Thursday, June 3, 2010

Buat perangai

Mia dah start buat perangai balik.
Haihhh..poning kepalo den..
Start je hantar dia ke nursery balik mesti seribu macam perangai dia buat.

Malam tadi,daddy pergi main futsal.
Maka saya seperti biasa berdua sahaja dengan Mia.
Lepas bagi makan.mandikan dia..then bagilah upah susu kan.
Tengok dia macam ok main ball,bear bear..etc2
A.k.a..aktiviti menyepahkan barang2 dia.

Saya pergilah ke dapur.
Nak masak bubur dia untuk esok.
Nak basuh botol2 susu.
Nak basuh pump lagi.
Nak buat laundry.
Mcam2 lagilah tugas2 seorang ibu.
Tetiba masa tengah potong bawang,Mia menangis berlari terkedek kedek datang kat dapur.
Di peluknya kaki saya..di tarik2 skirt saya..
Dengan air mata melimpah ruah..penuh drama.

Saya dukung dia and bawak ke hall balik.
Ok je.terus diam.
Saya pun lepak2 lagi tengok Americas Next Top Model 13(Le 13 untuk petite model)
Mia bila nampak saya melepak dia pun ok la .boleh je main pusing2 sofa.
Habis je ANTM tu,saya bangun lah nak sambung tugas seorang ibu tadi balik.

Ya allah budak bertuah tu nampak je saya bangun terus dia menangis macam apa.
Geram tak geram.
Anak korang macam ni ke?
Macam mana korang buat?
Macam mana nak masak sambil dukung budak 10kg.?

Saya bukak cartoon pun dia dont care.
Saya bagi dia senduk,tudung periuk,carrot dan sudu untuk dia main masak2 pun dia dont care.
Dia nak saya bertepek dengan dia.
Temankan dia main.
Suka lah hati..senang lah hati.

Habis tu macam mana nak masak bubur.
Kalau tak masak Mia nak makan apa esok.
Daddy Mia tu anak raja.Mana nak buat kerja rumah.
Haiihhhh...
Ingatkan makin dah ada kaki ni saya boleh lah masak2 buat kerja kat dapur.
Yang ni sama je maca dulu.
Mia memang drama queen..

Pagi tadi saya bangun tido,Mia start lah bukak mata.
Bawak dia turun sekali.
Macam2 nak prepare untuk dia ke nursery.
Susu dia,panaskan bubur malam tadi.Air kosong lagi. biskut2 Mia.
Letak je kat dia kat bawah,nangis..letak je nangis.
Bila dukung dia diam..
Geram betul.
Saya pun buat aksi jeritan tarzan kat daddy.
Suruh daddy bangun jaga anak dara dia ni.
Tapi daddy pun dia tak nak.
Nak saya je temankan dia.
Bukan nak susu pun.
Huru hara lagi.

Macam mana you all handle tantrum si anak ni.
Ke sebab dia nak attract attension saya.
Mak saya kata,dia nak balas dendam sebab tinggalkan dia kat nursery waktu siang.
Saya bukan saja2 tinggalkan.
Haiiihhhh..
Perlu kah saya berbibik?

10 comments:

  1. sab slalu gilir2 je dgn hubby...klau sab msk dia jg anak..tp rania nie dia klau tido lamaaaaaaaaaaaa...pg2 lps mandi,bfast dia msti tido,wajib...plg lama smpai pkl 1...time tue lar bt smua keje rumah...mlm pun mcm tue,lps maghrib bg mkn,dia msti tido..klau x tido ayah dia la jaga,sab masak kemas2 apa yg patut...tue bt ms skrng lar...x tau la nnti dia da baya2 mia,sama jgk peel nye...

    ReplyDelete
  2. tak de pengalaman la nak membantu..tapi saya terhibur ngan entry ni. walaupon entry meluahkan perasaan.

    "Saya pun buat aksi jeritan tarzan kat daddy"

    hehe

    sori. komen tak membantu.

