Tuesday, August 31, 2010

Peniru terbaekkk

Sekarang Mia dah kerja asyik nak tiru apa yang saya and EL buat je..
Comel gila ok..

Dia pakai watch EL..and say "babaiii..babai"..sambil wave her hand.
Dia tarik handbag saya..and say "babai..babai" ..and sambil wave juga..

See..dia dah tahu,kalau daddy pakai watch mean nak keluar jalan..or mommy pakai handbag pun nak jalan..

Kalau nampak saya pakai telekung..dia pun mula nak sibok2 sujud kat sejadah.
Jumpa bedak or lotion dia pun terus pretend put bedak/lotion kat tangan dia and massage ..comel gila wei..

Kalau dulu jumpa handphone dia letak kat telinga je..now dah siap cakap "eyoo ..eyooo..."
pastu siap gelak gelak on the phone..

Last night dia jumpa spray lipas..sekarang ni almost everywhere dia dah leh capai..atas meja..atas kitchen cabinet..siap jingkit kaki nak amik..pastu terus dia bawa kat laundary room spray tu and terus cangkung..saya pun pergi lah terjah..nak tgk apa yang dia buat..rupa rupanya dia jumpa seekor lipas mati and she acted like dia tengah spray lipas tu..wakakaka..dia selalu tgh saya spray lipas kut..hahaha..

Kalau saya or daddy cakap pun dah ada yang dia tiru tiru..contoh daddy tiru citer Qaleesya (seriyes EL minat gila kat cerita ni..gelak guling2 bila dia tgk masa sahur)..
Daddy tiru citer ni and say "budak sampah tu!"..tetiba Mia follow with "Pahhh"...and daddy try lagi sebut "budak sampah"..and gues what she followed him again...

Now memang dah sampai phase toddler copy whatevat their parents doing kan..so saya dah sound EL,takleh dah nak buat aksi2 terlampau or tak senonoh kat depan Mia..or cakap benda mengarut example like "bodoh" sbb dia akan tiru. Contohnya dulu everytime Mia jatuh,and nangis,we all akan pujuk and babab tempat yang dia jatuh tu...tau tak sekarang,evertime dia jatuh or terkena sket..dia akan datang kat kami and point out to tempat yang dia kena tu..and wait for us to babab tempat tu..

Contohnya,bila dia jalan2 tersadung kerusi..dia datang kat saya ehek ehek and tunjuk tangan dia yang sakit tu..so saya tiup2 la sket..dia terus point out kat kerusi dia tersadung tu..and tarik tangan saya suruh babab...sambil dia buat aksi babab kat kaki dia..

Susah tersilap asuhan ni..NO-NO..jangan buat yer mommy..saya sudah terlambat untuk sedar..kena reversed cycle balik ni..kena bagitau dia..thats your fault and not the chair..better be careful next time..huhuh..kalau tak mesti kerja asyik nak membalas je..

Good luck to me!

Ngomel ngomel comel

Kami balik rumah my PIL di Sungai Buloh last wiken.
After buka puasa iaitu selepas Maghrib,kenyang tahap dewa naga.
EL terus jadi ular sawa yang baru lepas membaham seekor kambing golek.
Saya pula being a good menantu..chewah..mana la boleh jadi ular cepat sangat.
Kenalah pergi kemas apa yang patut kat dapur.
Masuk2 je bilik,tengok apa yang buah hati berdua saya buat.



EL layan mata..Mia kusyuk semacam je..walaupun mata dah layu ke tasik madu.


Focus betul anak dara saya ni..siap kaki naik atas layan DVD..tapi dia tengok apa yg kusyuk sangat ni..jom kasi close up sket..

Its ELMO! Her new favaorite cartoon..ekekek...sayang tak dapat bawa dia tgk ELMO live kat Bukit Jalil next week.
Daddy taknak pergi time bulan puasa.

___________________________________________________________________

Semalam cuti merdeka saya ke Subang Parade ,hunting for baju raya. Went there with my sisters..angah and adik..and also Mia and Pisya..tergugat wei,time bagi Mia and Pisya makan kat uncle Lim tu..sabar jelah.kalau tak puasa,dah lama saya order cofee ice...heheh
Hurmmm...tahun ni fashion banyak baju kaftan kan..adalahh saya jumpa jubah kaftan yang suit with my budget..tapi cam singkat..cantik gila dah saya pakai pada fisarat saya..tapi tulah susah sket orang kaki panjang ni..Ada jubah kat Hajaba last 2 week saya pergi tengok tgh on sale..mmg cun sampai ke kaki walaupun dah pakai high heel,tapi jubah tu kena pakai inner pula.
Takleh lah beli jubah yang kena pakai inner jubah ni..susah nak bf Mia nanti.
Semalam adalah saya beli sehelai baju kurng moden kain lycra..suka la kain dia..nampak badan kurus je bila pakai..sepasang masih tidak cukup untuk raya tahun ini..at least 3pasang..waahhh..maka haruslah saya carik lagi 2 pasang...heheh..sabar je lah..walaupun tahun ni raya saya di perantauan..iaitu jauh di Baling Kedah..zasss kena zassss juga di pagi raya..
Ada juga saya carik2 baju raya untuk EL..hurmmm..boring je kan baju orang lelaki ni..kalau tak plain..belang2 vertical..belang horizontal..or kotak2..itu je style yang ada untuk diorang kan..klu ada anak boy mesti rasa yang sama kan..takleh la nak beli polca dot ke..love love ke..flower power ke..hahaha...
After subang parade,saya dan adik ke Ariani pula..borong tudung kat sana sampai leh buat gold card ok..lepas ni sape2 nak pinjam gold card saya ni roger2 lah..can ger additional 10%..berbaloi baloi..saya dah tak minat dengan tudung fesyen ekin lagi dah..now iam more to syria style..so borong syria lah semalam..
Harini first day EL masuk ofis setelah 2week berehat..siap tidor awal tu sbb esok kena bangun awal..comel la dia..hahaha.
Harini saya full juga..class pagi petang..tapi cam lunch time ni nak pergi Warta or PKNS Bangi jap..mana tahu ada yang berkenan di hati..
Puasa saya masih penuh lagi..kalau ada rezeki,tahun ni penuh lagi puasa..yeahhh,boleh raya sebab puasa penuh..heheheh

