Tuesday, June 29, 2010

Aksi terlampau


Lama tak tepek gambar saya dan Mia kat sini.

Mesti korang semua mish kami berdua kan..

ahaha.ni lah kerja saya bila tiada kerja.

cantik nya tidak pun.

posing je cam hape.



Dah 13month saya fully breastfeed Mia.Makin lama makin malas nak pump.
Makin lama susu pun makin kurang.Kadang2 terfikir juga untuk campur formula.
Tapi tak sampai hati lagi.Boleh ke bertahan?
Saya try la untuk 5bulan lagi..saya usaha lagi sampai mia 18month..Tak lama pun..sabar je lah dulu ye cik siti..harga susu pun dah naik..
Penat menyusu badan ni..hati mesti kuat..mesti nekad and tekad
Doa banyak2..

Monday, June 28, 2010

Sudah 13 bulan

Anak mommy sudah 13 month old today.
Anak manja mommy.
Anak sayang daddy.

Sudah behaved time makan.
Sudah nak duduk dalam baby chair di rumah.
Maybe sbb kat nursery,all babies makan kat dining table.They all train to sit on the chair while makan time..sorang satu pinggan.
So takde lah macam dulu dia lari sana sini sambil makan.

Dah pandai cakap "naakk" kat barang2 yang dia nakk..
Dah pandai point her finger to those things..or maybe kalau dia nak keluar..dia akan point her finger kat pintu.
And kalau tanya "ada ke takde" she will answer "takde".
Apa yang takde pun saya tak tahu.

2 days ago tangan dia kena gigit semut.
So bila tanya wheres ur itchy itchy hand.
Dia akan point her tiny finger kat tangan yang kena gigit tu.
sangat comel ok.
Sampai ke harini bila saya tanya itchy itchy hand masih point finger kat tangan.
Tapi macam dah salah tangan pula.
Maybe rasa gatal tu dah hilang.Dia pun lupa tangan mana yang kena gigit.heheh.

She love to sing . siriyes kalau dalam car seat dia akan mumble2 sing.
Mommy suruh kamu jadi doctor ya..bukan jadi penyanyi.

Sudah faham a few instruction such as..
"give mommy that ball"
"put this ball into that basket"
"kick that ball" "throw ball"
"find your shoe"
"drink water first"
"show mommy your tongue"
"eyes-eyes" - and dia akan kelip kelipkan mata
and a few more la..

She loves baloons and balls so much.
Master her walk already..but still kenkang2 lagi (saya risau)
and still fully breastfeeding baby..yeahh...
iam still producing ngam2 amout of milk for her everyday.
malas nak stress susu kurang..for me,wateva that i pumped today..is just nice for her tomorrow.
she still consume 3.5oz per feeding.
I try once gave her 4oz tapi tak habis pun.so buat apa membazir..
saya sudah nekad 2 years..and by god's will two years it will be.
Insyaallah..

Saya beli buku wardina "mama saya lapar" semalam.
Dah habis baca pun.
Saya suka method yang wardina introduce untuk anak2 dia.
Insyaalah saya akan try.
Suka pendekatan dia untuk buat anak reject junk food.
Saya akan buat untuk Mia.
Tak kan bagi dia try jajan yang banyak MSG.
You guys belilah..worth to buy that book.

p/s saya ingat kan saya seorang yang memujuk hati untuk jadi baik..rupa rupanya ramai ye seangkatan saya yang ada hubby harapan keluarga ni..
Thanks guys for all your advice.Insyaalah saya cuba untuk latih hati,tolak perasaan jahat itu.

Sunday, June 27, 2010

Oh hati,kenapa jahat?

EL ataupun hubby saya adalah seorang anak yang paling bertanggung jawab dalam dunia yang pernah saya jumpa.
Saya bukan cakap ini sebab dia hubby saya.Tapi seriyesss...he is a good son to his family.

Abang saya anak lelaki sorang.
Tapi takde lah dia buat apa yang EL buat kat family dia.

