Sunday, May 30, 2010

Mia and Aleesya

Happy 1st Befday to my Mia Darlin.
vah vah vahh..
My baby is a toddler now.
Next post la saya update about her milestone ok.
This post kita cerita lain ok.
Last Friday..one day before Mia turn 1years old.
Me and Mommy Lina meet up di Alamanda.
Lama gila tak jumpa.
Rasa rasanya last jumpa dia masa mommy gathering kat Secret Resipe dulu kan.
That time both Mia n Aleesya still baby.
Masih tidak boleh berjalan.
Masing bertegur sapa di dalam stroller sahaja.
comel.
Tapi now diorang dah boleh main kejar kejar.
Sangat comel.
Rugi nya both of mommies camera takde battery.
Camera saya sempat snap masa diorang baru ice breaking.
Masih shy shy cat.

So adorable kan.
Siap ada a few of pengunjung Alamanda ni tot they are twin.
hihi..nak sebaya je kan.
Tapi tulah sorang white sugar sorang lagi brown sugar.
Saya dan Mommy Lina ketawa tengok diorang sampai keluar air mata.
Mia kejar Aleesya.
Aleesya kejar Mia
Tak tahu berapa kali diorang terhantuk kat meja.
Tergolek dok.
Bagus tiada yang menangis.
Nesxt we all keluar kat outdoor park pula.
Berpeluh peluh layankan activity diorang ni.
Tapi sangat seronok.
Mommy Lina,nanti kita together2 lagi wokey

Wednesday, May 26, 2010

Suka suki

Ini saya 20tahun akan datang.
Cantik ke?hehehe

hehehe..suka suki sahaja software ni kan.
Dia bagi kedut sana sini.
Gelap kan area mata and pipi.
Maka jadilah saya di usia tua.
Tengoklah nanti saya dah tua saya check balik benda ni betul ke tidak.
Tetiba gatal nak tgk muka Mia pula kan.
wakakaka..
sudah tidak comel lagi anak saya.
Sudah macam mak Raymond pula rupa dia.
(Everyone love raymond series)
hehehe.
Tapi saya masih sayang dia.
20 years from now
saya pun dah berumur dekat 50.
Hopefully by that age saya dah dapat melaksanakan Haji di Makkah.
Masih sihat tubuh badan.
And insyaalah murah rezeki untuk buat majlis gilang gemilang Mia kahwin.
Hopefully Mia carik anak Dato' ok.
Wahhh..verangan giter.
Saya masih sakit gigi.

Wisdom tooth Pain

Umur dah 28,tapi masih lagi merana wisdom tooth pain.
Arghhhhhh...berdenyut2.

Pergi dentist pun no meaning,sbb kena tunggu bengkak baik thenbaru boleh cabut.
Actually dah lama pun sakit gigi ni berulang.
Time sakit je memang nekad kaw kaw nak cabut after hilang bengkak.
Baiknya bengkak terus takmau cabut sbab ngeri ooo..

But this time saya perlu pergi juga.
Tak larat lah asyik bngkak-baik then bengkak lgi.
Makan susah,nak bukak mulut pun sakit.nak bercakap lagilah.
Berdenyut denyut tak boleh tido.
Ponstan pun tahan for 30min je.
Pastu sakit balik.
Dentist cakap haritu,wisdom tooth saya yang kat atas dah tumbuh.
So wisdom tooth atas yang dok bagi bagi pressure kat wisdom tooth yang bawah.
Wisdom tooth bawah susah nak tumbuh sebab yang atas tumbuh dulu.
Plus yang bawah tumbuh menyenget.Sebab tu dia susah nak keluar habis.
Saya ada 2 option untuk itu.
Option 1
Operation untuk cabut wisdom tooth bawah..which is dont like.
Option 2
Cabut wisdom tooth atas.(left and right)
Biar wisdom tooth bawah tumbuh dulu then baru cabut.
Dentist tu cakap better go for Option 2 NO OPERATION NEEDED!!
Wisdom tooth yang belakang tu tak guna pun untuk mengunyah or watsoeva.
So better cabut.
Both option pun saya kena tunggu bengkak baik dulu.
Maybe nak go for Option 2.
Anyone of you ada experienced on this?
How?you all ambik which option?
Sudah lama tidak cabut gigi.
Rasanya time sekolah rendah.
Tapi bila baca post Rinie ,macam tak sakit pula dia cerita.
heheh..bersalin lagi sakit kan.
Hurmmm...
Harus cabut.Gigi durjana ini should long gone.