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan di Iran

2 tahun lepas..di bulan yang sama iaitu Ramadhan.
Saya kena berkhidmat untuk Sony di Tehran Iran.
Huhuhu..sengsara gila..
Saya ingat lagi saya pergi the first week of Ramadhan..
Stay sana for 3 weeks.
Balik Malaysia malam raya you all..
sadiss tak..
Buatnya flight delay..bertakbir lah saya di airport ye.
Flight from KL to Abu Dhabi took 7hours..
Nak tunggu transit ke Tehran like 5 hours.
From Dubai to Tehran lagi another 3 hours.
Saya pergi sana berdua dengan my male boss.
Nasib baik dia ada Gold card for us to lepak kat VIP Lounge.
Makan bessttt sangat dalam tu.
Free lak tu..lagi lah saya happy..ekekeke




Gambar kat atas ni,adalah focus terhadap Gen2.
Saya bangga bila nampak kereta buatan Malaysia di Iran.hehehe..
Food kat Iran ni memang the best.
Semua Halal.Takdelah rasa was2 cam pergi Japan dulu.
Masa berbuka puasa mmg heaven la makan.
Makan nasi arab dengan yougurt.
Kebab the bomb ok.
Terbaekkk lah.
Tetiba rindu moment itu.
Mahal lah barang2 kat Iran.
Nak beli baju pun saya fikir 2-3-4 kali.
Sebab lepas convert price dia lagi mahal dari Malaysia.
Ada saat2 yang memalukan juga la.
Masa sahur kat hotel,buffet hotel la.
Selalu saya akan merembat honey dalam packet yang sangat best.
Best gila ok honey tu.
3hari kut saya rembat banyak2 simpan dalam bag.
Masuk hari ke empat.eveytime saya datang kat tempat honey.
Honey dah takde.
So saya budget dah habis kut.Or saya lambat sampai.
Hari ke 5,6, and 7 pun sama.
Kosong je bekas honey tu everytime saya sampai.
Hari ke 8 masa saya masuk je ,saya jeling la kat tempat honey.
Suka gila sbb penuh ok bekas tu.
Saya pun cari meja kosong,letak barang and terus cepat2 nak pergi rembat honey tu.
Tapiiii...kosong juga..
waaaaaa...rupa rupanya orang yang jaga honey tu dah cought me curi itu honey hari2..
wakakaka..so everytime saya sampai je,diorang akan sorokan honey tu.
Gila kedekut kan.
Benci betul.
Malu pun ada.
Satu lagi experience saya yang pelik tapi best is masa saya solat kat surau.
Masa nak rukuk,saya perasan ada sorang pompuan ni datang dekat saya
and dia letak sumtin kat sejadah.
Saya sujud je..aduhh!!!..ada batu bentuk bulat kat situ.
Hampeh betul.
Bila pula masa ada batu kat kepala ni.
Rupa rupanya itu mazhab diorang punya cara.
Bila sujud ,kening kena sampai kat batu tu.
No wonder orang Iran ramai yang kening hitam2 tanda kuat solat.
ekekekek..
Macam2 lah fesyen orang bersolat kat sana.
Ada yang tetiba tangan mengawang2..
Ada yang sujud,pastu tangan macam put sumtin kat kepala.
Pelik ..tapi dah itu mazhab diorang kan.
Kamu semua nak tahu,persepsi orang Iran kat tudung kan..
Diorang pakai bukan sbb agama tau..sebab country rules.
Diorang kalau korang tgk kat tehran tu semua bertutup..
berpurdah..
sampai je kat Abu Dhabi,semua purdah pun buka..
seksi meksi dah..
Dah lah badan diorang jenis yang chubby sedap mata di pandang.
Cantik2..putih2..gebu..
gerammmmm..heheheh
Ada yang cakap kat saya,kalau diorang datang Malaysia,diorang tak nak pakai tudung.heheheh
Saya puasa pun diorang pelik tau.
Siap nak served lunch lagi kat saya.
Diorang cakap saya tak boleh puasa..sebab saya kan perantau yang hina..heheh
Ada sekali tu saya pergi mold trial dengan Iranian ni kat satu tempat yang saya tak ingat dah nama.
Jarak tempat tu adalah from Bangi to Klang kut.
Terus diorang buka puasa.boleh tak?
Bagi saya,mazhab diorang longgar sikit.
And diorang sukalah ambil kesempatan terhadap kelonggaran tu.
Rindu la nak kat sana.
Hari tu saya jalan2 kat PKNS.
Jumpa boss saya itu.
Dia cakap dia kena ke Iran lagi last week.
Siap ajak saya pergi lagi.
hahaha..
kalau tambang di sponsor oleh company macam dulu memang saya nak pergi.
Best tahu pergi luar negara especially ke negara Islam.
Insyaallah,ada rezeki satu hari nanti.
Bawa Mia and EL skali.

