Wednesday, July 14, 2010

If i get RM1 Million

Student..oooh student..
Macam macam perangai..macam macam gelagat..
Nak ketawa saya tengok diorang ni.
Kadang kadang sakit kepala sakit hati melayan..

"Assalammualaikum miss..miss cute lah"
(heheheh..terus hati berbunga riang lepas kena puji cute)

"After i grad from GMI..I want to further my studies..because i dont want to study anymore.My brain already stuck"

(Seriyes saya tak boleh tahan part brain stuck ni)

Then..i give them a ice breaking question.. (What you want to do if i give you RM 1 Million )
Their answers are..

"If i get RM1Million dollar, i want to buy helicopter. So that i can go travel around the world easily"

(comel tak cita cita budak ini)

"If i get RM1 Million dollar, i want to become datok"

(apakah??..motif jadi datuk bila dapat satu juta masih saya tidak pasti)

"If i get 1M,I want to become Ahlong and help poor people"

(mind you,this answer came from a chinese student)

"If i get 1M, I want to open sugar company. This is because,in my hometown always no sugar"

(wakakakaka..gila lah budak ni..mesti mak dia selalu complaint gula takde kan)

Selalu students yang bagi jawapan lawak gila macam ni is student boys yang notty notty..yang lain jawapan play save je lah..like nak hantar parents g haji,nak invest kat ASB...hehehe..

Comel lah students zaman sekarang kan..suka menjawab..pandai menjawab..
Dulu masa saya pregnant kan Mia..saya tak suka dengan student perempuan..selalu rasa nak marah kat diorang..selalu rasa diorang mengada2..selalu malas nak layan diorang..
So lepas ni mana tahu saya prenant lagi kan.boleh la saya monitor balik kesukaan student saya ni..mintak2 lepas ni saya tak suka student boy pula..hihi..

Ok mommies..what is your answer pula..what you wanna do with the 1million ringgit tu?

Monday, July 12, 2010

Hari dah senja

Sekarang ni hari hari saya akan bawak Mia naik Lola keliling taman perumahan saya.
Sambil tolak and makan angin..sambil suap dia makan.
Habis lah semangkuk..berselera dia makan kalau macam ni.
Saya pun boleh lah tumpang kuruskan badan sekali kan.

Semalam petang,sebelum keluar bersiar siar,saya salin baju dahulu.
Pakai lah baju track bot+tshirt n sarungkan tudung.
Saya perasan yang temankan anak bermain kat luar mostly adalah bibik.
Yang tolak anak dalam stroller or tricycle petang petang pun mostly bibik.

Siap para para bibik buat mesyuarat tingkap pun ada.
Anak yang di jaga tah kemana dan mereka sibuk berbual.
Jiran sebelah rumah saya siap bibik mereka lari beramai ramai haritu.
Tulah yang tidak bagusnya bila lepaskan para para bibik bersosial ni.
Ada je sindiket hitam yang dirancangkan.

Mungkin semalam apparel saya 2x5 macam bibik juga.
So para2 bibik tu siap senyum lagi.
Siap ada yang bertanya, "jalan jalan ya"..
hampeh btol..saya senyum aja.
Mungkin mereka ingat saya bibik baru kawasan tu kut.

Saya round dalam 5x area tu.Bagi kasi peluh plus untuk bakar lemak lemak degil yang terkumpul di sana sini.
Tetiba ada sorang budak menjerit dekat perkumpulan bibiks tu tadi

" Bibikkk...mak suruh balik,hari dah senjaaaaaa!!!"

heheheh...bibik pun ada curfue daaaa...
Maka saya pun beritahu Mia.."Kita balik ye sayang..hari dah nak maghrib."
hehehe..padahal saya dah letih menolak.

Pembantu Tecik

EL skang dah ada 4 basikal .Mountain bike ,Road bike, Touring bike, Vintage bike.
Almost everyday dia akan lap and usik mana yang patut kat basikal2 tersebut.
Dulu boleh la dia buat kerja ni dengan aman..Tapi sekang tidak ok.
Sebab daddy dah ada pembantu kecik.
Heheheh..
Semua dia nak ikut ok.
Daddy lap..Mia pun lap.
Daddy ketuk..Mia pun ketuk..
lawakk gila..

Ini lah akibatnya bila daddy dah mengamuk.
Hehehehe..Jangan tiru aksi ini di rumah.
Notty Mia!

Sunday, July 11, 2010

Family or career?

Ini dia janji saya 10 botol untuk Mia...boleh pula buat stock kan..selalu asyik cukup2 je.Berhempas pulas tau saya untuk buat stock plus bekalan hari hari Mia last week.
Tapiiii..akhirnya tak sanggup saya nak tinggalkan anak saya.Entahlah..saya tak sanggup lagi.
Belum lagi.

EL,mak and abah saya marah saya cancelkan trip itu.Banyaklah diorang bebelkan..Kerja la,dedikasi lah,itulah ini lahhh...haihhh..
Saya jawab senang je.."Tak sanggup tinggalkan Mia"
Mak saya pagi tadi,siap call suruh introduce Mia with Susu formula.Mak saya cakap,lagi lambat saya introduce lagi susah saya nak tinggalkan dia.And lagi susah for Mia nak accept any formula.

Saya cakap kat mak,biarlah dulu.Saya nak ikut sunnah bagi 2 tahun.Mak cakap kalau tak kerja boleh la bagi 100% bf.Dah kerja susah.Saya tanya mak berapa lama dia bf kan anak2 dia?