Tuesday, May 25, 2010

Sudah Pulang

Saya sudah pulang.
Gembiraa..theehehhe.
Sampai2 KL parents saya ambil and terus balik Bangi.
Bau kari udang yang emak bawa dari kampung amatlah semerbak dalam kereta.
Tak sabar.Rasa masa tu juga saya mahu makan.
Balik rumah makan tanpa belas kasihan.
Pukul 9pm sambung makan lagi.
2 minggu saya tidak makan benda2 berlemak.
Saya semakin kurus..owhhh..tidakk perasaan sahaja.

Mia pula berjalan tidak cukup kaki bila sampai di rumah.
Maklumlah di Japan bilik hotel kami kecil sahaja.
Ruang untuk dia melasak amatlah limited.
So dia pulun melasak sampai lah ke pukul 11pm.
Sian Mia.

Flight kami pukul 10.30am waktu Japan.
Sampai KL pukul 5pm.
Owhhhh..dalam flight Mia sangat2 lah menjual saham.
Sampai ada orang India belanja dia toys yang di jual di atas plane.
Kecik je monkey toys tu tapi rega tak hengat ok.
Thank you uncle.
Mia siap main peek a boo dengan orang belakang.
Ngorat uncle steward yang baik sampai steward tu bagi Mia toys banyak2.
Haihhh lah anak..baru setahun kamu sudah mengorat orang ye.

Mia tidor sekejap je.
Waktu lain dia main dalam bassinet.
Dah boring mintak di angkat keluar.
Main atas pangkuan saya pula.

Waktu nak landed tu ada perasaan ngeri.
Sebabnya baru baca paper,Indian airline crash during landed.
Hundreds died...takut gila..saya peluk Mia kuat2.
Alhamdulilah, we are safely landed.
Good job Mr.Pilot.

Sebab saya dah ada experienced travel alone with baby to obersea kan.
So saya nak share a few tip to mommies outhere k

1. Be confident.Yakin kita boleh jaga anak kita baik2.

2. Make sure baby cukup makan.Perut kenyang before nak gerak.
Bila perut kenyang dia suka hati.

3. Toys tidak perlu banyak.Sebab nanti menyusahkan diri sendiri untuk ambil bila dia baling ke bwah.Dan ambil lagi bila dia baling sekali lagi.

4.Tak perlu bawak luggage.Cukup bag sling satu untuk isi pampers,baju spare,food,drinks and toys.So nanti takyah susah2 nak tolak stroller,nak tolak luggage.

5. Dont talk to stangers...hihihi


Penat memang penat bila travel alone with baby.
Saya nak pergi toilet pun saya angkut Mia masuk toilet sekali.
Tak rasa susah.Sbab saya sangat happy sebab anak saya ada depan mata.
Kalau dia tinggal pun hati susah memikirkan dia di rumah.

Sekarang ni untuk berdua dengan hubby,hanya seronok selama 2 jam sahaja.
Lepas 2 jam,hati dah terfikir kat anak.
Dah rindu sama dia.Tidak seronok.
Owhhh..i will do this again if ada rezeki lebih nanti.
Gambar Disneyland,Gambar Festival flowers saya akan upload nanti ok.
Masih penat lagi.
Tapi dah kena kerja hari ni.

Friday, May 21, 2010

Gaya sanggul tinggi

Terdetik hati saya bila baca post sanggul tinggi from Catlina blog.
Seriyes saya suka sangat tengok orang2 arab bersanggul tinggi ni.
Dan saya pun suka buat sanggul tinggi bila nak pakai tudung.
Especially kalau pakai tudung Ariani mmg nampak anggun pada pandangan mata saya ni.

Siap kat butik Hajaba ada jual sanggul Arab ni ye.
So bila nak pakai tudung kita sanggul dulu.
heheheh..

Tapi apabila ada yang membuat alasan adalah haram bagi wanita membuat sanggul begini.
Sebab lelaki boleh tahu yang rambut kita panjang atau pun tidak melalui pandangan sanggul itu.

Dengan adanya ulasan ini pasti ada timbulnya persoalan,kalau kita tak buat sanggul biarkan leper sahaja.so lelaki pun boleh agak yang rambut kita pendek .
heheheh.