Ok meh saya nak cerita sket.
EL ni kira anak harapan la dalam family dia.
Adik2 beradik yang lain samada kerja biasa2 sahaja or masih belajar.
Ayah dan mak tidak berkerja.

Maka selama kami berkawin ni.
Semua perbelanjaan family temasuk api air dan astro kat rumah in laws saya semua EL yang bayar.
Termasuk barang2 dapur family dia juga.k
Faham2 lah barang2 dapur untuk sebulan how much eh..paling sikit pun rm300 lebih kan.

Bulan ni 2 orang adik dia sambung diploma.Sorang kat Perlis sorang lagi kat Melaka.
Guess sapa yang bayar kan yuran diorang.
Guess sapa yang belikan alat2 kelengkapan belajar diorang.
Bukan murah yee...yurang untuk seorang je dah rm700.
Beli baju,seluar,kasut,baldi,biskut,milo and banyak lagi u guys do the math.

Saya kadang2 merungut je sbb EL sorang banyak berhabis untuk family dia.
Tapi mak saya suruh bersabar.sbb saya pun dapat pahala setiap kali EL berkhidmat utk family.
hati mau kuat..
akal kena fikir,klu bukan EL nk tolong family dia xde sape lg boleh tolong.

Dulu saya masuk utm abah saya masih bekerja.
Ayah EL sudah tua,sudah lama xbekerja.

Hati kadang2 busuk juga berfikir,kalau EL jadi anak yg tak bertanggung jawab kan elok.
boleh saya pakai BMW 3 Series...wakaka..
tapi saya kahwin dia pun sbb saya suka sikap dia treat family.
saya tahu guys yg treat family bagus pasti akan treat anak bini dia pun bagus.
saya percaya.

susah tau jadi saya.
selalu kena sabarkan hati.
selalu kena ingatkan diri sendiri byk kali.

like yesterday,El kuarkan kasut adidas yg dia beli from japan .
tapi size tekecik maka dia nk bg kat adik dia.
tp sbb hati hasad dengki saya kata saya suka design kasut tuh
(padahal itu kasut lelaki ye)
maka El tidak jd bg adik dia sbb saya nk.
hurmmm..wat can i say..
lepas tu saya rasa nyesal.bukan sya nk pakai pun kasut tu.

entahlaahh..
semalam juga El kata nk hantar parents dia ke mekah.
mak ayah dia dah tua.
sorang rm10k..2 org rm20k..
boleh buat downpayment CRV.
oh hati kenapa engkau jahat..

Bukan orang kaya-Hanya orang tengah2

Yesterday and today,EL Mia and me having our 3 some of jalan2 at malls.
Hurmmm..being me just like all mommies out there,gaji dah masuk kan.Apa lagi amik itu amik ini..beli itu beli ini..cash keluar macam lagi seminggu akan masuk gaji lagi.

EL pun apa lagi ..pot pet pot pet..
Dia suruh saya list kan stuff for Mia yang saya beli for these 2 days.
Ok..here it goes ya..
Saturday,
Mia's book rm40, Barney doll who can sing rm40, dress rm50...total rm130

Sunday.
Mia's pants rm50, "Mama saya lapar" rm20 , Bricks rm60 ,botol air rm20.. rm150..

sighhhhhhhh..
Patutlah duit saya asyik ngam2 je every month.
Setiap kali keluar mesti berhabis ratus2 untuk Mia's stuff.
2 hari keluar dah habis banyak tu.
Boros nya..
Boros tu kan amalan syaitan.

Entahlah,kadang2 bila nampak sumtin baby stuff yang comel2..be it a dress,botol air,toys..etc,
Saya mesti rasa,dulu kecik2 mak abah saya tak pernah pun belikan.
Tak merasa pun nak pakai.

Maybe sebab tu saya mesti beli untuk Mia.
Seriyes saya taknak spoilt kan dia sangat.
Apa dia nak saya beli..nak je beli.
Merengek sket saya beli..botol air dah ada 2 kat rumah. kenapa kena beli lagi?
Tapi mungkin bukan sebab Mia.mungkin saya sendiri yang mahu.
Saya sendiri mahu dress yang comel2 dulu.
Saya sendiri mahu botol air barbies dulu.
Saya sendiri mahu main toys yang bermusic apa bala semua.

