Seb baik atok ada 2 pencakar sampah ni.
Wednesday, December 29, 2010
Mari sapu sampah
Seb baik atok ada 2 pencakar sampah ni.
Tuesday, December 28, 2010
19
Sudak makin banyak vocab..dah takleh list out kan lagi.Kalau nak list out kan saya kena buat satu post tajuk vocab's Mia.heheh
Asyik nak copy je apa yang mommy daddy cakap.And sometime we all kena eja if nak maki hamun.heheheh..daddy lah yang paling susah nak control...Tapi Mia pelat la sket..pelat banyak acceli...orang tua cakap kalau budak makan pulut nanti pelat..betul lah kut..masa Mia start nak bercakap dulu kan dia dok Jepun makan sushi banyak..hahaha..
16 batang gigi..rajin gosok gigi..rajin makan ubat gigi..semua pun rajin..berkemas lagi lah rajin..takpe nanti dah besar leh tolong mommy kann.
Masih lagi suka tengok Elmo...and her favourite skang is Hi-Five..Mia sebut "pai"
Mia loves to dance..Walaupun takde music..If dia happy dia akan start clap clap hand and stamp her feet...
Monday, December 27, 2010
Gua kaget
Sunday, December 26, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Mari menampi beras
(Mia masih makan bubur..senang nak telan..heheh)
Tapi masa amik beras tu..saya nampak cam kumbang kecik dlm beras.
Pastu merangkak lagi 3-4 ekor.
uwaaaa..apakah?
Dahlah beras Jepun tu.
EL la kononnya selalu sangat ke Jepun beras malaysia tak sedap lagi katanya.
Terpaksa lah beli beras Jepun .
Tapi sedap tau beras dia..beras tu bulat2 sket..tak macam beras biasa lonjong2.
Ok back to story..
saya pun memulakan lah kerja menampi beras tadi..
Mengasingkan beras dari sang kumbang.
Siap ada pertolongan dari budak sibok lak tu..
sibok nak tolong..
Disebabkan pertolongan dia tadi..habis satu rumah saya ada beras sana sini.
uwaaaaaaaa...
dah jadi satu lagi kerja..
Call mak saya cakap camne nak elak kumbang tu..
Mak cakap masukkkan cili kering dalam beras.
Tapi skang kat rumah talde cili kering..
Anyone ada petua lain?
Baru je baca blog notta netti td..
Dia beli mee hoon goreng pastu mintak binatang lebih..
Sekarang dalam beras saya pula ada binatang..
geli ok
Monday, December 20, 2010
Rindu di pukul 4pm
Tak habis lagi ke?
Masih lagi nak mengutuk orang sana sini..
isk isk isk.
Ingatkan dah habis dah cerita ni..tapi silap besar kan..
Dia masih lagi berperangai sama je..kutuk orang sana sini..tak puas hati sana sini.
Ingatkan makin saya senyap..makin saya malas nak layan..dia dah ok..
Dia dah insaf ke at least..
Tapi...
ohhh kamu,ibu yang hebat..
Sementara saya kadang2 mandi alai balai..kamu siap scrub badan lagi kann.
Tak pernah lambat pergi kerja..
Boleh masak sedap kat dapur..
Baik betul anak kamu..pandai kamu mendidik..
Ke opah yang didik?heheheh
Sementara orang lain kadang2 mc sbb anak cirit birit dalam kereta...
Kamu masih lagi mendapang dada..yeahh..kamu tidak pernah mc di sebab kan perkara2 itu.
Syabas! saya kagum..
Orang lain hantar anak ke sekolah since 6 month..belajar art..belajar music..belajar abc..
Ohhh kamu tidak..kamu tidak mahu anak kamu belajar awal sangat..
Biar opah sahaja ajar..main flash card mungkin..
Di saat mommies dapat hidayah memakai tudung..bukannya nak cakap alhamdulillah..
Tapi bagi kamu buat apa pakai tudung kalau masih pakai ketat2..hipokrit katanya..
Oh lupa..kamu hanya bertudung di sekolah and balik kampung sahaja..
Itu tidak hipokrit.
Itu adalah tuntutan kerja dan tuntutan tanggung jawab kamu sebagai anak.
Bagus..tengah imagine dan berfantasi sekarang..di sekolah kamu pakai tudung gaya camne eh..shawl lilit lilit kah..ariani sarung saja ke..ataupun fesyen bawal gred 1?
