Showing posts with label Tragedy. Show all posts
Showing posts with label Tragedy. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Hari saya yang malang

Hari yang super malang.
Tapi saya masih bersyukur.
Meh nak cerita.
Pagi tadi pukul 10am..saya nak mandi nak pergi kerja.
Di sebabkan Mia dah bangun so saya fikir baik mandi sekali dgn dia.
Selalunya saya akan mandi sorang,sbb Mia belum bangun lagi.
Mia akan mandi kat school je.
Tapi harini tetiba nak manja2 mandi berdua.
Saya lock pintu then terus mandi mandi with Mia for 15min.
Dah siap mandi..lap2
Then nak keluar
Pulas je tombol,tapi takleh nak bukak.
Saya dah cuak.
Banyak kali try pun tak boleh juga.
First thing dalam kepala saya..ada pencuri ke kat luar yang lock aku dari dalam ni.
Ok..takde kut.maybe tombol ni yang dah jahanam.
Saya pulas2 sampai tangan pun merah2.
Mia masa tu bertowel..so saya pakai kan baju tido dia balik.
Saya pun jerit2 kat tingkat yang dah bergrill penuh itu.
Saya jerit panggil neighbour sebelah
"ustazzz..ustazz..kak dee..kak deee.."
Tapi takde yang menjawab.
Saya mintak tolong pula..ekekeke.
jerit "tolong!! tolong !! kat tingkat atas
Serius macam drama.
Dekat setengah jam menjerit.
Saya pun dah penat.Terus main nyanyi2 dgn Mia.
Breasfeed dia and ajak dia main air.
Then saya panjat kat tingkap semula.
Syukur neighbour saya balik..saya jerit lagi..
"Kakkk deee...tolong..tengok kat atas tingkap"
Nasib baik dia dengar..saya mintak dia call EL.
Bagitau saya stuck dalam toilet.
15min hubby come to the recued.
Dekat half an hour jugalah dia nak buka.
Memang knob tu dah rosak.
So susah gila nak pecahkan.
Alhamdulillah pukul 12pm baru dapat keluar.
Almost 2 hours jugalah saya dan Mia bersauna dalam toilet.
Syukur saya mandi sekali dengan Mia.
Kalau tak saya tak tahu lah macam mana if saya kat dalam toilet Mia kat luar.
Syukurrr walaupun bernasib malang.
Tuhan mahu menguji tapi masih berpihak kepada saya.
Pintu toilet master bedroom dah berlubang.
Makanya pasni leh tinjau EL mandi.
ekekeke.
Walaupun nasib kurang baik..kita masih perlu bersyukur.

Friday, November 19, 2010

Kebodohan to the max

Kebodohan mommy to the max.
Malam tadi saya shringe kan susu NAN Pro kat Mia..
Saya letak 5sudu susu+half cup of water.
Agak2 guna shringe yg 5ml tu..dlm 12x
Adalah dlm 60ml kut dia minum.
Harini kebodohan mommy tu dah terbukti.
Mia takleh berak.
Nangis2..menonggeng2..
sedih wei tgk dia camtu.
Saya sapu minyak yu yi kat perut pun tak de kurang.
Still lagi dia nangis sambil teran.
End up bf kan dia terus dia tido.
Letih meneran kut.
Bangun tido sambung nangis lagi.
Terus saya bawa dia ke clinic,
Spray ubat bontot..
tapi still dia nangis.
her poo poo still takleh keluar.
Saya pun bawa dia ke toilet.
Buka pampers and saya nampak "kepala" poo poo tu dah keluar sket.
But the rest still stuck inside..
So saya bantu bagi poo poo tu keluar.
Urut2 sket kat area tuh..
(Sila jangan imagine apa yang seorang ibu mampu buat bila anak dia nangis2)
Baru la 4 ketul poo poo keluar..
Memang keras and agak besar untuk umur dia.
Ada keluar darah sket due to poo poo tu keras.
Lepas keluar je hasil terakhir..
Terus Mia cakap.."dahhhh" and senyummm..
phewwww..saya cerita kat hubby..
Boleh tak itu orang cakap saya jangan masak harini..
heheheh...
Hurmmmm..bodoh sungguh saya ni.
Sebab takut sangat Mia tak cukup zat..
Saya buat tindakan yang kurang bijak tu.
Ok lah tak buat lagi.
Tadi baru balik from Econsave..
beli calsium yang yogurt drink tu..Kat situ tulis 2x calcium
Habis sebotol kat dalam econsave tu Mia minum.
Ok lah..cukup lah calsium for her.
Takmo lah paksa2 dia minum susu lagi.
Sudahnya dia yang sakit...saya lagilah sakit bila anak saya sakit.
Align Center