Betul juga EL kata saya memang boros bab barang anak.
Barang sendiri saya ngaku saya selalu berat hati nak beli.
siap eyeshadow pun saya dah bertukar from Mac ke Elianto.
heheheh..murah ok.

Saya ada kawan yang bagitau,dia limit kan diri beli baju anak rm20 ke bawah sahaja.
Dia mmg ibu yang cermat.
Gila la...nak beli baju below rm20.
Susah gila nak jumpa yang cantik2 below rm20.
Dress Mia yang mmg cap ayam beli kat Outlet Brand pun rega rm40.
Tu belum lagi masuk Mothercare,Gap,Guess etc la kan yang baju baby harga ngalahkan baju orang besar..
Tidak,saya tak pernah beli baju Mia harga ratus2..Saya masih ada otak untuk fikir sebelum beli.
Tapi sebab kekerapan membeli,maka end up banyak juga pulus yang keluar every month.

EL nasihat lagi.
Kami bukan orang kaya, kami hanya orang tengah2.
Tak kaya and tidak miskin.
Dia suruh saya fikir sebelum beli.
Perlu atau hendak.
Penting atau tidak.

Susah ok nak kawal "babystuff-holic" ni..
Maka jangan kuar mall kata EL.,lagilah tak boleh blah kan.
hurmmm..kamu mommies macam mana?
Ada limit ke membeli barang2 baby every month?
Atau main beli sampai duit cukup2 makan je every month.
Perlu pergi psychiatrist ke saya ni?
Susah tapi perlu ubah.

Friday, June 25, 2010

Rajuk saya

Saya tengah merajuk dengan EL sekarang.
Dah 1.5days saya taknak layan dia.
Dia tanya sepatah saya jawab sepatah.

Dia ajak keluar makan ..saya taknak..
Dia kuar dengan member,then call tanya nak tapau apa pun saya taknak.
Saya rela makan biskut tgh malam2 buta ni.
Perut berparty sudah ni.
Tapi merajuk punya pasal.

Tadi EL ajak pergi MV esok..
pun saya cakap tak nak.
Dia tanya abis tu nak buat apa kat rumah.
Saya jawab tdo.
Huhhh.

Korang pernah berkonfrontasi dgn hubby paling lama berapa hari.
Saya geram/kecik hati/sakit hati.
Semua ada.
Tak cakap 3 hari berdosa kan.

ego..ego..
Dah ada anak ni,susah betul EL nak pujuk saya.
Pujuk la beli bunga ke..belon ke (owhh tidak)
Gerammmm..
Lapar pulak tu
Layan ANTM Cycle 13 Petite kat You tube skang ni.
Sudah tahu siapa yang menang..
Saya mmg macam ni..tak sabar nak tunggu kat astro.
Ok lah nak terus merajuk ni.

Wednesday, June 23, 2010

Saya ibu lalai

Semalam sampai rumah dah pukul 6pm.
Saya terus rushing masak porridge Mia.
Mia pula menangis nak susu tak sempat2.
Saya pun campak semua barang dalam periuk,kecikkan api.
Terus baring kat sofa.

Hajat di hati nak tidor kan Mia je.
Lepas Mia tido saya nak solat Asar,nak basuh baju and nak masak sikit untuk dinner.
Tapi disebabkan setan besar dok atas mata saya ni.
Maka saya tertidur sekali dengan Mia.

Bangun2 saya terperanjat tgk EL balik dan rumah berasap.
Ya allah,saya lupa kat porridge Mia.
Abis hangus dengan periuk2 sekali.

Haihhhh..saya sangat lalai.
Macam mana kalau EL balik lambat.
Macam mana kalau saya tak bangun2.
Asap yang banyak boleh buat lemas.
And paling worst rumah pun terbakar.