Ingat kan mommies circle je yang tahu perangai kamu ni..rupa rupanya rakan2 cikgu juga tahu..rakan2 cikgu juga mengata..ke sebab tu kamu pindah?
Oh ye..lupa nak bagitau.. saya tahu kamu pasti baca blog saya tiap hari.
Untuk apa entah lah..untuk menjadi bahan kutukan mungkin.
Walaupun blog kamu berkunci bermangga bagai..walaupun FB kamu hanya untuk orang2 yang kamu percaya..tapi
Ketahuilah..ada insan2 yang kamu percaya itu copy paste and email apa yang kamu tulis..and she circulate it among us ok
And guess what..we laugh about it..
Whateva yang kamu tulis..gila kelakar ok.
Pelik tapi benar ok..gambar FB di puji..cantik lah ..gojeslah..bla bla bla..ikhlas ke pujian tu bila
belakang orang tu kamu kutuk berdass dass..
But..buku sudah bertemu ruas..
Perfect match i could saya..
Kamu percaya dia sekarang..tapi percayalah belakang kamu...dia mengata kamu macam gila..
Bagus..saya seronok..sbb kamu pasti akan rasa apa yang kami kami kami semua rasakan dulu.
end..
(wahh entry marah ni cukup bersopan)
Sunday, December 19, 2010
Jangan salah faham
Wednesday, December 15, 2010
My pumping journey end here.
Full stop!
Reason..sbb Mia takmo ebm lagi kat school.
Skit pun taknak.
Setitik pun taknak.
Formula lagi dia taknak.
Fresh milk,milo,choclate milk,strawberry milk pun dia hirup sket sket.
The good news is..Mia consider dah wean off from bottle la kan.
yeayyy..No need to train pun..
hahaha
Bad news pula..cukup ke calsium in take dia?
i read somewhere baby at her age..need only 2 cups of milk je daily.
Yang penting solid..
Since dia stop ebm ni..dia dah start makan banyak.
Yougurt pun dia suka.
I gave her yang calci-yum tu once daily la..
Still fully bf baby..
Lunch time kalau sempat saya pergilah school utk susukan.
Kalau tak..tunggu lah sampai petang.
Malam mmg tak hingat lah dia minum..
heeheheh..
My medela swing pun akan masuk dalam kotak balik.
Thank you swing for this wonderdful 1 year and 6 month together.
Kita bersama macam BFF..dimana ada saya..di situ ada kamu.
Tapi sekarang dah sampai masanya untuk kita berpisah.
Banyak betul jasa2 kamu kat saya dan Mia.
Kalau kamu panjang umor..boleh lah adik Mia guna lepas ni.
Sampai jumpa lagi 2-3 year lagi..
So long..good bye..i will sure missing u so muchh..
Boleh tak nak nagis..?
Monday, December 13, 2010
ya ya ya...
contoh ayat..
'your slide is a bit messy here and there ya"
'you should improve your design ya..coz it only good from far ya ..and its totally far from good ya'
Semua ayat mesti kena end with 'ya'..
habis hebatla kut..
Tetiba cam rasa tak perlu..ok ..its annoying ya..wakakaka
Cantik ke?

xcited ni sbb ada org bagi saya award cantik dan menarik ni..heheh..
'Lihatlah dunia!"..acecece..saya terima award ini dengan hati yang rendah diri..
Bak kata Mia..kecil tapak tangan,padang bola saya tadahkan..(wahh Mia sudah pandai berfalsampah gitu kan)
Thank you to Sara Ahmad Mommy Aidan for this award ya..really appreciate it..
Ok..bila accept award..kenalah jawab soklan..Jomsiee..
1.Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag anda award ini?
CREATIVE!
Respect gila ok sama ini orang..apa sahaja yang disentuh pasti dbomb..
Macam macam yang Sara buat untuk Aidan..Kalau saya jadi Aidan pasti saya bangga..
Saya nak sangat buat utk Mia..contoh nya macam scrapt book..specialised rompers..tapiii saya ni memang hangat2 tahi lembu je kadang..Malas..Mia punya baby book sampai skarang tak habis lagi saya tulis..hhahaha..
Best sangat tengok hasil tangan mommy Sara for Aidan kat blog..
Rumah Sara yang sangat cantik..and shes glowing with her second baby too rite now..kalau dapat girl confirm pasni lagi macam2 Sara buat kut..hhehehe
Jumpa dia first time in March this year..my party planner..tapi tak jadi sbb dia ada family thingy..Tapi she gave me the ideas on how to this and that..Love her passion..love her smile..love her personality also..