Macam2 hujah juga yang saya baca.
Saya suka tgk gaya gaya syrian mengenakan sanggul dan bertudung.
Celebrity TV3 pun dah start.Mostly yang pakai tudung mesti tegak je sanggul rambut kat belakang.
Cantikkan?

Saya pun tak berani nak meletakkan haram atau tidak sesuatu itu.
Yang penting adalah niat kita untuk menutup aurat kerana Allah.

p/s Rambut saya mmg panjang ke bon bon..maka tidak perlu fake sanggul ye.hehehe

Kuanggg ajooo

Ada orang tag gambar ni kat Facebook saya.
Ya Allah..kejinyaaaaaa.
Korang tengoklah baby ni besar muat2 lubang toilet.Nak flush pun tak leh.
Besar ok baby ni.Maybe lagi besar dari Mia dulu.

Senang pula orang ni beranak baby besar ni dalam toilet.
Saya dulu macam nak mati rasanya.
Macam nak tercabut nyawa dari badan.
Kalau nak cakap pasal sakit bersalin ni tanya kat saya ok.
Opening baru 2cm tapi sakitnya ngalahkan org dah full opening.
Siap amik epidural pun Mia takleh kuar juga..last2 vakum baru keluar anak saya itu.

Macam manalah orang ini tabah beranak dalam toilet.
Astagfirullahalazim..manusia zaman sekarang.
Sedih sedih....

Thursday, May 20, 2010

Anak saya sudah besar


Malam ini 21/Mei /2010 bukan lah birthday my Darling Mia pun.
Tapi tetiba saya teremo bila saya lihat anak saya tido.
Aduhai sudah besar panjang dia sekarang.
Tidak sedar bila masa dia membesar.

Lagi 8hari (29/Mei/10) Mia will turn 1year old toddler.
Dari sekecil 3.3kg sampai lah sekarang 10.2kg.
Sebak gila pula bila saya bukak facebook.

Lihat segala album start from her Newborn until now.
Join me now..the journey of growing up Mia

Fresh from oven.


10days old



1month old


2 month old


3month old


4 month old.


5 month old.


6month old



7 month old


8month old


9month old


10month old


11month old



Her Achievement so far
3month Meniarap
6month Sit by her own
7month crawling and her first teeth.
10month stand without support.
11month she can walk!! yeahh.


Iam so proud of u Baby Mia.
Mommy love you to bit.
I alwiz will.

I wonder masa Mia nak masuk darjah satu,Masuk university,Kerja and kahwin.

Will i still still blog about that?
hurmmmmm.....

Segulung Ijazah

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi sebab mempermudahkan urusan saya selama ni.
Saya dah berjaya
Saya dah berjaya menggengam segulung Ijazah.
heheheh..
Degree in Breastfeeding.!!
100@ fully breastfeed.
Iam a proud breastfeeding mommy.
So dengan tak malunya saya nak bagi award kat diri sendiri.
heheheh.
So saya skang nak aim 6 more month lagi untuk dapat Master in BF pula.
And pastu kalau izin Allah nak genapkan ke 2 years old.
So leh dapat PHD terus.ekeke
Doakan saya ye.
Niat sampai 2yrs baru nak wean kan Mia.
So far saya tak de hasrat utk extend more than that lagi.
susah ooo.
Ingat bf ni senang ke?
senang untuk travel je lah.
Yang lain..pumping semua.
All that mmg kena perlu nekad betol2.
Tambah tambah pula skang stock frozen saya dah takde.
Concept saya skang ni pump today minum esok.
So kalau tak pump memang tiada susu untuk Mia untuk hari esok.
Mia still minum 3oz per session.
Tidak sanggup untuk saya tambahkan lagi quantity itu.
Kena bekalkan kat nursery at least 5 botol untul full day.
Mean saya harus jadi ibu lembu yang menghasilkan 15oz sehari.
phewwwww....just imagine how stress it was kalau xleh achieve output banyak tu.
Kadang2 saya kurangkan sebotol 2.5oz.
hehehe.
Saya ibu yang jahat.
Dulu Mia minum baik2 je sambil dipangku.
Skang ni dah macam2 position dia mau.
Menonggeng sambil syusyu.
Duduk sambil syusyu.
Kadang terus baring atas badan saya.
Dah ada tabiat baru.
Syusyu one side.One side lagi dia gentel.
Ingat tak post saya nak batu belah makan saya itu.
Since post itu Mia tidak menggigit lagi.
Saya pun tidak pasti kenapa.
Dia faham ke batu belah tu apa.
Bagus anakanda..jangan jadi anak derhaka ye.
Bonda sayang kamu.
Sangat bahagia perasaan menyusukan anak itu.
Semoga dipermudahkan lagi untuk 6 more month to come.
Insyaalaah...
Gambate kudasai..siti san.