EL berleter satu malam.
Tanpa berfikir perasaan bersalah saya ni.
Dia ingat saya plan ke untuk tidor?
Tapi memang kesalahan ni tak patut di buat pun.
Saya memang lalai.
Kenapa tak set kan alarm?
(Saya taknak tdo..buat apa nak set alarm?)

Nasib baik takde apa2 yang terbakar?
KALAU?
kalau jadi cam dalam Oprah mak terlupa anak dlm keta tu?
macam mana kalau?
saya takut nak fikirkan kalau itu.

Lepas ni kalau time senja2 nak bf Mia.
Saya kena set kan alarm.
Tak kisah lah saya plan nak tdo or taknak tdo.
Precaution is important.
Kalau dah jadi?
Kalau nasi dah jadi bubur?
Kalau bubur sudah masak?
Apa apa pun tak berguna.
Saya ibu lalai.

Tuesday, June 22, 2010

Moral down

Arghhhh..moral down betul nak marking paper harini.
Due date Friday ni pula.
Badan rasa letih lesu.
Kepala pula berat je harini.
Rasa macam tak sihat..ke alasan?

Lunch tadi tengok Mia kat nursery.
Owhh dia tengah baca buku..sejuk perut saya.

Sekarang ni dia sangat obses dengan penyapu.
Sangat rajin menolong saya sapu sampah..walaupun tidak ada sampah yang tersapu.
Kenapa kalau start citer pasal anak saya tetiba bersemangat pula.

Tapi bukan punya main takde mood.
Ughhh..sebut pasal kertas final ezam yang bertimbun2 buat saya down kembali.
Sape nak tolong?
Hands anyone..jangan risau..nanti saya belanja makan Pizza hut ..

Thursday, June 17, 2010

Her new ride

Hi mommies..
This is Mia's new ride.
She called it Lola




Daddy bought Lola for her first birthday gift.
And she love it like seriously.
Keluar rumah nampak Lola mesti tunjuk and cakap nakkk..
p/s saya perasan mia jalan kengkang sket la.lutut dia cam bengkok sket.Tanya mak saya dia ckp sbb lutut mia tak kuat lagi.budak br berjalan mmg camtuh..tp saya tengok baby lain jln straight je..saya risauuuuu..tadi siap nangis dlm phone masa consult mak saya.
perlukah pergi paed to confirm about this?

Tukar lagi

Ingat lagi tak post saya nak tukarkan nursery Mia ke Bondamama kat sini.
After 2 weeks kat sana,saya plan nak tukarkan lagi Mia ke nursery baru.heheh.
Baru umur setahun sudah 3x tukar nursery.
Reason sebab nursery baru ni memang super duper best.Banyak toys untuk bebudak main.

Taska Jari Kecil nama diberi..heheh..baru open last month.Kalau sesapa dok area Bangi n Kajang mesti familiar dengan Alam Sari kan.Kat situlah nursery ni..
Actually tak plan pun nak tukar lagi Mia ke tempat baru,tapi haritu saya saja jalan2 bawak Mia ke park Alam Sari.Then nampakla Taska Jari Kecil yang cantikkk sangat dari luar.Kat luar je dah nampak toys yang banyak..

Maka saya pun saja2 lah masuk dan berkenalan dengan owner dia. Puan Akma nama nya..siap ada master in Science lagi..wahhh..teruja. ok jom cekidout bahagian dlm nursery ni

Mia pulun dok main kuda getah tu haritu sampai tak nak balik..push walker pun ada.

Kar drawer ni byk educational toys such as blocks,lego,music instruments etc etc..mia juga pulun dok kuar kan satu2 bricks dlm tu haritu.


Books yg hardcover pun banyak.kat nursery dulu tiada ye macam ini..saya sukaaaa sbb ada books


Ni tempat diorang belajar ABC 123 stuff la..Alif ba ta juga ada..cantik la meja and kerusi kecil bewarna warni itu kan

Ini bilik drawing and arts. Teacher dia cakap,every art yang all the babies buat will be frame and bagi kat parents tengok..seriyes saya tak sabar nak tengok mia punya drawing conteng conteng.