Nanti i datang lepak2 rumah u yang superb itu ok..
2.Kenangan manis dalam hidup anda
Banyakkk sangat...one..on my wedding day la of kos..
second third forth fifth and the rest of kos la my baby Damia Zahra..the day she was born..her first step..the day she call me mommy..and the list goes on...bla bla..
3.Kenangan pahit dalam hidup anda
Terkurung dalam toilet dengan Mia for 2 hours..
hurmmm....let see...apa eh..
ok ..boleh tak ni.."i met someone in blogger circle..someone that i tot i can called her sahabat..and turn out dia budak sampah ok..."
Those memory me and her i dah put in recycle bin..still tak empty lagi recycle bin tu..tapi letak dalam folder kenangan pahit...
3. Apakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Manusia tidak pernah cukup..tidak pernah puas.
So seperti manusia biasa saya juga masih banyak yang mahu saya capai lagi..
Saya selalu berdoa agar dimurahkan lah rezeki saya dan EL..semoga dapat sempurnakan tanggungjawab kami kepada ibu bapa juga.
Saya juga berdoa agar di lembutkan hati saya untuk jadi isteri yang lebih baik.Sebab saya tahu saya ni kadang2 bermasalah juga dalam give give and take..and give and give in husband-wife relationship.
4.3 Impian anda yang belum tercapai

1. Saya nak kereta besar yang tinggi (boleh ke tulis tinggi?)
2. Saya mahu anak lelaki
3. Saya mahu pergi spa bersama EL...selalu saya pergi sorang2..
5.Tag 5 orang
Lina Mommy Aleesya -kerana saya tahu anda cool and loving mommy
Hanin Mommy Kyra - kerana saya respect kesabaran dan kekuatan kamu
Aira Mommy Zara -kerana kamu rock chic yang ganasss tapi muslimah sudah ..hahah
Yatiey chomel Mommy Baby SN -kerana saya sangan berharap dapat masukkan Mia satu nursery dengan SN di Nihon sana.
Elyn mommy Wafiq -kerana kamu sanggup membeli bike carrier yang mahal itu untuk anak di samping memecahkan lemak degill.
Fiza mommy Mia - kerana kamu duta Qdja yang mak loike..and juga sbb Nur yang cumil
Ok..kalau boleh saya nak tag semua orang..tapi sbb saya dah ngantuk..maka saya tag 6 sahaja..
Geram tapi bersalah...Apakah?
Tapi dia tak faham..saya penat..
Tapi kesian dia..
Tapi kesian saya juga..
Dia balik kerja pukul 12.30am..sampai2 rumah terus nak cium2 panggil2 Mia yang baru je tidor.
Budak tu nangis lah bila tidor kena kacau.
Kalau nangis mesti cari mommy..daddy pujuk apa pun tak jalan..daddy bagi apa pun dia tak mau.
Mommy yang baruuu je nak rest ..baru je nak melurus luruskan pinggang.
Baru je ingat nak main internet.
Baru je nak watch movie..
Dah kacau daun..
Terpaksa menyegetkan badan ni semula untuk almost 30min syusyu a.ka gongong untuk tido je lebih.
Saya gerammm..sbb EL tak faham..
Saya penat..Jaga Mia from 6pm sampai ke tgh malam.
Pukul 11.30pm baru Mia tidor..imagine je lah dia menyusu dekat sejam baru tido.
Bila Mia dah tidor.baru lah dapat saya menikmati tilam empuk ni..
Ingatkan dapatlah rest sampai ke pagi..tettttt..
Ada yang gatal mengacau pula tadi..maka sesi menyusu bersambung kembali.
Tapi kenapa saya yang takleh nak tidor pula skang..
Rasa Bersalah sbb marah EL tadi lah kut..
Kesian dia balik penat2..nak main dengan anak..tapi anak tak mo kat dia..pastu kena marah dengan isteri pula..
Nak turun bawah pujuk..tapi saya letih.
Haihhhh....
Rasa geram tadi dah bertukar kepada rasa bersalah pula..
P/s Hanin..HELP!
Thursday, December 9, 2010
Budak kecil Ragam besar
Mia yang sebut diri dia "Nya"...makin banyak perangai ya ampunnnn...
Pagi tadi..nak go to school..saya carry dia turun tangga..
Then dia cakap "nak walk..nak walk"
Ok..saya turunkan lah dia sambil pimpin satu tgn turun tangga.
Faham2 je lah berapa punya slow dia nak turun.