Chef at 15month

My baby Mia turn 15month old yesterday.
Shes already a toddler but always a baby in my heart.
Bak kata lagu P Ramlee.
'Tiada kata secantik bahasa..untuk ku puji adinda"
No words cant ever describe my love to her.
Just love her..love her..so much..
To celebrate her 15month old ..i decided to bake with love with her.
She just love it.
Konon nak try buat famous amos resipe from Shilashower tu.
takdelah sama pun rasa ngan famous amos..tapi boleh laa..hahaha





Start baked at 8.30pm..10pm,Mia dah ngantuk.
So stop dulu tidurkan dia.
Tup2 saya pun tidur skali..
Sambung balik lepas sahur.
Sejam je larat nya..
Stop kejap untuk sambung tidor..wakaka..
Sambung balik kul 2pm esoknya..
Baru siap..
Oklah..enuff about famous amos yang kurang menjadi iteww.
Saya nak story mory about my darling Mia pula.
Vocab dah banyak..
"Jom,Go,Shoe,Bird,Cicak,Memmi,mamam,kakak,head"
Her body parts pun dah kenal most of it..thanks to flash card.
Sebut je head,hair,nose,mouth,hands,belly button,leg,toes..and she really can point out at those parts...
Mengadu pun dah pandai..
everytime daddy marah..
Terus buat muka cebik..and datang kat saya "memmi..memmi"
di ikuti dengat ayat lidah berbelit2..macam bunyi cakap tamil pun ada.
Gigi dah sangat banyak ok.
yang dah ada 8..skang yang dah setengah nak tumbuh ada 4..semua gigi geraham..
so consider dah ada 12 teeths already.
Nasib baik dia rajin gosok gigi.
Harini saya kerja..
Tapi EL cuti ..
boring la..kalau tak boleh g jalan2 carik baju raya kan

Wednesday, August 25, 2010

Lesson by Lesson

Lesson 1..
Mommy: Mia dont bite syusyu ok..nanti syusyu sakit..mommy sakit..

Two weeks after that no more bites.

Lesson 2.
Dulu everytime, saya buka laptop..Mia dengan ganasnya mennyungkil2 keyboard..mengetuk2 laptop...or even worse dia berdiri atas laptop tu..

What i do..is terus tutup laptop and letak tempat dia takleh capai..
Everytime saya buat mcm tu..saya open youtube untuk bagi dia tengok all the nursery songs..or pocoyo cartoon..start je dia mengganas..saya terus tutup and tell her..

Mommy : If you do that again..then no more laptop for you.

Two weeks later..it works..dia dah tak seganas tu bila handle laptop..She can enjoy her you tube..while saya tengok TV..
Subuh tadi saya pasang you tube lagu favourite dia "Head shoulders knee and toes"..Mia siap leh tidor sendiri bertemankan laptop..
Adalah a few times dia tekan2 manja keyboard..so tak kisah la kan..

Lesson 3

Mommy : Jom!..get your shoes...

Everytime nak keluar rumah..even nak main kat porsh pun saya suruh dia pakai kasut.
So now dia memang tak boleh keluar tanpa kasut..good huh..
Haritu siap nangis sebab saya cakap tak payah pakai kasut lah..sebab nak masuk kereta terus tidor je kan..comel kan
Everytime dia nampak saya dah siap2 pakai tudung,mesti dia akan carik kasut dulu.

Lesson 4

Wheres daddy..? wheres mommy ?..wheres Mia..? wheres your school? wheres park? wheres baby? where fan? wheres cat/dog/moo moo....etc etc.

She now can point our everything that i asked her..

Lesson 5

Mommy : Dont eat your shoes..u put your shoe on your feet not in your mouth..

Still not yet accomplish..once in a while she will put her shoes in her mouth juga..

Lesson 6

Mommy : Put all your toys and books inside this basket..

Still not yet accomplish..even dia dah start nak masukkan a few things yang dia selerakkan..5sec later dia akan keluarkan balik.

Lesson 7.

Mommy : Mommy need two hands to cook la Mia..Mia go play kat hall..or watch cartoon..

Still not yet accomplish..she still like to be carry while iam cooking.

Lesson 8

Mommy : Use your spoon to eat..big girl eat porridge use spoon

Still half way to go..she can use the spoon..but sikit gila yang masuk mulut..yang lain abis selerak.

Lesson 9

Mommy : Now eat your scotts'emulsion..you need it so you wont get sick

Done..she can eat all her medicine ..tak nangis2 lagi macam dulu.


Hurrmmm..see..banyak juga lesson yang belom di capai lagi..tapi saya takkan give up untuk ajar Mia sampai pandai...

Oh ye..semalam teacher inform me..than Mia punya pencapaian as if physical,cognitive and speach dah level toddler age 2years old..

Iam a happy mommy for that..she such a smart girl

Tuesday, August 24, 2010

Nafsu serakah di PARAM

EL dah kuar ward with platlet count 65 yesterday..still far from normal..but dia degil nak keluar juga..boring katanya dok ward lama2..ok
So malam tadi heaven gila saya tidur..siap tak bangun sahur lagi tu..siap terbabar tdo sampai kul 10am..Mia pun joint mommy daddy's club la bangun lewat.

Semalam malas gila nak masak berbuka..Rumah pun tunggang langgang setelah 4 hari saya dok kat ward.So malas nak tambah kan lagi rumah cam hutan banat tu..so saya pergi pasar ramadhan la carik bahan2 berbuka...EL tak puasa,tapi kirim cam org puasa je..nak cucur udang kuah kacang,nak pecal..

Tahu tak saya beli apa semalam?hahah..meh saya list kan..gila meroyan ok..
Makin mahal la pasar ramadhan tahun ni..kuih semua naik harga.

1. Popia basah 5pcs rm3
2. Cucur udang 4 pcs rm2
3. Air kelapa rm2
4. Pecal rm3
5. Pecal Lele (nasi ikan keli ngan sambal hijau) rm4
6. Nasi kerabu. rm4.50
7. Sate 15 cucuk (beli sate sbb EL kan kirim cucur udang kuah kacang..cucur udang kuah cili je jumpa..so kena beli sate and minta xtra kuah) rm10.50
8. Sup Ketin (best wooo bau dia kalau tgh lapar) rm6

Total pembelian saya semalam is RM35...DASYATTTT GILAAA !!!!
Taubat dah pergi pasar ramadhan kalau mcm ni nafsu syaitan yang saya ada..
Kalau nak pergi pun make sure perut kenyang ..(tak puasakah)

Oh ye ,saya kena paksa rela ambik cuti raya start from 8th sept to 20th sept..lama gila mak datuk ok...