Sunday, August 22, 2010

Confirm

Dah 3 malam kami satu family (daddy,Mia and myself) berkampung kat Hospital Pakar Az Zahrah.Daddy confirm denggi last Friday with platlet 98. Sebab private hospital kan,platlet under 100 dah terus kena admitted.Tapi kalau goverment,kena tunggu under 80 baru warded.

Kesian daddy,air dah masuk berbotol2 dah ni.Muka pun dah kembang.
Saturday morning, platlet level turun ke 86 pula..huhu..Tengah malam tu,amik darah lagi,result platlet drop until 68.

Sunday morning platlet drop until 55..Sunday evening,platlet maintain at 55.So takleh nak discharge lagi.Normal platlet count at 140 ye.So doctor say..even if the count naik satu pun EL dah leh discharge.Tapi sebab turun je kena lah continue water drip..So tonight conside our third night already la ni.

Three of us sharing the single bed together...so sweet kan..tapi bangun pagi.badan sakit sana sini.Sebab faham2 la bila tido kena bend sana sini..Cant wait for tomorrow.Hopefully ok la..nak balik rumah..nak tdo tilam empuk 8inch saya itu.wakakak..

Penat sangat.Badan sakit sana sini..Mia pun meragam sbb space untuk dia melasak dah limited..kesian EL..bersungut je letih tido.Takleh nak tido lagi sbb dah banyak sangat tidor.Tangan sakit2 sebab kena cucuk amik darah 2-3 kali sehari.boring dok terperap dalam bilik..huhuh..Dugaan dugaan..bersyukur je la..sebab saya anggah,Bila Allah menduga umatnya,bermakna Dia sayangkan umatnya itu..

Wednesday, August 18, 2010

Dugaan Ramadhan

salam semua..puasa tak?
Dugaan betul puasa saya minggu ini.
EL demam since Tuesday.
Simptom2 demam denggi : High Fever, Musle and Joint pain,headache,Nausea, Vomitting,Low blood pressure..and He is really weak.
EL jarang demam.Tahun ni tak pernah demam lagi.So bila demam sekali sekala memang sangat teruk.Pagi tadi saya hantar ke clinic lagi..If esok still same condition kena buat blood test..plz2 not denggue...

Saya penat juga.Menjaga orang demam..menjaga Mia..kerja lagi..breastfeed lagi..kerja rumah lagi..huhuhu..penat ni Allah je yang tahu.

Sebab EL muntah,so memang takleh nak puasa.Doctor pun tak bagi sebab takut dehidration and so on.. So saya kena masak lah..Bagi dia makan..Mia makan..owwhhh..terduga juga kadang2 bau makanan tu.

Malam tadi saya picit2 kepala EL..Dah lama tak buat camtu..Maybe since saya bersalin kut.Dah setahun lebih dah pun.Kesian suami saya ,tak dapat nak bermanja2. Hurmmm..since Mia lahir,mmg focus saya lebih kat Mia..Mia pun pelik tengok saya urut daddy..tarik2 rambut daddy.
Dia terus nak pangku saya..jeles maybe..
EL baik demam nanti saya janji akan selalu urut2 manja dia..or cabut uban..or just sayang2 dia.
Saya memang dah abaikan sikit cinta hati saya yang pertama itu since adanya Mia.

Mintak doa dari kamu semua semoga suami saya cepat sembuh ye..Boleh la ajak dia pergi berbuka kambing golek pasni..ekekeke..