Mia this cuteness crown for her to wear during the party..
But partynya adalah lagi 2 month to come..itupun kena tunggu daddy balik dulu...tapi crown dah ada yang patah here n there..hahah..sorry momma sara ahmad, i cannot control her teeth rite now..hahah..takpe..takpe nanti kita carik lain ok..hahah.

So if nyawa crown ni tak sempat sampai ke party ..njoy the piccas ok..(mommy tgh jakun guna camera baru katanya)..haha


"Am i pretty Mommy?"

"Yes Darl..ur my prettiest lil angel"

Jadi princess pun kna buat busyuk ke Mia?
p/s: parent saya ada di bangi sekarang..wahh sangat heaven ok dapat mkn masakan mak saya tiap hari..tapiii..tadi petang saya balik kerja tgk Mia tgh syok tdo atas pangku ayah saya.
saya tanyalah,nape tak tdokan mia kat bawah..ayah saya ckp klu tdo bawah,mia asyik terperanjat n kejap je tdo..tp klu berpangku laaaamaaaa dia tdo ok..
Habislah saya bila uwan n atok Mia balik kampung nanti..dahlah Mia ni memang budakmanja..kena jaga ngan atok uwan..lagi lagi tambah manja n ngada2 tau..