Wednesday, January 11, 2012

Cara saya ..cara orang

Just want to share my borak2 conversation with my fren harini.Dia ada 8month old baby boy..and dia ngadu la yang tahap kesabaran dia agak kurang dalam menjaga anak ni.Contohnya kalau dia dah siap2 kan anak dia mandi, cantik2 pakai baju and tetiba anak ni tadi muntah.Or anak dia terbangun tengah malam menangis sbb kembung perut. Dia ngadu kat saya dia cepat baran and cepat naik tangan.Mulut dia punyalah susah nak tahan dari sebut benda2 yang tak patut.Tapi lepas tu dia nyesal..Dia tanya macam mana dengan saya?

Saya cakap saya tak suka naik tangan..tak suka marah2.Selama Mia dah almost 3+ ni.Benda paling teruk saya pernah buat adalah cubit kat bontot yang ada pampers.Saya tak suka naik suara.Saya pun pernah cerita kat blog macam mana sabarnya saya menjaga Mia.

Mak saya pun hairan, tengok saya tak keluar suara bila Mia buat perangai.Contoh ye Mia menangis2 takmo mandi..saya just dukung dia masuk toilet, bukak baju.. (menangis tak diam2 pun)..and mandikan terus.Keluar toilet pakai lotion and powder..terus pakai baju. Then saya bangun tinggalkan dia menangis tersedu sedan.Sampai dia berhenti and cari saya sendiri. Mak saya cakap, kalau anak dia dulu dah lama kena cubit kalau perangai macam Mia.

Saya lagi suka bagi silent treatment dari marah2 and naik tangan ni. Contoh lagi pagi tadi, dia takmo pakai baju lepas shower. Ok..saya just bagitau dia "u dont want wear baju then u no need go to school"..saya biarkan dia aje depan TV bogel bogel..saya pakai make up and tudung.Amik handbag, amik laptop and terus panaskan kereta. Masa tu tahu pula dia nangis2 nak pakai baju.

Entahlah lain orang lain caranya.Takde sapa yang betul and takde sape yang salah.
Kawan saya tadi cerita yang kakak dia lagi teruk,let say anak dia tumpah apa2..mahu segala maki hamun keluar.

Cerita lagi pasal mia..haritu mia nak drink water.Saya mmg letak kan cawan berisi air kosong atas meja and ada bekas air kosong sekali kat situ.Saya suruh dia amik sendiri kat atas meja tu.Dia panjat kerus and tengok ada air kosong dalam cawan.Dia cakap dia dunwan air kosong, dia nak manggo juice..Alamak malas betul saya nak bangun amikkan..almaklumlah badan dah berat.Saya cakap wait...Tetiba tak lama pastu saya tengok air dah menitik2 tumpah ke lantai. Tapi saya tak keluar suara lagi.Saya bangun and tengok apa dia buat.Rupa rupanya dia cuba untuk masukkkan balik balance air kosong dlm cawan tadi ke dalam bekas air kosong tu balik.Dia cuba nak emptykan the glass so that dia boleh amik manggo juice pula..

See what i meant..cuba kalau dari hall saya dah jerit..marah2 kenapa tumpah air..tak ke terbantut development dia untuk berfikir. Tumpah mmg tumpah lah.Lepas tu mmg kena lap semula. Maksud saya kat sini, dari kita asyik nak marahkan anak tu, apa kata kita cuba fahamkan apa sebenarnya yang dia nak buat. Cuba kembangkan lagi creativity diorang untuk berfikir secara logic.Let saya kita marah dia sbb tumpahkan air tadi, mesti dia terfikir perbuatan dia salah..so lepas ni dia dah malas nak berfikir secara creative lagi dah hanya tunggu saya kita amikkan dia air.

Saya nasihatkat kawan saya ni tadi supaya byk2 kan lah bersabar bila mendidik dan menjaga anak kecil ni.Kesian budak tu. Baru 8month apa lah yang dia faham kalau kena cubit kena marah. Susah juga eh jadi orang panas baran..saya bukan lah orang baran so maybe saya boleh bersabar dengan kelakuan Mia yang kadang2 mmg menguji kesabaran. Bayangkan jelah dia boleh nangis guling2 just sebab nak pakai shoe dalam rumah..or dia melalak just sbb nak pakai baju yang mmg tak pernah saya beli..pujuk 2min tak jalan, so biarkan aje menangis.Bagus untuk jantung dia.heheh..Tak lama lepas tu tahulah dia cari saya balik.

Saya berdoa agar kesabaran saya ni kekal begini and bertambah tambah lagi apabila sudah beranak dua tak lama lagi. Tak suka lah jerit2 kat anak..

4 comments:

  1. salam, i pun setuju dengan silent treatment. dulu saya panas baran..kalau tangan nak naik, suara yg naik..mulut bising potpetpotpet..pastu, lama2 rasa cm buang masa/tenaga je marah2...and bila buat biasa je, biarkan saja dia nangis sorang2 and we just keep cool, things actually ended better or everyone. so moralnya, tak payah la marah2..anak2 cenggitulah, ye tak?

    ReplyDelete
  2. wohooo...babe..alangkah bersyukurnye kalu i ade tahap kesabaran maksima mcm u...
    wat to do..i pon jenis yg panas baran..aduyaii..kekadang penat tau jadik panas baran nih...

    try utk buat silent treatment...tp..tahla...tak berape suksess...
    bile dgr dadif melalak bagai nak rak..suare dia menangkap sampai kepale....ha..itu yg bleh jadik darah naek sampai kepale...

    heheheheh

    ReplyDelete
  3. salalm,biasanya ibu2 ni mmg penyabar kan berbanding bapak2 ..syurga di bwh tapak kakaki ibu sebab tu kesabaran ibu kena berada di tahap maksima bile mdidik ank2 ni,x patut la kwn tu maki hamun baby camtu,tekanan jiwa ke hapa n dah jadi doa pd si anak tu, nnti bila besar bdk tu jd x elok kita blame dia teruk2..byk ibu bapa jdik cmni skarang dunia akhir zaman..hmmmm

    ReplyDelete
  4. bagus la u, sgt sabar. i dulu boleh kata sabar la jugak, tp since dah ada baby ni, ada kuranggg sikit sabar hahaha. kdg2 bila athirah buat perangai i ternaik suara jugak sbb tak tahan huhu.. tapi tiap2 hari i remind myself jgn naik suara sgt dkt anak2,kena bnyk2 bersabar huhu..

    ReplyDelete