Sunday, August 22, 2010

Confirm

Dah 3 malam kami satu family (daddy,Mia and myself) berkampung kat Hospital Pakar Az Zahrah.Daddy confirm denggi last Friday with platlet 98. Sebab private hospital kan,platlet under 100 dah terus kena admitted.Tapi kalau goverment,kena tunggu under 80 baru warded.

Kesian daddy,air dah masuk berbotol2 dah ni.Muka pun dah kembang.
Saturday morning, platlet level turun ke 86 pula..huhu..Tengah malam tu,amik darah lagi,result platlet drop until 68.

Sunday morning platlet drop until 55..Sunday evening,platlet maintain at 55.So takleh nak discharge lagi.Normal platlet count at 140 ye.So doctor say..even if the count naik satu pun EL dah leh discharge.Tapi sebab turun je kena lah continue water drip..So tonight conside our third night already la ni.

Three of us sharing the single bed together...so sweet kan..tapi bangun pagi.badan sakit sana sini.Sebab faham2 la bila tido kena bend sana sini..Cant wait for tomorrow.Hopefully ok la..nak balik rumah..nak tdo tilam empuk 8inch saya itu.wakakak..

Penat sangat.Badan sakit sana sini..Mia pun meragam sbb space untuk dia melasak dah limited..kesian EL..bersungut je letih tido.Takleh nak tido lagi sbb dah banyak sangat tidor.Tangan sakit2 sebab kena cucuk amik darah 2-3 kali sehari.boring dok terperap dalam bilik..huhuh..Dugaan dugaan..bersyukur je la..sebab saya anggah,Bila Allah menduga umatnya,bermakna Dia sayangkan umatnya itu..

Wednesday, August 18, 2010

Dugaan Ramadhan

salam semua..puasa tak?
Dugaan betul puasa saya minggu ini.
EL demam since Tuesday.
Simptom2 demam denggi : High Fever, Musle and Joint pain,headache,Nausea, Vomitting,Low blood pressure..and He is really weak.
EL jarang demam.Tahun ni tak pernah demam lagi.So bila demam sekali sekala memang sangat teruk.Pagi tadi saya hantar ke clinic lagi..If esok still same condition kena buat blood test..plz2 not denggue...

Saya penat juga.Menjaga orang demam..menjaga Mia..kerja lagi..breastfeed lagi..kerja rumah lagi..huhuhu..penat ni Allah je yang tahu.

Sebab EL muntah,so memang takleh nak puasa.Doctor pun tak bagi sebab takut dehidration and so on.. So saya kena masak lah..Bagi dia makan..Mia makan..owwhhh..terduga juga kadang2 bau makanan tu.

Malam tadi saya picit2 kepala EL..Dah lama tak buat camtu..Maybe since saya bersalin kut.Dah setahun lebih dah pun.Kesian suami saya ,tak dapat nak bermanja2. Hurmmm..since Mia lahir,mmg focus saya lebih kat Mia..Mia pun pelik tengok saya urut daddy..tarik2 rambut daddy.
Dia terus nak pangku saya..jeles maybe..
EL baik demam nanti saya janji akan selalu urut2 manja dia..or cabut uban..or just sayang2 dia.
Saya memang dah abaikan sikit cinta hati saya yang pertama itu since adanya Mia.

Mintak doa dari kamu semua semoga suami saya cepat sembuh ye..Boleh la ajak dia pergi berbuka kambing golek pasni..ekekeke..

Monday, August 16, 2010

Sambung tidor ke tak?

Lepas solat Subuh baru pukul 6.10am.
Class start 9am. So kena gerak from rumah around 8.40am.
Ada 2h and 15m masa untuk start bersiap and bermake up untuk ke kerja.
Rugi wooo kalau tak tidor balik.
Lepas Subuh kalau tidor balik best ..
Tak payah pasang air cond pun sejuk ja tido.

Tapi kalau tido,nanti bangun kepala pening.
Mata sembab dan otak jadi lembab.
Perut pula akan memulas mulass...

Kalau tak tido,macam macam boleh buat.
Boleh buat laundry.
Boleh sapu and mop lantai.
Boleh kemas buku and toys Mia yang bersepah sepah kat hall.
And ada balance 15min pula untuk blog hopping.

Orang tua kata lepas subuh terus bangun.Murah rezeki.
Tapi kadang2 mengenangkan 2jam masa untuk tido tu alangkah heaven nya.

Sunday, August 15, 2010

Terlajak perahu boleh di undur

Terlajak sahur...??
Buruk padahnya
Baru pukul 10am tapi badan sudah lembiK.
Takut susu merudum...production out..
Dah lah pagi petang ada class.
MENCIK!!

Tuesday, August 10, 2010

Solat sambil pegang baby

Ok..seperti yang dijanjikan..ini muka2 kami berterawih.. (wahhh..banyaknya noda noda hitam di muka saya jika tidak tepung gomak kan..)

Bila mommy suruh smileee..sila buka mata ye cayang.

Sebab tidak bawak toys..pamper terus transform jadi her favourite toy for the night.

Sila baca tips untuk bawa anak kecil ke masjid di SINI.

Terima kasih for the tips..yang penting niat..tak dapat menunaikan terawih sbb anak lasak pun takpe..at least kita kena biasakan anak ke masjid..Tak totally kusyuk sbb anak lasak pun jangan risau..yang penting anak yang kita bawa tu dapat dengan dan nikmati bacaan surah from the imam.

Doa mommy,semoga Mia jadi anak yang soleh..