Rumah saya tinggi..ada 20 anak tangga ok..
Kalau satu anak tangga..dia ambil masa 1 min..20=20min?
Sambil turun tangga..dia akan stop sekejap..bye bye bear2 dia yang kat atas tu..
Or dia akan tengok sekecil2 sampah yang ada kat anak tangga tu..sambil "eeeeee..eeee" kat sampah tu..
Sampai anak tangga no.5..saya sudah hilang sabar..
Maka saya carry dia turun bawah..dia punya mengamuk..sampai je bawah,Mia jatuh kan badan ke lantai..hentak kaki..meraung2 "nak walk..nak walk"
Di pujuk2 tidak jalan juga..
By that tima sudah pukul 8.35am..
Ok..tidak boleh jadi ni..maka saya bawak dia naik semula ke tangga no.5 tadi..
And bagi dia walk sampai ke bawah..(saya tarik laju2 ok)
Keluar rumah..again..i asked her to wear her own shoe
Petang semalam pun dia berjaya pakai shoe tu..maka tiadalah orang misteri ye..
Saya masuk dalam ambik segala bag yang perlu diangkut.
Keluar sahaja rumah,shoe Mia masih belum dipakai..sebab dia dok tgk semut pula..
I asked her again..and dia berusaha untuk pakai semula..
Tapi agak lambat yee...maka saya ambik shoe no.2 saya sarungkan kat kaki dia..
Saya terus dukung dia masuk dalam kereta..
Boleh tak dia nangis2 sebut "shoee..shoee"
Meronta2 takmo duduk dalam car seat..badan dia melentuk liuk nak turun.
Maka saya turunkan dia semula..
Mia terus open shoe yang saya pakaikan tadi..
and terus berusaha untuk pakai sendiri..
Sabar je lah..
Selesai pakai sendiri..senyum2.."nak carr..jom"
Gerak dari rumah je dah pukul 9am ok..
Lambat lagi saya harini..hahahaha..
Saya tahu takboleh dilayan tantrum anak macam tu.
Sebab dia tahu..kalau dia nangis emak dia pasti patah hati and bagi apa yang dia mahu.
Tapi susah lah..bukan sbb saya ni hati basah sangat takleh tahan tgk anak nangis..
Banyak kali juga saya biarkan dia nangis and end up dia diam sendiri sbb penat nangis.
Tapi mengenangkan dah lewat..maka kena lah layan juga..
Mengenangkan dari dia nangis kat school nanti..baik saya pujuk dia baik2 dulu.
Saya kena bangun awal sket la nampak gayanya lepas ni.
Sebab nak melayan budak kecik berlagak besar ni dulu.
Wednesday, December 8, 2010
Baru ko rasa
"Wife aku pergi training 3 hari kat Johor..aku kena jaga anak kat rumah..
Isk..iskk..kalau aku tau lah macam ni punya penat,lepas ni aku nak tolong wife aku..
Mandi pun tak sempat bersabun..makan pun kena telan cepat2..ni pun aku dah lambat nak masuk class,sbb anak aku nak makan pula tadi...pagi tadi kul 5am dia nak susu,pastu takmau tido balik dah..tak cukup tidor"
Saya senyum je..
Dalam hati..baru ko tahu..baru ko rasa macam mana penatnya,kami ibu2 menjaga anak ni.
Mandi tanpa sabun itu sudah biasa..makan2 cepat2..telan je kadang2 sampai perut sakit pun dah selalu.
Lambat datang office pun dah macam kat celah2 gigi ni je ..
Cukup tidor tu..macam lama gila tak rasa..rasanya masa pregnant lagi dah tak cukup tido..
Consider dah dekat 2tahun dah tak merasa nikmat cukup tidor itu.
Bilalah EL mau rasa apa yang kawan saya rasa tu.
Biar dia tahu juga..biar dia insaf..
Tapi kalau nak bagi EL rasa..mean saya kena tinggalkan Mia kat dia.
Uwaaa..takpe lah..tak rasa pun takpe..
Biar mommy susah susah jaga Mia sorang2 ok..
Tuesday, December 7, 2010
Big girl wear shoes

Thursday, December 2, 2010
Gigi
Baru tahu once first gigi susu tumbuh,dah kena bawak baby ke dentist or paling lewat nefore 1year old..
korang dah bawak ke?
Mia dah setahun setengah..gigi pun dah almost nak penuh..pun still lom berkunjung buat pemeriksaan lagi tau.
