Malas.. penat.. nak rehat je rasa hari hari.
Pagi pagi masuk ofis rasa demotivated sebab tahlah mcm dah boring dengan apa yang dibuat hari.
Ada class pagi petang. Mengajar benda yang sama for 5years.
Dah takde cabaran dah rasa.
Rasa mcm selesa.. lama2 jadi malas.
Nak sambung PHD takut.
Rasa macam tak layak nak sambung.
Saya bukan orang yang suka membaca, suka mengkaji sedalam dalamnya.
Saya ni jenis yang pakai boleh je.
Tahu sket2 cukup.duduk diam2.
hahahah.
Taklah...macam tu sekali.
Tapi bila fikir PHD bukan macam master and degree.
PHD ni kena buat researched .
Kena kaji sedalam dalamnya.
Kena cari maklumat. Kena tahu banyak benda.
Kena tahu 100%
Dah lama rehat. Jadi macam ni lah.
Kemalasan ganda infiniti
Dah takde semangat dah sekarang.
Main internet je rasa best
Benda lagho memang best.
Balik rumah tengok rumah semak,
Tapi kena masak dulu.
Tengah masak , anak2 request macam2.
Nak biskut, ice cream, yougurt, nuggert,.
Tumpah sana sini.
Nangis.. gado2 lagi sesame sendiri.,
Ngadu soh tengok kakak.. kakak soh tengok adik.
Baju2 sekolah yang nak dibasuh.
Sampai satu tahap bila dah setel diorang makan dan mandi.
Saya dah rasa all out kepenatan.
Tak larat dah nak fikir nak kemas rumah, nak sapu and mop lantai dah.,
Tutup je mata buat tak Nampak dengan sampah yang ada.
Naik bilik and tidur,
Kadang2 lupa nak mandi sbb dah penat sangat.
Pagi2 bangun kejut anak2 mandi pergi sekolah.
Tengok rumah bersepah2.
Its like kalau saya tak buat, memang takde orang lain akan buat.
Sakit mata, sakit jiwa.
Berharapkan fairies dating kemas malam adalah mustahil.
Pergi kerja dalam keadaan jiwa tak tenteram.
Dengan kemalasan berganda.
Hari hari.
Saya perlukan satu azam semula.
Azam untuk tidak berjiwa malas.
Mungkin perlukan satu perubahan besar.
Tukar kerja?
Sambung PHD?
Nak pikir pun rasa malas.
Apatah lagi nak decide yang mana satu boleh mencetuskan perubahan dalam diri saya.
Post pun level sampah pemalas.
Aduhaiiiii...