Abang saya bf setahun.
Angah pula 3 tahun
Saya setahun
Adik saya 3 tahun.

Dari segi academic,memang Angah dan adik saya cerdik lebih sket compare to saya dan abang..so kat situ sahaja dah nampak kan perbezaanya..heheheh..so mak saya diam je.

*TO THOSE YANG TIDAK BF KAN ANAK JANGAN TERASA DENGAN STATEMENT SAYA INI.TIADA BUKTI2 SAH PUN ATAS PERBEZAAN INI.CUMA SAYA NAK PSYCO MAK SAYA.ANAK KAMU TETAP CERDIK PANDAI WALAUPUN MINUM SUSU FORMULA*

Since i quited Sony,saya tahu saya tidak bercita2 lebih lagi.Saya memang dah settle down with my family.Faham faham je lah bila dah masuk lecturer,takde lagi dah challenge yang saya kena setel kan like dulu.Apa yang penting buat saya sekarang is anak saya..Saya macam tak kisah dengan career lagi.saya kerja hanya untuk gaji bulan bulan.Tiada lagi pasion kat kerja.

Angah saya General manager.Memang gempaks and banyak duit.Tapi dia mmg korbankan anak demi career.Balik pukul 11-12pm.Anak tinggal dengan bibik.Yes,her dotter can get whatever she want.Since 3 years old,dah sekolah kat cambridge and now masuk Qdees.But still wiken ada class kat Cambridge.Class English kat Cambridge tu once a week pun dah cost RM480 monthly.No wonder her english sangat hebat..My angah dah registerkan her dotter kat internasional school yang cost RM7k per semester.omg..

Mia nanti tak dapat lah apa yang Arissa dapat.Sebab mommy Mia hanya lecturer cabuk sahaja.Mia nanti akan masuk sekolah kebangsaan sahaja.Maybe saya akan hantar dia ke Qdees at 3yo.Tapi not to cambridge la kan..Wlaupun Mommy tak dapat nak provide apa yang Kak Arissa dapat,tapi Mia dapat mommy..masa mommy hanya untuk Mia..

Uncle saya pernah nasihatkan saya dahulu.Bila dah ada family,kita memang kena korbankan either one.samada family or career..Dan saya proud to say i choose my family.Biarlah duit tak banyak,asal saya ada melihat anak saya membesar..

Mia,belajar pandai2 ok..Mia kena continue cita cita mommy yang dah terkubur itu.

Thursday, July 8, 2010

Drama mommy

Trial run #2 FAIL!!!
She just cant sleep without mommy..menangis tak leh dipujuk.
So this morning i begged to my boss..
i told him what is my real situation is..
And....he understand.

BUT!
I know i just miss my chance..
Reputation : bad,
Attiude : bad
Dedication: bad

hurmmm..thats the sacrifice iam willing to make.
stopid? no?

The good news is..i have 10 bottles of ebm for my future stock..

Short term memory loss

Pernah tak korang masa tengah masak,tetiba terlupa nak amik sos dalam freezer.
Then bila buka freezer korang tak tahu apa korang nak amik?
hahahah..
sound funny ke?
Or
Korang nak naik bilik ambil baju kotor.
Tapi sampai bilik,korang mcm tak ingat kenapa naik atas at the first place
haihhhh..
macam short term memory loss.
Its like 5sec u think about it.then another 5 sec it gone phewwww...
kosong..blank..
Banyak minum air semut kut..sbb tu pelupa menjadi2..
Or banyak sangat benda dalam kepala,sampai memory dah stuck.
Nak load pun tak leh..in the end kena restart.
Saya skang adalah Dory dalam cerita Nemo.
ohhhh.."where am i?"

Wednesday, July 7, 2010

Pedih,sakit dan perit

Malam tadi buat trial run untuk Mia sleep without Mommy.
Saya tidorkan dia dulu at 11pm.
Lepas tu saya terus turun bawah tengok TV.
Biar daddy tidor dengan Mia.
Pukul 12am saya dengar Mia bangun dan nangis.
Dia nangis dan nangis non stop.
Semakin kuat..makin sayu
"memmi..memmi...memmi"
Hati saya tidak kuat.
After 15min,bunyi dia muntah pula..
Haihhh..faham2 je lah bila budak nangis teruk sampai muntah kan.
Terus saya masuk.
Peluk dia kuat2.
Macam mana saya nak tinggalkan budak ini?
Saya mencari kekuatan itu sekarang.
Hari ini saya cakap EL saya taknak pergi.
Saya tak ready tinggalkan Mia lagi.
Mia pun tak ready untuk tidor tanpa saya
Tapi sampai bila?
Kalau bukan sekarang saya ajar..bila lagi?
Nanti nanti pun sama juga.
Oh HATI!!
Kenapa kamu dah lah jahat..lemah pula tu..












Pictures taken by daddy at Tasik Titiwangsa.
Up to today..sudah collect 5 bottle susu untuk Mia tinggal.
Insyaalahh...harini 2 botol.
Esok 3 botol.
Insyaalah 10 botol cukup semasa saya tiada.
Saya pump sampai nips jadi pedih.
Bayangkan pump lagi..bf lagi.
Saya bangun sekali pukul 2am..sekali pukul 6am.
Semuanya untuk anak saya.
Biar susu saya jadi teman dia semasa saya tiada.
Just imagine dah lah mommy takde,susu mommy pun takde.
Owhhh..tidak mungkin.
Biarlah pedih,sakit,peritt..
10bottle janji mommy buat anakanda.