Asyik dok risau immunisation itu ini..gigi dia diabaikan.
haruslah saya and mia together visit dentist soon nanti..
Haruslah ada drama nanti..
From the articles,mostly baby yg selalu gigi rosak sebab menyusu ketika tidur..
Budak yang BF lagilah cepat rosak kutt sebab mmg kerja menyusu masa diorang tido.
Camne pula nk membrush every time Mia shushu..
Ok..satu lagi information yang saya baca..baby yang gigi cepat tumbuh..bukan sebab pemakanan diorang tau..tapi sbb pemakanan mommy masa preggy.
Maksudnyaa berbaloi lah saya minum susu anmum yang tak sedap dulu.
ok tu je..nak sambung tengok ANTM Cycle 15 kat You tube
Wednesday, December 1, 2010
Butang baju melayu aku mana pahh?
Saya tanya balik..dia letak kat mana?
Dia jawab.."semalam lepas futsal,sock tu basah..so dia balut guna tissue...and letak atas sofa"
Hurmmm..dalam hati saya..mcm ada je saya buang segerombolan tissue atas sofa tu semalam ..
heheheh...Ingatkan cam sampah je..
Boleh tak balut sock guna tissue..pastu lepas 2 hari tanya balik benda tu kat mana..
Takpelah yang...nanti u beli lain ok..
Geng anak dan emak
Mia cuakkk ok..
Nangis2 nak turun..
You all tengok gambar kat bawah ni..Kaki mia dah nak keluar..
End up..sebab dia nangis kuat gila..semua orang tgk..
mommy terpaksa bukak lah belt dia tadi..
and kena carry dia sepanjang panjang merry go around ni berpusing..
sabar je lah..
Pening kepalo den
Tapi dia still lagi nangis..
Nampak nya daddy kat luar tu..jerit.."horsey nanakk.horseyy nanak"
Drama betul budakk ni..
Masih lagi menangis..hahaha..
Macam kena dera soh main kuda ok.
Buat Mia cuakk and takut
"horsey nanak"..heheh
Mia ni betul anak mommy tau..
Mommy pun penakut gila..
takut hantu..takut naik benda tinggi yang bergerak..
ok..kita geng anak dan emak
Playdate+Playgroup in Verangan mode
We shared what we did with our kids..
And latest activities is Finger paint..
Suka sangatt..
Tetiba cam timbul idea nak buat Playdate cum Playgroup with our babies.
Tetiba cam nak buat cuppies...
Bake the cuppies with simple resipe as below :
1. Pukul 6biji putih telur hingga kembang
2.Pukul 300g butter and 300g gula castor hingga kembang and masukkan 6 kuning telur sedikit demi sedikit.
3.Masukkan 1 tsb essen vanila.
4. Ayak 220g tepung with 1/2tsp baking powder..Masuk dalam adunan.
5. Gaul sehingga sebati dan masukkan putih telur tadi sedikit demi sedikit.
6. Masuk dalam papercup..bakar selam 15min in 16-deg
While waiting for the cuppies ready..leh la prepare for the icing pula
1.Pukul gula icing(450g) with shortening 200g sehingga sebati.
2. Campur sedikit air..and pewarna .
Easy kannn...
So once cuppies dah ready..mommy can help put the icing on top of the cuppies..
Baby pula leh deco topping cuppies tu..maybe put choc wrinkles..or cherry..or etc..
Thennn..dah siappp..leh la makannnnn..
Owhhhh..terbayang2 activityity dalam kepala sekarang..sbb tu terus tulis blog.
Lom ada date lagi pun nak buat..maybe next week Saturday..
Rumah saya adalah oven kecil cap ayam..
Bolehlah kut bake sikit demi sedikit.
Mommy kena bawak babychair sendiri lah sbb kat rumah ada satu je..
P/s : Ada mommies lain interested to join ke?heheheh..
Tapi rumah saya rumah cap kapal selam..
Tak complete mana pun deco bersama eric nya..so janganlah kutuk pula kalau ada yang terlebih dan terkurang..hehehe..
If jadilah playdate ni..nanti saya post gambar2 nya ye..
Next playdate..kita buat finger paint pula..i will prepare the A1 paper banyak..u mommies prepare the paint ok..
Tuesday, November 30, 2010
"piss" & "ayii"
Fetched EL pula..
Faham2 je lah pun Mia skang kalau bergayut ..selama2 yang boleh.
Siap on the way to Sony..dia manangis2 kat car seat nak shushu ..nak shushu..