Ini rooms for video learning.CD collection diorang pun not bad..baby einstein,brainy baby etc..

Room ni ada tunnel and tents..juga ada toys fisher price pusing2..saya dah cakap toys diorang bukan dari cina punya..mostly educational toys.


This is babie room.Baby yang takleh jalan lagi dok bilik ni.But still best.Nursery Mia dulu jangankan playpen itu..kuda pun tiada..ball pun tiada..maka suka lagi..kan best kalau jumpa nursery ni awal2 dulu


Whiteboard yang ada menu makanan..dan juga aktiviti students di sini


Petang ard 5pm kids akan main kat luar..banyak juga toys2 yang best kat luar tu.

Menu food for baby 6m-24m

Menu for 2-4years toddler.

timetable for 3-24m activities.

Timetable for 2-4years activity.
Best takkkk?
Mia will start masuk taska ni esok..esok kena bangun awal.kena masuk ofis awal sbb byk final paper tidak dimarking lagi.
hopefully mia sesuai la kat tempat ni.Haritu siap taknak balik tau..
Cukup kalau dia happy,tidak jatuh or lebam sana sini..maka hobby saya bertukar nursery ni pun akan stop juga.

Wednesday, June 16, 2010

Twin

Saya sangat suka tgk twin baby.Teringin sangat nak ada twin lepas ni.Wahhhh..Mia sorang pun saya asyik merungut penat..inikan pula twin kan.

Taknak lah macam John&Kate plus 8 tuh.Tuh kerja gilak..
Twin cukuplah..lepas ni kalau nak pregnant saya doa nak dapat twin.One boy and one gal.
Sorang nama Dania Zahra sorang lagi Dani Ziqry...wahhh..belom pape lagi nama sudah ada ye..wakaka.Owhhh itu harus.

Dapat twin terus tutup kilang.Cukup 3.
Mia jadi doktor, Nia jadi lawyer and Dani jadi engineer.
Suka suka..

Dulu masa study kat UTM skudai.Saya ada twins fren juga.Serius diorang ni sampai kerja pun mmg pakai baju yang sama je.wallet handbag,jam kasut etc mesti sama.
Dulu kalau masuk bilik diorang rasa macam ada cermin kat sebelah..keadaan sebelah kiri sama je macam kanan.Siap kalau diorang sidai panties and bra pun mesti saya perasan ada dua pasang yang sama.hehehe..comel kan..

Ok..family saya tiada yang twin.Tapi family EL ada..so maksudnya adalah chance utk dapat kembar.

Takdelah mau kembar sampai ke tahap buat IVF ke apa..IVF sangat mahal.
Tapi saya ada baca Prinsip rawatan ubat kesuburan pil Clomid untuk merangsang pembesaran satu atau lebih telur matang yang berpotensi untuk disenyawakan.

Tapi kalau amik pil ni bilangan telur tak dapat dihadkan.Mungkin ada satu,dua ,tiga atau lebih telur matang untuk disenyawakan.. Maksudnya kalau saya consume pil ni,saya kena aware yang kemungkinan saya akan pregnant kembar dua,tiga,empat or mungkin more sekali.

Oh..mungkin nama Dania dan Dani tidak cukup..saya kena prepare a few names lagi yang start with D.Mana lah tahu sekali 6 pula yang keluar.Masa tu boleh la saya buat reality tv show kat astro ria " Siti&Zuha Plus 7" wakakaka...verangan verangan..

Pregnant twin ni mmg sangat risiko to both baby and mommy.Baby twins juga amat berisiko utk dapat sakit macam2 ..premature is the most risk..hurmmm...Am i strong enuff to handle those risk?

Entahlah..saya berangan sahaja sebab tadi saya jumpa stroller twin yang cantik.Sekadar suka tgk kawan yang ada baby twin berpakaian sama.Sangat super duper comel.Belom ready pun for second baby..2012 maybe..Mia dah 3years by then so dah puaslah untuk dia bermanja2 dengan mommy daddy..Angan2 mat jenin sahaja..angan2 sebelum tido..Oklah good nite..(Aminkan kan yeeee kawan2 untuk aim saya for 2012 twin..)

