Tuesday, August 3, 2010

Rumah tinggal

Mia dah tido since 9.30pm.Daddy balik at 10pm bising2 kenapa saya tidorkan Mia awal sangat.Dia tak sempat nak main dgn anak.Dah Mia buat perangai tadi,sket jatuh nangis.tinggal sket nangis.Bukak pintu buang sampah pun nangis.Pakai kasut nanggis.Maksudnya orang penat tapi tak sedar diri nak main lagi.

9pm saya terus naik atas bilik.Tukar baju Mia and read her bedtime story book.Syusyu like 15min terus dia zzzzzz...dapat la saya main internet malam ni.hehehe.

Actually nya saya nak cerita pasal kampung abah saya di Rembau tu.Nenek saya baru je meninggal last year..Atok pula mmg lama dah takde.So rumah kat kampung tu dah jadi rumah tinggal.Sedih pula saya rasa. Gambar abah saya yang segak bergaya muda remaja dulu masih di dinding.Tetapi kelawar dah banyak gila atas atas.Siap ada 2-3ekor yang enak bergayut.

Sedih ooo..teringat lagi saya masa kecik2 dulu. Balik raya satu family.Abang angah adik dan saya tido sesama kat hall tu.Saya biasalah sejak kecil dah perasan diva kan.Tido takleh takde tilam.Orang lain ok je tdo beralas tikar .Saya kena ada tilam.Atok saya beli tilam dulu khas untuk saya tau..

Tapi skang rumah tu dah takde orang jaga.Tangga nak naik atas rumah pun dah start naik anai anai.Berdebar je bila naik ikut tangga tu dukung Mia..Hurrrmmm...Dulu kalau balik kampung,Uwan ada kat dalam.Rumah bersih.Makanan pun sedap2.Kuah kacang mmg terbaekk la...Tapi skang kosong je..sedih...

Rumah saya kat Kuala Pilah tu memang bersebelahan dengan rumah uwan belah mak.Uwan side mak masih ada lagi walaupun umor dah 80+. Walau beribu kali anak2 dia ajak uwan duduk rumah diorang.Uwan saya still selesa dengan rumah sendiri.Maybe dia taknak rumah tu jadi rumah tinggal.

Seriyeslah sejak ada rumah sendiri sekarang.Memang tak terlawan selesanya berada kat rumah sendiri compare to tempat lain.Biarlah kat hotel 5stars sekali pun,rumah sendiri masih best.So itu lah yang mungkin orang2 tua kita fikirkan.

Rumah parents saya kat Kuala Pilah tu ayah saya yang buat atas kudarat dia.Ayah saya Tukang Kayu.So dia mmg terror bab2 buatrumah ni.Memula dulu rumah tu ada 3bilik je.Satu bilik mak and abah,satu bilik saya share with angah and adik.Dan satu lagi bilik abang konker dia sorang.
Rumah tu dulu setingkat je.3bilik tido,satu toilet,ada satu hall, and satu kitchen..

Tapi sekarang,rumah tu ada 5 bilik.sorang satu lah konker.2 hall, satu dry kitchen and satu wet kitchen.2 toilet and satu lagi tingkat atas.Maklumlah rumah tukang kayu haruslah sendiri tambah.Besar dah rumah saya kat kampung tu.Tapi hari2 biasa.Hanya mak abah sahaja yang ada.Anak2 yang lain balik di hujung minggu je.Itupun bila dah kawin kena ikut turn la..sedihhh..abah buat rumah besar2 tapi we all adik beradik dapat kumpul ramai2 time raya or time kenduri je...

Tahun lepas masa mak abah pergi Haji,rumah tu tinggal dekat sebulan lebih.Saya ada balik minggu ke-3untuk tengok2 rumah.Masya allah berhabuk tak ingat.Kosong je bilik mak abah takde masa tu.Sedih ooo..first time raya haji mak abah takde...Takleh nak imagine kalau...

3 comments:

  1. mmg xleh imagine..
    sy dah rasa sedih tu..tggl mak sorg je kat kg skg..
    Harap yg terbaik utk keluarga kita kan..

    ReplyDelete
  2. darling, budak nama mia ni mmg suka tahan mata. bila suruh tido tak nak lepas tu keje asyik nak main jek sampai jalan pun dah terhuyung hayang.

    entry ni buat i terpikir yg bila anak2 kita dh besar & kahwin nnt, kita pulak yg tinggal berdua jek dgn husband. oh! sayu~~~

    ReplyDelete
  3. i had the same feeling gak, masa blk kg hri tu. rumah keluarga arah ma i agak terbiar wpon still ada org duduk..sedih tgk

    ReplyDelete