Pastu siap pula dia cakap "pisssss" short form for please..
Air mata berjuntaian..
Hati mommy takleh tahan..
Masa stop kat traffic light..saya amik Mia and bf her..
hahahah...and slowly driving..
Sila jangan tiru aksi merbahaya ini ok..
Saya tahu bahaya..tapi saya bawak kereta perlahan.
So bukan sahaja bahayakan diri sendiri,tapi buat orang lain bengang juga..
sebab bawak kereta cam nak pergi bersiar siar..
Sampai office daddy...daddy take over driver seat..
mommy continue bf Mia..
Daddy nak kiss tak bagi..nak hug dia tak bagi..
Pegang sentuh dia pun takleh..
'daddy nanak..daddy nanak"
pastu siap soh saya babab daddy sebab daddy tak berhenti kacau dia..
End up daddy yang terasa hati merajuk.
Hahahaha..comel bila orang tua merajuk kan.
Selalunya kalau turun kereta bila sampai kedai makan..Daddy will carry Mia..
Last night..i pass Mia kat EL pun dia takmau amik..
Soh pegang kejap pun EL taknak..
Sabar je lah..
saya yang merana mendukung..
Mia dok kat baby chair..panggil2 daddy..
Dadddy buat tak tahu je kat dia.
Banyak kali gak dia pegang2 daddy..
Daddy siap cakap kat dia "move..move your hand"
hahahaha..
lawak ok..aksi merajuk terlampau ini..
Sampai lah kat rumah..sikit pun dia tak gomol anak dia ni.
Asyik suruh move je eveytime Mia nak datang dekat.
Kesian pula saya tengok Mia..
Macam dia tahu daddy merajuk kut..
Asyik pandang2 daddy je..pelik apsal lah daddy aku takmo kacau aku nih..
Dah siap kerja kat dapur (tak siap pun..hahaha)
Saya ajak Mia naik upstair..
Mia pun..terus tarik tangan daddy...salam and cium tangan..
Kiss pipi both cheeks..
and says... "ayi daddy" (means sorry daddy)
Again...she melted daddy's heart pula..
Daddy pun takleh merajuk tgk anak dara dia cakap sorry..
terus peluk..and gomol ..and cium..and gomol..
sampai budak tu nangis..
Bahaya woooo..bila anak dah pandai cakap ni.
Nak marah..nak merajuk..nak keras hati pun takleh..
Mia cakap "pisss"..terus dapat susu walaupun saya tengah driving.
Mia cakap "ayii"..terus daddy tak jadi marah.
Monday, November 29, 2010
Reverse Cycle
For my case now..saya rasa Mia mmg dah masuk reverse cycle condition.Dia takmo minum ebm dah kat school..
2oz pun takleh habis..
Dia nak minum air masak je ...and makan solids..
Tapi once balik rumah..Mia will nurse more often and longer than usual.
Malam tadi sampai ke 3am saya dok surf condition RC ni..risau juga sbb takut dia tak cukup susu..
Rupa rupanya its normal and consider common condition to those bf baby..
Pros of RC :
Takyah stress or risau with the pumping activities kat office..
So dah takde lah i sedih kalau dapat pump susu sikit.
Conts of RC:
Uwaaaa....balik rumah dia asyik nak bergayut lelama je..Malam2 pun dah start bangun sampai 4x untuk susu..
Sakit pinggang pun kembali..tidur tidak lagi lena di ulit mimpi..
Kerja rumah takleh nak buat..
Dia takmau kat daddy..sbb asyik nak susu mommy
Risau sbb baby minum susu sangat sedikit day time..tak perlu ok..sbb dulu waktu tidur malam selama 8hours..Mia tak de pun nak bangun minum susu..ok je..
So sekarang..dia puasa susu siang..dan berbuka malam..heheheh
Refer to Kellymom for details
Satu tahun Setengah
Sudah besar anak mommy bucuk2 masam ini.
Makin banyak ragam..makin banyak perangai..
Congrates to me also..for 18month of fully bf..yeahhh..6more month to go before i hit my target..
Now dah dapat Master ..hopefully will achieve PHD pula..
Bak kata Anita..sehingga titisan terakhir..
Its not an easy journey..trust me its not.
If ada yang tanya how i manage to cope with it..i will answer them back
"Hati mau kuat...mental kena nekad"
Penyakit malas..kata2 jahat dari people around you..etc etc..sentiasa ada..
Now,Mia kat school dah start nak rejek ebm.