Ok..sebab ada yang bertanya macam mana solat sambil pegang anak kan..so meh la saya cerita serba sedikit.Sejarahnya mia ni dari kecik (baby) kuat memerap..salahkan saya yang 24-7 dukung dia.so dia ada perangai yang takleh dok sorang2..sejak tu saya ada search n surf serba sedikit pasal solat sambil dukung anak ni.Boleh lah saya share kat semua ya..tapi saya bukanlah pakar.If apa yang saya tulis ni bercanggah dengan apa yang kamu semua tahu..mintak perbetulkan ya..

1.Pakai stokin tangan.And dukung baby macam biasa.sambil berdiri.

2.Baca niat,takbir dan surah2 dalam keadaan dukung baby.

3.Masa rukuk pun masih dukung baby.

4.Bila nak sujud,letak baby kat depan kita sekejap,pastu sujud.Baby berada di tengah2 kita (make sure 2 tapak tangan dan dahi mencecah lantai)

5.Pastu duduk tahiyat semua macam biasa.

6.Sebelulm bangun untuk teruskan rakaat,ambil baby semula. dan terus berdiri sambil pegang baby.


Those yang babywear her baby during solah pun can..Refer HERE

Persoalan pasal pakai pampers+najis ..just yakini Islam ni selalu nak memudahkan umatnya untuk bersolat dalam apa cara sekalipun..and make sure lah kencing/poop baby kita tak meleleh or bocor sampai terkena tangan ye..

Mau lagi confident about this u can also read HERE and HERE

Last night was our second day terawih together..and me still carry the 11kg toddler through out the 8rakaat terawih.Takde lah kusyuk sangat.Sebab Mia kejap2 dia menggomel sorang2 tunjuk sana sini.Pastu sebab saya tak layan dia, dia kiss pipi saya 2-3 kali.Time saya sujud dia ketawa sbb maybe dia ingat saya nak main gomol2 dengan dia..Hurmmm...but saya percaya bila niat kita baik,insyaalah dipermudah kan semuanya.Malam ni..dunno yet pergi ke tak lagi..hehehe..penat juga ok..

First Terawih

Malam tadi saya memang nekad nak pergi terawikh with EL and Mia.
Last year tak merasa pun terawih sebab Mia kecik lagi baru 3 month.
Tahun ni dapat buat penuh terawih.
So petang semalam saya tak tidorkan Mia.
Saya harap sangat Mia tido pukul 9pm kat masjid nanti.

Lepas siap2 mandkan dia petang tu ,saya susukan dia sambil duduk.
Bahaya ok kalau bf sambil baring..tak pasal2 dengan saya sekali tidor.
Mia mamai2 je saya layan dia sembang2..geletek kaki dia.
So takde lah dia tidor.
heheheh.

Lepas maghrib kul 7.30pm tu saya tengok Mia dah merageam.Apa buat pun serba tak kena..
Sket sket nangis..jatuh sikit pun nangis..memang gaya budak nak tdo lah tu.
Mia ni kan satu je perangai dia.Dia takkan tdo,selagi saya tak ambil dia from playland..susukan dia sambil baring.Baru dia tdo.No matter macam mana dia letih,dia tahan mata untuk main.

Pukul 8.30pm kami dah gerak ke masjid.
Dalam kereta barulah Mia mencari shushu...dan dia pun terlelap sebelum sampai ke masjid.
alhamdulillah...

Tapi..bila saya sampai je kat tempat org perempuan solat.Letak dia kat bawah..terus buka mata budak tecik tu.
Dia cam pelik tengok semua org pakai telekung..so dia duduk diam je kat kaki saya.
Tapi bila sampai part semua makmum mengaminkan al fatihah terus dia melalak..
Agaknya dia takut kut bunyi kuat aminnn tu.

Saya terus dukung dia and continue solat ..(Boleh kan?..saya baca boleh..tak tahu lah)
Sebab nekad gila nak terawih kan..so sepanjang2 8 rakaat terawih tu saya dukung Mia sambil solat ok...kusss semnagat budak itu...

Acceli lepas 4 raakaat,Mia dah ok dah.Tengok banyak bebudak kat belakang main kan.
Dia pun dah nak g join the crowd..just saya tak berani lah nak lepas lepaskan dia camtu.
Buatnya ada org nak culik ke..or Mia turun tangga ke..mana saya nak cari anak saya itu.
Itulah seorang..takde tolak ganti nya lagi dah.

Maka saya teruskan solat bersama Mia sebanyak 8 rakkat+4 rakkat for Isya.
Tangan agak lenguh.tapi puas hati..

Harini ingat nak carik harness for baby tu la.So saya leh letak Mia to my side..and continue my solat.Mia pun takde lah merantau ke sana sini.Ok ke eh mommies?Bahaya tak?
Kalau penculik datang masa saya tengah solat and gunting harness tu camne?

Saya ni kalau suruh terawih sorang2 kat rumah memang tak berbuat la..Tapi nak jugak g solat ni..seronok..sekali setahun je dapat nikmat solat terawih ni..

Saya ada amik gambar Mia kat masjid tu malam tadi.Nantilah saya upload ok.
oklah..selamat berpuasa..bagi sesapa yang ada habit gigit kuku macam saya..apa kamu buat eh untuk stop..asyik2 terlupa je..

Monday, August 9, 2010

Hello mommy aunties

Hello aunties..rindu Mia tak?
Mommy lah malas sangat nak upload gambar Mia kat blog skang.
Mommy cakap sbb Mia notty sangat..everytime nak connect camera kat laptp
Mia mesti nak tarik2 cable tu.
Sbb tu mommy malas.


Mia boring ni..tunggu daddy tak balik balik lagi.
Mommy cakap nak bawak Mia pergi park.
Tapi kena tunggu daddy dulu.
Duddy tu asyik pergi kayuh basikal je kerjanya.
Gewam Mia n mommy.

