Tuesday, June 8, 2010

DisneySea Japang Part 2

Seperti yang dijanjikan..chewahh
Sambungan gambar2 nya ye.
Malas nak cerita panjang2
Layankan aje

Tempat kapal Selam
Mermaid world.
Sangat cantik



Mermaid itu orang betul tau.
Mia asyik dok usha tail dia yang bergerak2 tu je.






Saya tiru muncung ikan itu

Tetiba rasa comel buat mulut cam gini boleh?

Motif cium?


Motif pengsan?


Dalam perut ikan paus.

Aduhhh...ngeri tul tgk saya berposing kan

Saya tiru muncung jin itu pula





OK..ada satu lagi post.
Pastu saya janji habis dah pasal Disneysea.
hhehehe..banyak gila .
Lama2 malas gila nak posing.
Soh daddy amik gambar view tanpa model aje.

DisneySea Japang Part 1

Disneysea? Disneyland?
We all decided pergi Disneysea.
Mahal gila 6000 yen sorang.
So masuk pagi balik malam.
Jakun juga tengok teknology Japan ni.
So mmg worth it lah bayar mahal2 Entrance Fees










Mia meraung je bila jumpa binatang2 macam ni

The Fairies


Saya tiru aksi bee kat belakang itu




The King and the Queen Mickey and Minnie Mouse




Gambar banyak sangat.So tunggu lah next post ok.

Thursday, June 3, 2010

Buat perangai

Mia dah start buat perangai balik.
Haihhh..poning kepalo den..
Start je hantar dia ke nursery balik mesti seribu macam perangai dia buat.

Malam tadi,daddy pergi main futsal.
Maka saya seperti biasa berdua sahaja dengan Mia.
Lepas bagi makan.mandikan dia..then bagilah upah susu kan.
Tengok dia macam ok main ball,bear bear..etc2
A.k.a..aktiviti menyepahkan barang2 dia.

Saya pergilah ke dapur.
Nak masak bubur dia untuk esok.
Nak basuh botol2 susu.
Nak basuh pump lagi.
Nak buat laundry.
Mcam2 lagilah tugas2 seorang ibu.
Tetiba masa tengah potong bawang,Mia menangis berlari terkedek kedek datang kat dapur.
Di peluknya kaki saya..di tarik2 skirt saya..
Dengan air mata melimpah ruah..penuh drama.

Saya dukung dia and bawak ke hall balik.
Ok je.terus diam.
Saya pun lepak2 lagi tengok Americas Next Top Model 13(Le 13 untuk petite model)
Mia bila nampak saya melepak dia pun ok la .boleh je main pusing2 sofa.
Habis je ANTM tu,saya bangun lah nak sambung tugas seorang ibu tadi balik.

Ya allah budak bertuah tu nampak je saya bangun terus dia menangis macam apa.
Geram tak geram.
Anak korang macam ni ke?
Macam mana korang buat?
Macam mana nak masak sambil dukung budak 10kg.?

Saya bukak cartoon pun dia dont care.
Saya bagi dia senduk,tudung periuk,carrot dan sudu untuk dia main masak2 pun dia dont care.
Dia nak saya bertepek dengan dia.
Temankan dia main.
Suka lah hati..senang lah hati.

Habis tu macam mana nak masak bubur.
Kalau tak masak Mia nak makan apa esok.
Daddy Mia tu anak raja.Mana nak buat kerja rumah.
Haiihhhh...
Ingatkan makin dah ada kaki ni saya boleh lah masak2 buat kerja kat dapur.
Yang ni sama je maca dulu.
Mia memang drama queen..

Pagi tadi saya bangun tido,Mia start lah bukak mata.
Bawak dia turun sekali.
Macam2 nak prepare untuk dia ke nursery.
Susu dia,panaskan bubur malam tadi.Air kosong lagi. biskut2 Mia.
Letak je kat dia kat bawah,nangis..letak je nangis.
Bila dukung dia diam..
Geram betul.
Saya pun buat aksi jeritan tarzan kat daddy.
Suruh daddy bangun jaga anak dara dia ni.
Tapi daddy pun dia tak nak.
Nak saya je temankan dia.
Bukan nak susu pun.
Huru hara lagi.

Macam mana you all handle tantrum si anak ni.
Ke sebab dia nak attract attension saya.
Mak saya kata,dia nak balas dendam sebab tinggalkan dia kat nursery waktu siang.
Saya bukan saja2 tinggalkan.
Haiiihhhh..
Perlu kah saya berbibik?

Wednesday, June 2, 2010

Laju laju buaiku laju

Ni activity kami di waktu weekdays di Japan.
Maklumlah daddy busy bekerja.
Haruslah kami bergumbira berdua duaan.
Di Japan park dia memang cantik2
Bersih je buai,gelongsor etc etc.
Mia pun first time kut dapat main2 benda2 ni.
Kat Malaysia tak merasa.
Ok..enjoy the piccas


Gelongsor ni sangat comil.
Tiada di Malaysia.
Macam conveyor kat kilang saya dulu tau.

Buai shape banana.


Mommy yang teruja lebih dari anak.


First time naik buai.
Sangat happy.
Mommy dia hayun sambil nyanyi lagu ni.

"Pohon beringin langit terbentang"
"Laju laju buai ku laju..aku nak kahwin dengan anak raja"

Piccas can tell how happy my dotter is.
Sangat gembira.
Ketawa terbahak bahak.
Bila dia gembira,saya pun gembira.

Bunga bunga

Festival Flower 2010 di Japan.
Cantik2 bunga di situ.
Tapi sayang sakura dah takde.
Tulips dah layu.
Jom jamu mata tengok aksi aksi vain Mia dan Mommy berjumpa bunga.







Bunga ni lagi tinggi dari Mia ok.

Bunga yang melata di kaki.




"Mia jangan main kat rumput..nanti tungau!!"



Eh..eh..saper tu?

I tot I saw a head..


Hihhihi..comil..anak sendiri rupanya


Are we loss mommy?
Why all the road look the same?






Lariiii...lariiiiii...ada raksasa..
Hihihih.
Mia sungguh happy jalan2 kat Koen Park ni.
Mommy nya juga.