Ada pro n conts nya

Last night saya ber ym dengan one of mommy blogger.
Around 12am kut..EL masih belum pulang.huhu..

This mommy like totally think bestnya saya ni dapat folow hubby ke obersea.
Sedangkan dia masih belum ada rezeki untuk sampai.

Hurmmm....best ke?
Tidaklah best sangat..dan tidaklah tak best langsung.
Before i resigned from Sony..me too had travel a lot.
Bila dah settel down kat GMI..training dalam Malaysia je lah kut.

Pro nyer..as she mentioned dapatlah chance untuk mengekor hubby ke obersea kn.
Experienced new things..

Tapi banyak juga conts nye ye..
I told her..saya sangat jeles dgn her life acceli.
Her hubby is alwiz with her.
Hubby balik awal,so boleh kemana sahaja dengan hubby.

Tidaklah macam saya.
EL bukan sahaja kat Japan ni..kat Malaysia pun mmg dia balik rumah lewat malam.
So saya kena independent sendiri untuk kemana mana.
Kalian pun tentu dah perasan saya selalu keluar berdua sahaja dengan Mia.
Buat passport pun dengan Mia.
Pergi gathering or party pun dengan Mia.
Balik kampung pun berdua sahaja kami.

Sebab tu saya mmg trained Mia to behave dalam car seat n stroller.
Alhamdulilah ...shes like an angel wheneva shes with me alone outside without daddy.

Saya jeles tengok hubby n wifey berdua duan with baby pergi shopping.
Saya boleh buat wiken sahaja.
Itupun kalau EL tidak ada business trip or bike trip.
Hurmmm..hari2 biasa mmg saya pandai2 lah sendiri.

So setiap orang ada kelebihannya.
Working mommy pun ada advance nya di situ.
Stay at home mommy pun ada advancenya di sini.

Memang kadang2 saya mengeluh juga.
Tapi rupa rupanya saya tidak sedar ada juga part dalam hidup saya ni yang mommy lain impikan.

So apa yang selalu saya buat selepas mengeluh panjang tu..
is bersyukur je apa yang ada.
Ramai lagi orang yang takde atas apa yang saya ada sekarang ni.

Wednesday, May 19, 2010

satu-satu

STICKY POST FOR MIA'S BEFDAY PARTY.
LEAVE YOUR EMAIL FOR THE INVITATION CARD.
THANKS
comel je title satu-satu itu..
lucky 11month kamu ya wahai anak..
weight in maybe dah close tu 10kg.
berat tulang..like mommy.

Baju daddy bought from Nippon land.
Boleh tak EL tak beli apa2 untuk saya.Dia cakap dia dah sponsor flight tiket.
So nanti sampai sana beli sendiri apa yang saya mahu.
sungguh tidak romantic itu orang.chett

At 11 month Mia dah boleh jalan2 jatuuh.
Tapi ikut suka hati dia.
Kalau dia ada mood baru mau tunjuk skills.
Kalau takde mood jangan harap dia nak jalan.
lazy bump ..bam bam dia berat kut.
Gigi still 7..besar2..jarang2..

Kalau jumpa remote TV/Aircond/kipas..mesti letak dekat telinga and say "eyyooo"

Tapi kalau jumpa handphone terus masuk dalam mulut..haihhh..

Cerdik sungguh anak bonda ini..

Dah kenal bird,fish,monkey,cat,dog and lipas..hahaha..

Rumah saya banyak lipas sbb tu Mia tahu lipas tu apa..hahaha..comel

Oh ye..saya mau jemput kalian2 semua ke birthday party Mia on 12th June.

Venue: My mikasa @Bangi.

Time:4pm-6pm.

Biasa2 aje partynya..my party planner ada hal pula..

So basically deco only by me yang sangatlah tidak creative ini ye.

So i would like to have your email address for the invitation card.

Thank you..

Monday, May 17, 2010

Wiken Madness Sunday

Sunday pula cerita ok.
Kami pergi ke Okachimachi.