Mommy cakap Mia macam big girl kalau ikat rambut.
Sebab tu mommy tak suka Mia ikat rambut.
Bagi mommy..mia ni baby dia je selama lamanya.
Mommy taknak Mia cepat sangat besar..
Esok nak puasa.
Mia tak puasa pun.sbb Mia kan baby lagi.
Tapi Mia nak wish kat aunties semua selama berpuasa ye.
Mia and mommy nak mintak maaf sekiranya buat auntie auntie terasa,sakit hati or etc kat kami selama kami menjadi menulis di sini.
Last wiken mommy beli baju rayauntuk Mia.
Tapi sebab mommy tu tak menyempat2..lepas wash terus dia pakai kan Mia.
Sekarang kena beli baju raya lain pula.
Mommy cakap dah 2 tahun dia puasa penuh.
Tahun ni pun dia hope dia dapat puasa penuh juga sbb dia malas nak ganti puasa.
Sebab tu Mia kenalah minum syusyu mommy banyak2.
So mommy takyah datang period..hahaha (boleh ke macam ni)
Haritu mommy pergi gynae,
Bukan mommy sakit pun,tapi just nak seek advise pasal lactations je.
Mommy kan selalu penat dan letih.
So gynae tu bagi mommy Pharmaton.
Tak try lagi.Mommy nak try esok masa sahur.
Jangan lupa simpan duit raya Mia ok.
Tata..

Sunday, August 8, 2010

Benda dah jadi

Saya sudah cakap..bahaya ok budak yang ganas suka hurt others ni..
Tak caya baca blog INI..ada budak baling kayu kat anak dia..
Mata anak dia almost buta skang..dah banyak kali operate..still kena operate lagi minggu ni.
Mommies..jom doa ramai2..supaya dipermudahkan la Imah untuk operation kali ini.
Semoga mata Imah sembuh dan kembali sihat seperti biasa...

P/s..sedih gila baca...benda dah jadi..nasi sudah jadi bubur..bubur sudah masak..Nak report polis sekalipun..benda sudah jadi..menangis air mata darah sekali pun..tak leh nak turn back time..
Apa yang kita boleh buat sekarang..is control anak masing2.
If sang anak dah nampak perangai samseng..try la nasihat dia baik2..before dia tidor bisikkan kat telinga dia..Insyaalah berkesan..

Percayalah mommies..ingat tak dulu saya selalu ngadu Mia gigit masa menyusu kan..Sekarang dah tak lagi..sebab everytime dia gigit,saya beritahu dia..mommy sakit...syusyu sakit..kalau Mia gigit..and before dia mamai2 nak tidur saya bisikkan kan telinga dia benda yang sama.Alhamdulilah no more bites...It works...! sama2 ye kita cegah sebelum parah..

Curang buat kesekian kalinya

Ingat lagi kat entry INI alkisah kecurangan saya..dan kini setelah 8month..saya telah curang lagi..wakakakak



Nak tahu saya curang kat sapa pula kali ini..hah..meh saya cerita dulu.Masa kat Japan dulu ,saya ada dapat sample foundation brand ini.Saya pun try la..Nama pun sample kan..bukan banyak sangat pun,dapat guna dalam seminggu je.



So pada apa yang saya leh concluded kan untuk penggunaan foundation itu di Japon sana is..sukeeee sangat sbb tahan lama.Seriyes..tahan.takyah lah pakai makeup base pun leh tahan sampai petang (adakah saya tidak solat zohor?)..heheh..kantoi di situ.



Yang lagi best nya,kaler foundation tu tak lekat kat tudung..and bila peluh,lap kat tisu takde lah tisu yang putih bertukar kaler coklat..best kann..so saya memang bertekad untuk bertukar ke brand ni lepas habis foundation+compact Stage saya dulu..



Akhirnya,setelah 8month..lama kan guna baru lah habis..Saya memang suka pakai make up ..maklumlah kulitku tidak flawless ye..maka haruslah di cover bagi cantik plastik..Lagi satu saya kan jadi centre of attension during class,rasa mcm tak best kalau tak make up.Dulu masa belajar,selalu kutuk lecturer yang muka kosong je..calitlah bedak sket kot ye pun kan..baru lah tidak ngantuk student belajar..wakaka..(make up untuk husband ye cik siti..bukan untuk student..)



Ok lah meh saya reveal...brand yang saya akan guna esok..heheh..maklumla saya baru beli tadi..beli kat Mid valley..wakakak
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv
vvv


Taraaaaa...saya beli Estee Laude Double Wear foundation, Compact Powder and Gel eye liner..3 items tu price dia RM343..acceli nak beli foundation and compact powder je..tapi sbb ada offer buy rm350 entitle 5 free gift as above..

1.Pouch, 2. Cleanser, 3.Toner, 4.Moisturiser, 5.Serum

Ok..yang Dior tu menyebok je kan nak letak gak gambar..satu blusher..satu lagi eye shadow..best juga tukar2 ni..so excited sket nak mengecat wajah pagi pagi.Saya ni memang dari dulu gila make up.Hubby pun dah takleh nak cakap apa.Dah jadi cam 'make up is my life dah'. Cuma bila dah ada anak ni..kurang lah sket.Setakat nak pergi teman Mia main buai kat park..takle la make up..doooloooo...kuar rumah sket je,wajib ok pakai make up..heheheh...

Sanggup tak beli baju raya,sbb nak beli make up..apa guna baju raya cantik2..kalau muka kusam..hehehe..

Bagi saya wort lah beli make up mahal2..sbb saya pakai lama..saya pakai jimat2..imagine je lah..rm350 tu untuk 8month stock..sebulan baru rm45..sehari..baru rm1.50 kut..ohhhh..ini saya untuk menyedapkan hati saya sahaja..menggigil juga tangan nak membayar tadi..tapi mengenangkan pengiraan mathematik di atas..maka saya ringankan tangan juga untuk membayar...apakah??

p/s..tak tahu lepas ni saya guna apa pula kan..mungkin kan saya akan kembali ke MAC?Atau saya sudah berpatah arang dengan itu produk..so tungguuuu....lagi 8month entry

Wednesday, August 4, 2010

kamu sokong sape?

