Sunday, January 8, 2012

Ngidam mak buyong

Dulu masa Mia, every time keluar mesti mau pekena Kenny Rogers.

Tapi kini, baby no.2 sudah upgrade citarasa.

Hari hari mau Fish Manhattan.

ok..takde lah hari hari..bankrupt daddy nanti.





Mia suka..Mommy suka..Daddy geleng kepala.

Hahaha..

Tetiba nak makan lagi pula lepas upload gambar ni.

Mari menabung skang, so wiken lepas final exam boleh pekena lagi.

Kakak Mia at 31 Month

38th week mommy..and 31st month mia
Dah besar..in a few weeks more, will officially be a big kakak.
Kakak mia budak manja.Baby mommy daddy no.1






Malam td dah rasa mcm sakit2.
Cuak sampai takleh tidor.
Nasib baik palsu belaka.
So harini saya kurangkan berjalan.
Dok kat office je mentelaah pelajaran.
Hopefully sempat bertahan lagi.







Test Run

Saja saja nak test run stroller that i bought long ago from German ni.

Cant wait for the baby to arrive.

And he can share this stroller Kakak Mia


Mia ni jenis yang senang juga lah nak dibawa berjalan ke mall.

Sebab dia nak stay dalam stroller. And siap boleh tidor nyenyak 2-3hours dalam tu.

Tips..since baby lagi kena train.If dia nangis nak turun, sila jangan turunkan and bagilah apa2 (eg.biscuit,lollipop etc etc) as a reward.

Ramai jugalah yang dok pandang2 kat stroller ni.Hehehe.

Siap ada 2 orang tanya mana sorang lagi?

Saya cakap..tak keluar lagi je.Heheeh.

Buek malu jo.

Ok..so far so good.

Stroller is not to big to pass the elavator.

Takyah lah penat2 nak carik lift untuk naik and turun the floors.


Stroller pass with flying colors.

Soon there will be no vacant..


Please baby..be patiet a lil bit more.

1 paper down last Saturday.

2more to go.


Last Friday check up for 37th week..

Doctor dah mentioned baby dah turun sedikit kat laluan.

But not engaged yet.

Patutlah dah start sakit kat ari ari bila berjalan.

Pinggul jangan cakap lah.

Macam2 kan sakit kalau pregnant dah tua ni.

I hope he can stay for at least 2 more weeks inside my tummy.


But..saya redha je.

Kalau nak keluar awal from the duedate pun takkan nak jahit kat bawah tu bagi jangan keluar.

NVM..mommy kena pergi JB lah amik special exam if baby cannot wait to see the world.








Thursday, January 5, 2012

I need more time

37th week..

Hopefully baby can follow the"online" schdule.

Mommy got 3 final papers to go.

Takutttt sangat..

Takut nak final exam

Takut nak bersalin

Takut nak handle one newborn+one toddler soon.

Semua pun takut.


Rasa macam tak cukup masa je skang ni.

I need more time.

More time to prepare myself for all this.


Nak nangis plz


Wednesday, December 28, 2011

Both Baby and Mommy stuff-CHECKED

Baru leh bernafas sket sbb semua baby stuff and mommy stuff dah siap.
Dah boleh focus kat final exam next week.
Btw iam 36week pregnant this week.
Membesar bagai johan.

Ok..jom cekidout barang2 yang saya dah beli for both baby and mommy

1. Baju baju mostly saya beli masa pergi German haritu.Tak banyak..but cukup lah.Baby kan cepat besar.Nanti beli lagi lah kalau ada duit terlebih mana mana.

Carters rompers..untuk jalan jalan


Carters set untuk jalan2 waktu malam


Carters set untuk jalan2 waktu malam juga.


Mothercare sleepsuit 3 pasang


Mothercare bodysuit 5 pasang


So mostly baby ada 12pasang je baju baru. Lain2 recycle Mia punya baju yang color selain dr pink.Color pink masuk peti semula.


2. Toilettries- Sama macam Mia dulu.Saya guna Sebamed baby products.Includes shower foam, shampoo and Lotion. Kulit newborn kan sensitif lagi.So spend duit beli yang mahal sket la for starter.Lepas habis set ni, sila bertukar kepada Johnson Johnson semula.

3. Pampers..Saya suka Pet Pet.Rasa quality dia sama macam mommypoko.Only cheaper.So stick to Pet Pet je lah



4. Lain lain toiletries : Bedak Johnson2, Minyak Yu Yi, Drapolene for krim bontot, ear buds,Wet tissue.



5. Bottles. This time tak sekronic Mia dulu.Semua brand nak kena ada satu.This time saya beli Dr.Browns sahaja untuk baby.Yang wide bottles tu.


6.Alhamdulillah Swing Medela ni dah berjasa 2 tahun kat saya untuk Mia dulu.Masih kukuh dah kuat untuk kegunaan 2 tahun yang akan datang.Cuma saya tukar tube, corong baru sahaja.Yang lain2 sama.



7. Disebabkan Mia still pakai dia punya Fisher Price Rocker tu,saya confirm dia takkan mau share dgn baby. So this time saya tak beli rocker dah.Saya tukar beli Safety 1st swing for baby.Tak buka lagi pun box sbb takut si kakak ingat dia yang punya pula.Hopefully babyleh tidur tanpa kacau mommy dia.