Saya letak 3oz sebotol pun tak habis.
apsal tah..dia minum just nak lelap mata je..itupun gigit lebih dari minum.
So saya dah tak stressed sgt lagi untuk pumped kat ofis..
sbb saya pump sekarang waktu lunch je..dapatlah 6oz untuk Mia kat school.
Petang mmg tak pumped dah sbb simpan untuk Mia
Sejak dia taknak ebm kat school ni,dia akan bergayut selama sejam or more balik dari school.
Lagak macam tak jumpa susu selama seminggu..
Makan pun dah banyak sekarang.
Berat naik 500g compare to last month..shes 11.5kg baby..
So malas lah nak risau2 pasal susu lagi.
Calcium cukup insyaalah..sbb kalau tak cukup,tak mungkin Mia akan ada gigi yang banyak..hhehe
ada 16 already ok..depan atas and bawah dah penuh..Gigi taring kiri kanan pun dah ada.
She still rejected Formula milk and fresh milk.
Ribena pun tak suka..
Tapi dia suka yougurt drink from fernleaf yang ada 2x calsium tu.
Sebotol sehari dia habiskan..so ok lah kann..
Vocab pun dah sangat banyakk..2words phase already..
"Nya umpah" = Mia tumpah
"Nya oyak" = Mia koyak
"move car" "move ayi"
"nya fart"= Mia fart
Animals pun dah tahu banyakk
"Cat,Dog,chicken,ebit,eli(elephant), cici (fishy), giwaf(girraffe), popo amus (hipopotamus),bird"
Lepas dia baik cirit birit haritu,kat her wee wee macam merah..so saya sapu ubat..and sampai skang everytime after shower letak lotion mesti nak sebut "pepek akit"..sabar je lahh..
Very the mommy's girl lah dia..sangat2 clingy to mommy..
Tadi teacher dia cakap..Mia now dah sampai phase yang suka teringat2 kat mommy..
Selalu kat kat school dia cakap kat teacher "Tico,nak mommy"..
teacher pun soh dia carik mommy..Mia pun carik then bila tak jumpa dia cakap "mommy dah abiss"...
Saya dengar teacher dia cerita tu..boleh tak hati saya sayu..nak nangis..Mesti Mia rindu kat mommy kat school..susu dah taknak minumm..mesti time rasa nak susu mesti cari mommy..
Perlu kah saya korbankan waktu lunch saya skang ni untuk ke nursery to bf her?
Ye,dulu saya buat camtu..lunch sorang2..cepat2..terus ke Mia's sekolah..
Tapi after she hit 1year,,saya dah tak datang lagi time lunch..saya lunch with my frens..chit chat kosong..makan sedap2.."Mommy need two hands to eat those rm12.90 ayam penyet meal"
just nak dapatkan me-time tu je..
Tapi kesian pula dia tak minum susu kat sekolah..isk isk isk
"Berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan sejiwa"
Thursday, November 25, 2010
Gusar di hati bonda
"nak mommyy..nak mommy"
Makin di pujuk..makin kuat tangisan.
Makin di pujuk..makin kuat pelukan..
Dah la sudah lambat nak masuk office..merah lagikah punch card today?
Rasa macam nak MC..
Rasa macam nak berhenti kerja..
Rasa macam nak bawak anak ke office..
Rasa macam nak nangis sekali..
Thats what i felt everytime she cried when im leaving to work..
Huhhh..ingat kan makin besar makin senang hati lah saya nak tinggalkan dia.
Tapi makin susah ..makin hari gusar..makin di landa gundah gulana..
Apa lagi bila anak dah pandai nangis merayu rayu...
"nakk mommyyy...nanakk school..nakkk mommy..nak mommy"
Aduhaii..luruh hati bonda ni anakanda oii...
Sayu je...terngiang2 sampai ke office suara kamu.
Mia bangun lambat..dah pukul 8.30am pun dia masih tidor.
Saya ada class at 9am..
So by 8.45am saya terus dukung dia masuk dalam kereta..
dan dia boleh sambung tidor lagi lepas tu.
Sampai school..dukung dia and masuk ke dalam.
Ok..dia dah jaga sebab dengar bunyi jerit2 kawan2.
Bila pass dia kat teacher..mula lah episode macam kena berpisah setahun lagak si anak tadi...
Dipujuk2 tidak juga jalan..
Teacher ajak colour pun dia nangis balik "nak mommy..nak mommy"
Teacher ajak main Lego and Bricks pun tidak jalan juga.