Ikuti perbualan ini sampai habis..dah beritahu saya kamu di pihak mana?

Lady A : Soory ye, anak i memang nakal sket.Memang dia jenis membalas dan tangan cepat

Lady B : Mana boleh macam ni..kalau u dah tahu anak u nakal,nape tak awasi dia.Nape tak jaga dia ?Nasib baik hidung anak i dia cakar..kalau kena mata macam mana?Takkan la u nak sorry juga if mata anak i buta?

Lady A : Calar sikit je tu..2 hari nanti hilang lah.Bebudak memang macam ni.

Lady B: Macam mana kalau anak kamu yang kena calar?Macam mana kalau saya suruh anak saya balas balik ?Kamu marah tak?

Lady A : Kalau dah sengaja nak kasi calar memang la i marah..dah lah takyah nak panjang2 kan lagi case ni..anak i tak sengaja.

Lady B : I tak salahkan anak u..tapi i salah kan u..dah tahu anak nakal,jaga la dia bebetul.Jangan sampai cederakan anak orang lain pula...



bla bla bla...
Saya tak tahu apa ending pergaduhan sesama ibu tadi..sebab saya dah blah dari park tu..

Ok..sekarang what do u say mommy?
Bagi saya,saya side LADY B...yes bebudak memang nakal..tapi kita as a parents kena control anak kita supaya tak hurt others.

Macam mana perasaan kamu semua,bila tetiba sorang budak ni ketuk kepala anak kamu?mesti sedih and rasa nak balas balik kan..tapi tak jadi sebab pemangsa itu budak lagi.

Sebab tu saya tak suka kalau Mia jumpa budak lain,dia start nak cubit ke..tonyoh ke..ketuk ke..tarik ke..or watever..saya akan cepat2 tarik Mia dari budak tu.
Saya pun sedih juga.bila tgk ada kesan gigit kat tangan Mia..
Nasib baik teacher kat her new school bagus..bebudak yang suka gigit orang akan di kuarantin kan..
Bebudak yang tangan cepat akan di asing kan ke tempat lain.

Kadang2 memang ada budak yang over hyper ni tau..sket2 nak pukul kawan..sket nak tolak kawan..sket2 nak gigit..please lahh kamu ibu ibu..control ye anak kamu yang ganas itu...

Tuesday, August 3, 2010

Oprah lagi

Saya memang minat tengok Oprah show.Malam tadi cerita pasal 2 orang yang nama sama tapi nasib berlainan.Yang sorang tu berjaya like gila..yang sorang lagi masukpenjara.

Both takde ayah.Both miskin.Bezanya kat semangat mak masing2.
Mak kepada orang yang meringkuk kat penjara tu,sangat busy carik duit.So takde masa nak concern kat anak dia.Takde orang pun support anak dia.Bila anak dia nak berhenti sekolah jual dadah,mak dia takde lah nak halang.Sebab dah nampak jalan senang dapat duit.tu yang end up meringkok kat penjara sekarang ni.

Mak kepada mamat yang berjaya tu.Sangat pentingkan Ilmu.Ada sapot from nenek.Nenek dia pajakkan rumah sebab nak hantar mamat ni masuk kolej tentera masa tu.Mamat ni pun jahat juga.Banyak kali lari from sekolah sbb malas nak belajar.Tapi di sebabkan mak dia ada bagi dia sapot.Bagi dia dorongan untuk jangan give up.Maka mamat tu berjaya.

Hurmmm..Saya setuju 100%..maybe 200%..Sebabnya saya rasa saya boleh jadi saya yang sekarang disebabkan mak abah saya.Kalau korang nak tahu,parents saya biasa2 sahaja.Ayah saya tukang kayu JKR dan emak jual kuih.Tapi kami adik beradik alhamdulillah berjaya jadi orang.Semua masuk university.Semua jadi engineer..

Mak saya dulu sekolah omputih.So dia mmg terror ckp omputeh.Tapi sbb family takde duit,terpaksa stop form 3.Malam kami adik beradik kena study dari pukul 8pm-10pm.No TV.Saya ingat lagi,masa tu femes dengan cerita X-Files.Pergi je sekolah semua kawan2 dok borak pasal cerita tu .And saya doesnt have a clued wat the story is all about.Sedih juga masa tu.

Mak abah saya sendiri tutup TV.Diorang pun tak tengok TV sbb taknak we all tumpang telinga dengar.Mak saya tampal sifir kat dinding.Kena hafal..Pukul 10pm je kena tdo.Walaupun tak ngantuk lagi.Tidur tetap tidor.

Before pergi sekolah kena breakfast.Mak saya mesti masak nasi goreng or mee goreng.Faham2 jelah orang baru bangun tidor kan.Manade selera nak makan.Makan sambil nangis pun ada.Sekarang baru saya faham kenapa mak paksa makan breakfast.

Saya bukanlah budak yang genius.Dengar cikgu ajar dalam class pun boleh score.Tidak..saya kena rajin belajar sendiri baru leh jadi pandai.Sebab tu saya rasa tanpa mak and abah yang terlalu pentingkan pelajaran ni sudah tentu saya seorang operator sekarang.

Terima kasih mak ..terima kasih abah.

Rumah tinggal

Mia dah tido since 9.30pm.Daddy balik at 10pm bising2 kenapa saya tidorkan Mia awal sangat.Dia tak sempat nak main dgn anak.Dah Mia buat perangai tadi,sket jatuh nangis.tinggal sket nangis.Bukak pintu buang sampah pun nangis.Pakai kasut nanggis.Maksudnya orang penat tapi tak sedar diri nak main lagi.