Kebab terbaeekkk kata EL.
EL ckp kalau nak makn daging kat Japan.
Dia berani makan donner kebab sahaja.
Pulak tu dia order double chili.
Mak oiii..terobat rindu dendam saya dekat chili.
500yen satu.(RM18)
Siyes kalau g oversea kan.
Kalan nak beli barang or makan..takyah lah convert2 kata EL.
Sbb nya kalau dah convert mmg satu pun kita tak terbeli.

Okachimachi ni macam uptown/downtown lah.
Saya suka.
For me kalau kita nak kenal tradisi or satu2 bangsa/country ni..
Go to their street market.
You can find everything related to them.
Kalau pergi shooping complex almost barang yang sama je kita jumpa kat Malaysia.


Mia melakukan onar di sini.
Tanya toilet kat mana tukang jual payung disitu.
Alahai sangat baik n sopan.
Sampai ke pintu toilet tu dia tunjuk.
Budak lasak susah nak pakai pampers harus di ikat begini.


Then we all amik train pergi Akihabara a.k.a electric city.
Memang semua kedai kat town ni jual electronic stuff.
sejuk2 kat sini maka perut cepat lapar.
pekena bento kat restaurant ni.
Daddy tengah order kat mashine.
Taraaaa..besttt..
Mia suka gila kat mee udon tu.
habis semangkuk dia mkn.


Yodabashi mall.
Electronic stuff oni.

Malam pula,amik train ke Odaiba. a.k.a aqua city
Tengok Rainbow bridge.

Mia eyeing the bridge and the ocean.


Tempat ni mmg ramai anak2 mudah beromantika .
Siap cium molot di tepian pantai lagi ok.
hahahaha..sabar jelah.

Mia off to her lalaland.
Tengok kaki terjuntai itu.
Adake stroller yang ada jig untuk kaki masa baby tidor eh.
Sian pula tgk dia tdo cenggini.
Mesti letih kaki dia.


Kat depan beach tu,ada satu tempat shape kapal.
Nama dia Decks.
Tempat makan orang2 kaya.
Pub n disco.
Sebab Mia dah tdo kami tidak naik pun.


Verangan beli motor besar .


Kedai kucing yang besar.
Japanese mmg ada obsession kat kucing la saya rasa.
Banyak gila kedai jual benda2 kucing kat sini.
Almost 12am jugalah kami sampai ke hotel.
Penat gila berjalan satu hari.
Kalau kat Malaysia jangan harap saya nak berjauh cenggini.
Hari isnin saya dan Mia duduk di hotel sahaja.
Sebab penat dua hari tak hilang lagi.
hehehe...
Saya rindu nak makan mee curry.
Tolong tolong..
p/s to Yatiey Chomel..kat mana nak beli baby stuff yang cute2 n murah...


Wiken Madness Saturday

Saturday:Gerak from hotel as early 9am.
Kami ke Yokohama.
EL and his fren nak tgk Nissan stadium.
Mommy and Mia layankan aje.
Takdelah excited nak tgk stadium pun.ekekek.
Stadium Bukit Jalil pun tak pernah masuk.


Mia at Shinagawa Station.
Tunggu daddy beli tiket.
Shinagawa ni macam ala ala KL central la juga kut.

Terubat la rindu daddy kat anak dia yang sorang ni.
Love it.


Dah sampai kat stadium.
Menapak je from station to stadium for 10min.





Penat touring dlm stadium kita syusyu dulu.
500 yen utk masuk.


Inside restaurand yg ber view stadium.
segelas fresh orange price rm15.
amikk ko.

Selamat dah.
Kaki panjang.


Silly pose from daddy.


Inilah dia structure tanah kat stadium ni.
byk gila lapisan.
Malaysia punya mcm ni ke?
Air kat belakang tu pancut ikut music tau.
Mia suka tgk n siap joget2 ikut music air pancut tuh.


Jalan lagi pergi tgk kapal titanic ni pula.
Tak masuk pun.
Sekali masuk dah 500 yen.
tgk tang luar aje.



After yokohama,dah lewat jugalah.
kat sini kul 6pm dah gelap.
we all gerak pergi Shibuya.
Town of fashion.
mahal2 la.
So sempat beli SK2 and ada choclate scrub.
Sampai hotel dah pukul 11pm.
jauh btol berjalan.
tapi puas hati .sunday pun jalan lg..
next post la.