Monday, June 14, 2010

Vice versa

Hailo mailo peeps..
Macam mana demam bola?saya bukanlah suka bola pun.Boring ok.Tapi sebab 4tahun sekali ku layan kan aje kegilaan EL.
Channel E,Channel Star World,AXN n Hallmark adalah favaurite channel saya.
Maka bila lah musim bola ni saya kesangapan di rumah ye.
Nasib baik leh online kat rumah.Nasibbaik ada Mia..taklah boring sangat.

Last week SundayPIL saya buat kenduri kesyukuran.2 orang adik EL dapat sambung Diploma.
Saya adalah menantu no.2.Menantu pertama tidak bekerja and sangat pandai masak.
Kami berdua ni macam langit dan bumi.Kak Zie pandai masak,pandai buat kerja tanpa di suruh.
Saya pula masak biasa biasa je.Kalau kenduri saya memang tidak reti nak carik kerja.Saya akan tanya MIL saya nak buat apa,nak buat macam mana..hehehe..Kak Zie rajin saya malas. Kak zie pandai borak..saya tidak.Pendek kata saya bukanla menantu yang baik.

Untung ada Mia yang still bf and tidak mahu dengan orang lain.Maka saya ada alasan untuk masuk bilik bf kan Mia sambil tido ...hehehe

EL ada 6 siblings.Sorang je girl.Saya pula ada 4sibling and sorang je boy.
Family yang ramai perempuan dengan family yang ramai lelaki lain ye. Mula mula dulu saya ada rasa pelik juga sbb saya rasa family EL ni sangat kasar2 orang nya.Masing2 ber aku-engkau sesama sendiri.Kalau gaduh...takuttt gila saya..sbb faham2 lah macam mana budak lelaki bergaduh kan.

Family saya pula..tidak pernah sekali lah sayaber-engkau kan abang dan kakak saya..panggil abang angah and adik..kata diri pula standard guna orang je..kalau gaduh pun nangis masuk bilik je.Everytime gado mesti abang saya jadi mangsa.Mesti dia yang akan kena sebat dengan abah saya sbb kacau adik adik. Mesti abang saya tensen dengan adik2 perempuan dia.Usik sikit nangis usik sikit ngadu.Abang saya sekarang ada 3boys..lom ada rezeki utk baby girls lagi.Mesti dia suka ramai2 lelaki..Gaduh sepak terajang ok budak2 itu..

Family saya tidak ramai,after UPSR semua masuk SBP.Maka rumah saya mmg ada mak abah sahaja.Kadang2 saya macam rimas dengan ramai2 orang kat rumah...Especially bila balik rumah EL.Adik2 dia ramai yang belum berkahwin lagi.Dah kawin kena give and take la..accept je..

Last wiken juga classmate saya di STF dulu kawin..maka kamu layankan aje ye gambar2 dibawah.




with mybestie Elina yang tgh 4month pregnant..look how glowing she looks...walaupun membesar bagaikan johan.makan sampai 2 pinggan di rumah orang kawin.hehehe..

Saya rindu upacara makan tanpa rasa bersalah itu..blame thebaby kan...heheheh

Thursday, June 10, 2010

Busybody yang comel

Busy sgt2 saya this few weeks ni.Dengan students yang tengah final exams.Dengan project students final year.etc etc..pasni dah kena marking paper pula pastu buat portfolios pula.Benci btol marking...rasa macam nak upah orang 20cent untuk satu paper.Ada yang sanggup tak?

Lunch tadi saya hang out dengan my boss secretary.Dia bawak dotter dia yang age 6yo.
She had another one baby same age with Mia left at home with her mother.Cuti sekolah kan sekarang so mother dia complaint si kakak ni suka buat bising sampai adik tak leh tidor.
Sebab tu my fren ni angkut anak dia datang ofis.