    ReplyDelete
  3. ahhhh. adzryl pun mcm tu!! esp sejak masuk 10 bln hari tu. pening i!! mlm smlm i cuci beras n masak nasi 1 tangan k!! sebelah lg kena dukung adzryl. aiyakk. dia mmg manja sgt skang. xtau apsal. xleh letak bawah, mesti nangis. kekadang tu. dah kasi berdiri, dia senyap. i jalan slow2 gi dapur pun dia terus rengek n nangis2 sambil gi cari i kt dapur or bilik. bijak btol! tp i yg pening. sbb slalunya dia wat camtu masa pagi (time i tgh nak siap2kan brg2 nursery dia n masa i cook pagi2 utk dia)... and masa balik keje ptg. time tu daddy dia xde lagi. haihh. kekadang tu ok dok ngan daddy. tp most of the time nk mummy pegang. peningggg... huhuhu. i rasa dorang nk attention kita la...

    p.s. i tatau u cmne. tp adzryl kalo nak huha-huha or have fun terlebih, dia cari daddy dia. tp kalo dia x selesa, ngantok, lapar or tgh nak manja2, dia automatic cari i walaupun daddy dia ada. hehehe. gerdix kan!

    ReplyDelete
  4. maybe you can cosider babywearing pakai soft structured carrier bleh carry mia kat belakang so you can do all your house chores... i also did that..sidai baju , masak, sapu all carry baby kat belakang. baby pun mcm suka jek cos bleh tengok apa yg kite buat.. :):)

    ReplyDelete
  5. I tak suggest baby wearing sbb baby akan lebih melekat je nanti,lg susah u nak buat keje.Rasanya skrg ni mia sedang melalui fasa dimana dia rasa insecure dgn surrounding dia.dia hanya rasa selamat bila dgn mummy dia je sbb tu asyik nk melekat je,so kena sabar byk2.My son pun penah mcm ni,nasib baik hubby blh tlg buat keje rumah except masak sbb dia mmg xtau.I dulu bila mmg xblh nak layan dia sbb byk keje nak buat,i tglkan je.Dia akan nangis,tp hati kena kuat la.my son biasanya akan nangis kejap,pastu dia tau yg i takkan layan,dia berenti sendiri dan sambung main dgn toys dia.

    ReplyDelete
  6. sama pe'el ngn Qaseh. Bak kata MIL, Pantang bagi belakang je mesti menangis..dia nk kita ngadap dia aje..

    Kdg2 saya buat pekak je. Nak gi sidai towel pon dia nangis..kita nk gi toilet pon dia nangis..

    nasib baik stay ngn MIL..byk yg MIL tolong.

    ReplyDelete
  7. jgn biasakan dukung anak time masak..nanti sampai bebila dia nk cmtu.nanti u yg susah.. biasa sya wt je keje umah. dia nk melalak ke ape ke,sya biarkan.mmg nmpk kejam. tapi lama kelamaan dia akan ok dan diam sendiri..dulu teruk gakla alami benda ni. tapi now dah tak cmtu.ada masa dia akan duduk dpn tv diam2.

    ReplyDelete
  8. yuda..tis is wat they call separation anxiety....cuba ko cari article psl ni..tp biasanya mmg org kata jgn layan sgt....kite kena train dia..ckp elok2 ngan dia kata kite kat dapur nk masak bubur dia pastu ko jengah2 kejap..so dia tau yg ko ada sbnrnya..hehe..tp mmg susah actually...kdg ko tau aku watpe?bb seat mkn dia tu aku ltk dia dpn fridge..dia main la fridge magnet tu...so leh la aku wat keje....as long dia nmpk kite dia xnangis...

    ReplyDelete
  9. saya sokong komen asma. Cuba beli fridge magnet yg colourfull dan jgn terlalu kecik dan membahayakan. sebab sy da cuba kat ayel dan dia ok tak ganggu masa saya memasak dan basuh pinggan. hehe

    dia memang sibuk mengadap fridge magnet. Main lekap-lekap kat fridge.. pastu dia gelak dan happy sesorang. mak dia pun hepi sebab xde budak ngacau buat keje. :)

    ReplyDelete
  10. Yuda, perangai mcm ni normal. Kita ibu2 bekerja ni mmg la anak appreciate kita. Berkepit je keja. Kita kena pandai2 la cari peluang. Aku selalu end up buat kerja tgh2 malam or kunci jam awal2 sebelum dia bgn. Zara lg bess, kadang2 kalau aku bgn pukul 4pg dia pon bgn skali. Aduhai anak. Terpaksa la sacrifice "kecantikan" rumah. Buat mana sempat je. Zara pon jenis tak mau kat ayah dia, mengada nak melekap kat mak jugak!

    ReplyDelete