9pm saya terus naik atas bilik.Tukar baju Mia and read her bedtime story book.Syusyu like 15min terus dia zzzzzz...dapat la saya main internet malam ni.hehehe.

Actually nya saya nak cerita pasal kampung abah saya di Rembau tu.Nenek saya baru je meninggal last year..Atok pula mmg lama dah takde.So rumah kat kampung tu dah jadi rumah tinggal.Sedih pula saya rasa. Gambar abah saya yang segak bergaya muda remaja dulu masih di dinding.Tetapi kelawar dah banyak gila atas atas.Siap ada 2-3ekor yang enak bergayut.

Sedih ooo..teringat lagi saya masa kecik2 dulu. Balik raya satu family.Abang angah adik dan saya tido sesama kat hall tu.Saya biasalah sejak kecil dah perasan diva kan.Tido takleh takde tilam.Orang lain ok je tdo beralas tikar .Saya kena ada tilam.Atok saya beli tilam dulu khas untuk saya tau..

Tapi skang rumah tu dah takde orang jaga.Tangga nak naik atas rumah pun dah start naik anai anai.Berdebar je bila naik ikut tangga tu dukung Mia..Hurrrmmm...Dulu kalau balik kampung,Uwan ada kat dalam.Rumah bersih.Makanan pun sedap2.Kuah kacang mmg terbaekk la...Tapi skang kosong je..sedih...

Rumah saya kat Kuala Pilah tu memang bersebelahan dengan rumah uwan belah mak.Uwan side mak masih ada lagi walaupun umor dah 80+. Walau beribu kali anak2 dia ajak uwan duduk rumah diorang.Uwan saya still selesa dengan rumah sendiri.Maybe dia taknak rumah tu jadi rumah tinggal.

Seriyeslah sejak ada rumah sendiri sekarang.Memang tak terlawan selesanya berada kat rumah sendiri compare to tempat lain.Biarlah kat hotel 5stars sekali pun,rumah sendiri masih best.So itu lah yang mungkin orang2 tua kita fikirkan.

Rumah parents saya kat Kuala Pilah tu ayah saya yang buat atas kudarat dia.Ayah saya Tukang Kayu.So dia mmg terror bab2 buatrumah ni.Memula dulu rumah tu ada 3bilik je.Satu bilik mak and abah,satu bilik saya share with angah and adik.Dan satu lagi bilik abang konker dia sorang.
Rumah tu dulu setingkat je.3bilik tido,satu toilet,ada satu hall, and satu kitchen..

Tapi sekarang,rumah tu ada 5 bilik.sorang satu lah konker.2 hall, satu dry kitchen and satu wet kitchen.2 toilet and satu lagi tingkat atas.Maklumlah rumah tukang kayu haruslah sendiri tambah.Besar dah rumah saya kat kampung tu.Tapi hari2 biasa.Hanya mak abah sahaja yang ada.Anak2 yang lain balik di hujung minggu je.Itupun bila dah kawin kena ikut turn la..sedihhh..abah buat rumah besar2 tapi we all adik beradik dapat kumpul ramai2 time raya or time kenduri je...

Tahun lepas masa mak abah pergi Haji,rumah tu tinggal dekat sebulan lebih.Saya ada balik minggu ke-3untuk tengok2 rumah.Masya allah berhabuk tak ingat.Kosong je bilik mak abah takde masa tu.Sedih ooo..first time raya haji mak abah takde...Takleh nak imagine kalau...

Monday, August 2, 2010

phewwww!

phewww...journey from Bangi to Kuala pilah took 2hours...gilaa la..Selalu sejam je..Belom raya lagi ni..baru musim buah..

It happened last wiken,saya dan Mia balik kampung Kuala Pilah berdua sahaja.Daddy ada bike jambory kat Nibong Tebal.Nasib baiklah anak saya itu bilik tidur keduanya adalah di dalam kereta.Maka perjalanan saya tidak terganggu.Letih ooo,bawak kereta manual..main gear satu and dua je pula tu.

Dulu masa nak raya sampai 3 jam pun boleh stuck kat highway.Padahal dekat je.Malam Saturday tu balik kampung abah saya di Rembau.Ada kenduri arwah mak saudara.

Frankly speaking saya agak tidak rapat dengan saudara side abah .Maybe sbb jumpa pun setahun sekali kan.Maka mmg ada yang saya tidak kenal langsung kat kenduri tu.Bila saya tanya mak..baru saya tahu,dia ni anak sapa.Macam ni lah anak anak zaman sekarang.(iaitu saya) Tiada effort pun nak kenal sesapa saudara.Lama lama mungkin dah tak kenal saudara.

Masa duduk bersama mereka.Macam macam soalan la tentang Mia.Mia fully breastfeed lagi kan.So yang nenek2 ni bertanya soalan macam2 dekat saya.

Nenek: Kalau masa kerja macam mana?
Saya: Saya pump susu hari2.
Nenek : Bagilah susu formula sikit.Sian dia.Dah setahun ni susu badan dah tak berzat lagi.
Saya: Tunggulah dulu.Lepas 2 tahun nanti saya bagi.
Nenek :Orang dulu,bangga kalau dapat bagi anak susu tin.
Saya : Orang sekarang pula bangga kalau anak minum susu badan.
Mak saya : Dalam freezer rumah dia ,bersusun susu beku.Susu lagi banyak dari lauk.

*Tetiba emak saya mnyampuk..motif?
perbualan kemudianya di jawab oleh emak saya sahaja.

Oh ye..semalam mia took her 1year jab..mlm td dia demam lah sikit.so hariini saya coti.hehe..
shes now 11kg and 80cm toddler.
Dah pandai main jump jump..lompat2..comil sgt bila dia lompat..
her new word this morning is bear bear..
oklah tu je..