Selamat Hari Raya to all reader2 semua.. (if still ada reader)
Maaf zahir dan batin sekiranya ada post2 di blog ini yang menyakitkan hati koram2.. i is sengaja.heheh
Tahun ni turn raya di Jitra Kedah.
sobssss.. but soccay dah 6years pun kawin..so haruslah bertimbang rasa bertolak ansur kenn. Tak boleh dah ikut kepala sendiri.ikut angina sendiri.
Kena fikir banyak pihak sekarang ni.
Walaupun kesian mak abah kat kampong. Takde sape yang balik raya.
Adik yang bongsu je yang balik.
Abang and kakak both raya di perantauan.
Gambar kat bawah ni not in proper order sangat.
Malas nak susun balik.
Saya dah start puasa 6.. haruslah kemalasan berganda2 ni.
Menguap je dah 150x kot harini.
Lunch time tadi dah kasi power nap ..tapi lepas tu kepala berdenyut2 pula.
Jom layan gambar gambar raya.
With cousins dari Kedah.
Raya pertama daddy taksihat sangat.
Demam selsema sekaligus dengan cirit birit.
So kami lagi banyak duduk rumah haritu.
Ni gambar petang raya pertama..hahah
Dah penat beraya kami rehat2 di buai tepi sawah ni.
Sambil di temani angin2 sepoi2bahasa dan suara2 nyamuk durjana.
Adik pun belah petang dah tukar outfit.
This year.. we are in pink..dusty pink to be exact.
Jubah kakak ni MIL yang buat..
Ni baju from Minaz boutique.
2 bulan kot pre order..
Hari Sabtu before balik Kedah baru siap..
nasib baik ok..
Adik with Iron man trade mark dia.
Gambar kakak semua cun2 ..control2 belaka
Gambar adik kalau tak goyang (sebab dia gerak2), tak pun tak senyum , bila dah senyum pandang tempat lain pula..
grrrrrrr..
See kakak..like a pro already..
alwiz camera-ready.
mommy suka
Look at that baby cheeks.
geram nak kunyah2 rasa.
Kakak munga2 sangat kan.
Rambut panjang. serabai..peluh2 lagi lah comot
Ni kami dah sampai di Perlis.
Rumah relatives husband saya ni betul2 depan sawah padi.
view yang masyaallah cantik sangat.
so lets amik gambar banyak2.
Sampai senget2 kakak posing kan.
Love this picture.. Dah jadi wallpaper HP pun gambar ni.
Gambar ni pun suka juga..sebab satu satunya gambar adik senyum manis.
Perfect dari senyuman ke mata tengok camera..and bukan ironmen punya posed..
mommy bagi 10bintang.
ni pun dah jadi lockscreen kat hp.
hahahaha
Posing and posing lagi..
outfit dah lawa.. view pun lawa..
mari melaram..
Nasiblah anak kecik sekali.
Dah 2.5y masih lagi di gomol ciommmm marbelessss.
Daddy and kids.
"Yang tolong amik gambar i sorang2.."
Cheh...sorang2 apa gini..hahaha.
Second Raya still in Kedah.
Kami ke Baling pula..
Tema second raya is Red Hot... hahah
Jubah mommy from Bellaammara.
Senteng pls..so saya buka jahitan kat bawah kain.
pakai dengan confiident dengan jubbah yang tak berjahit kat tepi ..
apaadahal..orang tak Nampak pun.
Baju Melayu adik from Akuabie.
Sukaaaa sangat..
Adik laksana pahlawan.
Tapi paklawan kuat nangis la
Kebaya kakak pass down from kakak pisya.
Baju recycled aje..tapi cantik berkilat lagi.
Macam2 biasa..mommy mengarah anak2 posing.
Kakak layan la..adik harap.
Habis beraya di Baling dah petang.
Terus gerak balik Kuala Pilah.
Tapiiiiiii... walaupun tak jem..
Daddy tak larat drive...berhenti tidor 2x dah.
end up pukul 2am kami check in kat rumah kami di Bangi .
Tidor puas2..esok pagi2 third raya baru bertolak balik Kuala Pilah.
Next post please
Best Live Dealer Casinos in the UK 2021 | LuckyClub
ReplyDeleteLive Dealer Casino List. Betfair Casino. 1st Deposit Bonus. 100% Up To £100 + 100 Free Spins. 1st Deposit Bonus. 100% Up to £100 + 100 luckyclub Free Spins. 3rd Deposit Bonus. 100% Up