8. Car Seat a.k.a Carrier Halford. Mia punya dulu still dia guna dlm kereta.So kena beli baru untuk baby.Senang saya nak carry baby masuk office nanti.ekekek



10. Twin Stroller Espirit ni saya beli kat German.Mengankut ko dr German ke Malaysia.gigih tak gigih nya saya.

11. Lain lain barang yang saya dah beli..Beli kat manjaku semuanya

-Napkin 10 helai

-Towel 2 helai

-Towel kecik -10 helai

-Blanket- sehelai

-Sarung tangan and sarung kaki -3 pasang (Mia punya byk)



NOW..ITS MOMMY TURN PULA.


1.Spanx Cognito Bodysuits...Semoga cepat kurus segera



2.Set bersalin Nona Roguy (Semoga cepat kurus dgn segera) Dulu masa Mia saya amik set herbanika Amway. Now tukar selera pula


AND LAST BUT NOT LEAST..
...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...

3. Coach Poppy Leather Jazzy Hobo

wakakakaka..gila punya mengidam.

Akhirnya dapat juga.

Pencapaian terbaek beli handbag.

First time wei bayar mahal2 beli handbag.

Menggigil2 nak bayar.

Ala orang lain dah tak pandang kut Coach ni.

Saya je yang macam monyet dapat bunga.

Maklumlah first time



Alhamdulillah..lega semua dah lengkap.

Barang2 baby dah prewash...tinggal nak lipat masuk dlm bag je.

Bag hospital for both and mommy will be ready by this week.

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya kali ini.





























Tuesday, December 27, 2011

COACH Factory Outlet Sale..by today 10pm

My fren in US now taking orders for Coach Factory Outlet Sale.
Today 29dec before 10pm order tutup.
So if anyone of u interested nak order, kindly email me for full album of handbags,wallet and wristlet .Tot nak upload kat sini..then malas sbb ada 100 pages.

Kindly email me at ysalli@yahoo.com

Wednesday, December 21, 2011

Tentang kesyukuran

Kadang2 saya rasa diri ni tak pernah nak bersyukur dgn rezeki yang kami ada skang ni.Selalu nak lebih lagi.Tengok org beli handbag coach, saya pun nak beli.Tengok orang beli LV..ok ini tak mampu.sekadar terdetik dalam hati, "kan ke best jadi orang kaya?"

Sepatutnya saya bersyukur sangat2..pada umur 27 tahun saya mampu duduk di rumah sendiri. Landed two storey house.Walaupun bukan lah rumah twin house ataupun banglo ataupun corner lot..Pada umur 30 tahun saya dah ada sebuah kereta besar yang selesa untuk kami seluarga travel ke sana sini.Walaupun bukan Mercedes ataupun BMW.

Meh lah nak cerita di mana kesyukuran saya ni tetiba datang. Last 2w family mil saya buat kenduri, dan di situ lah saya berborak dgn seorang relatives kat sana.Dia ada 3 orang anak, 6y, 4y and 7month. Kami borak la pasal anak2.Dia ckp yang kakak dah masuk tadika.Then saya tanya anak dia yang tengah dah sekolah ke.Dia cakap belum.Sebab tak mampu nak bayar yuran sekolah. Dia ckp registration fees RM400+, and monthly RM40.

Aduhai, kalau lah dia tahu yang Mia monthly fees pun dah rm420. Dah sama dgn registration fees anak dia setahun.
Walaupun dulu pernah juga terdetik kat saya, kan ke best saya byk duit boleh masukkan Mia ke school yg lagi best.Tapi tak mampu pula.Like Brainy Bunch sebulan RM580.And ada yang bayar monthly sampai rm1k..cantik betul school tu.Saya terlupa kat situ untuk bersyukur.

Kemudian kami sama2 mandikan anak.Dia mandikan baby, and saya mandikan baby besar. Lepas mandi, dia lap2 baby and terus pakai baju. Terus saya tak jadi nak keluarkan Mia punya lotion,powder, mustela face lotion, cream bontot, etc etc etc..Mia dah besar dah nak masuk 3+ pun still lagi lepas mandi berlotion-berbedak satu badan.And baby tadi baru 7m, dah boleng boleng pakai baju macam tu je.Saya segan nak keluarkan semua alat2 makeup mia.

Aduhai sekali lagi saya saya teringat yang hati ini pernah terdetik nak beli body lotion Mustela untuk Mia.Wangi tapi sangat mahal untuk maintain bulan2.Cuma face mustella je yang ada itupun saya beli 6 bulan yang lalu.Pakai jimat2 sebab takut habis.Walaupun pakai Johnson yang murahan itu, saya terlupa yang ada insan tak mampu nak beli pun lotion yang berharga less than rm10.

Beruntung betul anak2 kita kan. Semua ada.Dari kecil tak pernah hidup susah.Tak pernah merasa tak cukup makan. Tak pernah merasa habis susu. Bersyukurkah mereka nanti?Ataupun sama macam kita yang kadang2 lupa untuk bersyukur.Lupa yang ada orang lagi susah dr kita.

Orang dalam dunia ni pun sama macam handbag. Ada brand LV, Coach, Guess and Cap Ayam. Saya meletakkan diri saya di level Guess je skang ni.Tak salah rasanya untuk saya berangan angan mendapatkan Coach suatu hari nanti.Dengan angan2 tu lah kita lebih bersemangat untuk kerja n kumpul duit. Tapi sekiranya angan2 tu dah disertai dengan mengeluh sepanjang masa..maka angan2 tadi dah bertukar kepada TIDAK TAHU BERSYUKUR.