This gal sangat ramah and frendly.Nampak la manja gila sbb 5yrs baru dapat adik.Yang saya kurang senang is she like to finished all her mommy sentences.Suka sangat menyampuk sampai saya rasa busy body nya budak ni..heheh..

I dont know why..i oso have 5yo niece.Tapi taklah secronik macam ni.Seriyesly..
saya bagi contoh eh.

Contoh 1

Saya: Wah , kereta baru nampak (we all pergi lunch naik kereta dia)
My fren : Tak lah baru pun, i beli second hand je
Girl : Papa beli from Uncle Man..tapi Girl panggil dia Uncle Doraemon sebab dia bulat.Kereta ni best auntie,ada aircond kat belakang.Tapi mommy susah nak parking..blablabla..

Contoh 2

Saya: You dah 37 cukup ke 2 orang anak ni
My fren : Tulah kalau bole i nak tambah satu lagi.Lagi cpat lagi bagus
Girl: Mommy nak baby lagi ke mommy? Girl nak adik lagi dua. Ramai2 lah best.Tapi mommy kenalah makan ubat kalau nak baby lagi..

(mana dia tahu pasal ubat ni)

Contoh 3

My fren :I mmg tak kisah kalau hubby i balik lewat,pergi motor bike dengan his fren.cuma jangan main pompuan cukup.Once i find out dia main pompuan ke apa,i akan malukan dia dengan apa cara sekalipun.
Girl : Nanti mommy siku papa kan mommy..girl tolong piuh papa..Tapi kalau papa balik malam2 dia bau busuk..

Korang faham tak maksud yang saya nak sampaikan ni.Her dotter mmg banyak gila cakap sampai i rasa busy body nya.Kadang2 ada je conversation yang tak sesuai bebudak sebaya tu dengar and dia tetap nak menyampuk buat saya kurang selesa.

Dia mmg dengar je apa yang we all borakkan.All the gossips mmg dia akan tanya balik sapa .dia kenal ke tak..boleh tak?hahah..Serius saya takmo Mia mcm tu sangat nanti.Saya tak suka kalau budak kecik menyampuk cakap orang tua.

Tapi that gal pun macam Mia.Papa dia mcm daddy Mia.Balik kerja lewat.pastu banyak activity luar.So mmg tinggal berdua dengan mommy dia.Keluar pun hanya mereka berdua.Sebab tu diorang sangat close even can share all the conversations together.Adakah bermaksud Mia akan jadi macam dia nanti..dont like ok..

Tuesday, June 8, 2010

DisneySea Japang Part 3

Jalan2 dari pagi ke petang di sini.
Amatlah melenguhkan.
Tapi sangat2 syok.
Nasib baik sejuk tak panas.
Mia pun ok behave.
Dia pun sama jakun cam mommy n daddy.
Masalahnya time jumpa cartoon caracters je mesti dia nangis.
Mushkil betul saya.
Siap malam tu mengingau2.









Jumpa Fairies pun takut.


Yang ni je gambar dia dia tak nangis.










Saya as a front desk

Saya beraksi tengah pegang obor macam patung kat belakang tu.
Overall memang best pergi Disneysea.
Nantilah kalau ada banyak duit.
Nak pergi Disneyland kat Hong Kong pula..
heheheh

DisneySea Japang Part 2

Seperti yang dijanjikan..chewahh
Sambungan gambar2 nya ye.
Malas nak cerita panjang2
Layankan aje

Tempat kapal Selam
Mermaid world.
Sangat cantik



Mermaid itu orang betul tau.
Mia asyik dok usha tail dia yang bergerak2 tu je.






Saya tiru muncung ikan itu

Tetiba rasa comel buat mulut cam gini boleh?

Motif cium?


Motif pengsan?


Dalam perut ikan paus.

Aduhhh...ngeri tul tgk saya berposing kan

Saya tiru muncung jin itu pula





OK..ada satu lagi post.
Pastu saya janji habis dah pasal Disneysea.
hhehehe..banyak gila .
Lama2 malas gila nak posing.
Soh daddy amik gambar view tanpa model aje.