Sunday, August 4, 2013

Selamat berpuasa dan Selamat hari raya 2013



Gitewww kan 2 in 1 punya entry. Gila lama tak post something here. Standard alasan la..bila dah ada anak 2 ni,nak berak pun tak senang..apa lagi nak berblog.

Puasa tahun ni,alhamdulillah saya lagi banyak masak lauk dari beli di pasar ramadhan.kuih2 je lah beli.lauk semua masak aje...tak selera tgk lauk kt param tu.masak simple2 lagi sodap.

Second week puasa daddy away to Hong Kong for a week.mean buka puasa lone ranger je.beli jelah..sobsss... Sahur pun tak bangun bila dah lone ranger ni.

Third week straight berbuka di hotel..orang belanja..so rejeki jgn ditolak..Fourth week start semula memasak juadah..

Terawikh pula start pergi on third week.Di masjid putrajaya. Jauh sket but area solat tertutup and beraircond.so taklah risau sgt Mia and Ud nak berkuntau.Alhamdullilah they welk behaved.. Next yeat boleh start awal.

This year turn beraya di n9..yeayyy... Seronok lebihlah dpt beraya di kampung sendiri. Baju raya anak2, suami dan sendiri dah setel.
First day raya theme Electric blue.. Second day raya theme Emerald green..gitewww kann..

Malam second raya Kami akan gerak balik ke Kedah.. Huhu..and dendang perantau plzzz..ekekek.Monday balik ke Bangi semula.. Tuesday rest. wednesday dah start kerja... *yawnnnnnnn*

Semoga perjalanan kami satu keluarga dipelihara dan selamat sampai ke tempat di tuju. Begitu juga saya doakan kepada yang lain.

3 hari je lagi nak meninggalkan Ramadhan. .syahdu pula rasa.Rasa macam tak cukup amal ibadat tahun ni. Mengaji pun dpt 3 juzuk sahaja habis.. Banyak buat benda lagha. And kadang2 rasa penat sgt terus tidur. Alasannnn... Aduh tak ready nak raya..nak sebulan lagi puasa boleh?
Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...
Now i understand why.. Once bila masa dah berlalu tak mungkin lagi kita nak putarkan semula.

Persiapan raya kami pun macam selalu..bersederhana aje.. Tambah lagi kena renew roadtax and insurans Pajero last week rm2.6K.. Nangis ok..pakai lagi keta besar kan..rasakanlah sekarang.. Dah 2years dah usia Pajero Sport kesayangan saya ni. Semoga baik2 aje kamu another 10more years to come..hahahaah..

Oklah setakat ini dahulu rasanya..in syaa allah kita berjumpa lagi. Tapi sekiranya taksempat..disini saya dengan rendah diri menyusun 10jari meminta maaf sekiranya ada salah faham selama saya mencoretkan sesuatu di blog cap ayam jantan ini.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Hati2 di jalan raya..

Assalammualaikum

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Wa Ja’alanallahu Minal ‘Aidin Wal Faizin

    ReplyDelete