Last2 saya keluar terus..Selagi dia nampak saya..selagi tu tak berhenti tangis nya..
Kesian Mia..kesian mommy...
Tapi apakan dayaaaaaaa.....
Mood harini bendung terus buat saya...
Huhuhuhuhu
Wednesday, November 24, 2010
Kuang Ajo
Its their first class today..
Selesai amik attendance+brief lil bit about the subject..2.30pm ada sorang budak cam gengster masuk class..
Rambut panjang, muka peluh2..
Then..saya suruh dia datang depan..tanya why he's late for 30 min for the first class..
Dia buat muka kurang hajar jawab overslept..
Gua bengang lah..dah lah tak mintak maaf..kerek pula tu..
Saya suruh dia turun 30x (as if 1min=1x)
Muka still kerek..terus bumping berlebih lebihan ok..
After 30x dia tak stop pun..terus terusan bumping.
Amboiiii..nak melawan ok..
Saya buat bodo je..
Bila dah penat dia stop..terus ke belakang..
Saya tanya nama..without pandang muka saya dia sebut nama dia.
Lepas tu tarik kerusi kuat2..campak bag kat bawah meja....
Saya panggil dia balik ke depan.
Saya tanya nama dia lagi..buat muka kerek lagi..
Saya tanya dia ..nak keluar class or nak continue class..
Nasib baik dia cakap nak continue..
Gila lah bebudak skang ni melawan lecturer.
Ada je benda dia nak protes.
Saya buat camtu sbb saya taknak yang lain datang lewat juga.
Diorang ni bukan boleh bagi muka..
Haihhhh..berlembut sangat..students pijak kepala.
Kalau garang sangat pula..kang ada yang melawan tumbuk saya nayaaa weiii..
Jadi cikgu zaman sekarang ni tidak selamat..
Tambah lagi bila mengajar di university tecnical..di mana majority student kat sini lelaki.
(sebab tu ramai lecturer pompuan yang singgle kawin student kat sini)
Cuak juga saya dengan bebudak yang kuat protest ni..tapi takleh tunjuk kita takut..
Kena tunjuk muka-seorang guru yang ada black belt ok..
Who cleans better?
Mommy or daddy?
In my case saya nak serahkan award ni kat EL.
Memang la dia jarang kemas..selalu saya je yang kemas rumah tu.
Saya sapu pun kat mana yang saya nampak sampah je.
Takdelah saya mencari sampah untuk disapu.
Sebab saya banyak lagi kerja.
contoh buat laundry,basuh botol..masak..
btw kemas mengemas ni not my interest sangat lah
Contohnya ye after raya haji haritu, EL's bff from Kedah nak datang tidoq satu malam.
Punyalah dia pulun mengemas wei.
Sink saya yang semakin mengarat itu pun kembali bersinar seperti baru.
Gila lah dia tonyoh sink tu...siap pakai acid nak hilangkan hitam2 kat hob tuh.
Dia sapu sampah siap alihkan perabot ok.
Mana lah tak banyak sampah yang dia dapat.
Pastu mengomel,cakap dia tak tahu apa yang saya sapu selama ni.
heheheh...
Dia cuci toilet sahaja sampai 30min.
Gila berkilat ok the toilet bowl,the tiles..mirror and etc..
Mop saya yang buat lah..
Siap dia tolong alihkan meja kerusi...carpet bagai untuk bagi saya mop betul2.
Selama ni saya mop takde kerja nak alih2 kan furnitures.
Luas jugalah area yang kena di mop w/o furnitures.
Habuk2 juga tiada..
Dia wipe meja..dia alihkan alas meja and bunga dulu..
hahahah..kalau saya,saya wipe yang bahagian terbuka sahaja..
Syabaslah suamiku..
Rumah kami bagaikan baru ...tinggggg..berkilat..
Lepas ni boleh la jemput kawan u datang lagi rumah kita yang..hehehe..
Boleh la u tolong i kemas balik..hehehehe
Tuesday, November 23, 2010
Playroom a.k.a toys storage room
Masih lagi bercampur aduk conceptnya.
Tetiba ada sponge bob (Door gift from Sara Ahmad) kan..hehehe
Monday, November 22, 2010
Hari saya yang malang
Future Da Vinci
Sunday, November 21, 2010
Raya Haji story
Untuk celebate cousin Mia..abang eriq yang dapat no.2
Siap bawak pingat ni dari terengganu sebab nak tunjuk kat semua orang
Anak saudara saya cakap rasa cam cake from secret recipe tau.