Wednesday, July 28, 2010

Empat belas

29/July/2010..anak saya sudah 14month today.
4more month to go before my Master qualification in breastfeeding.
Yeayy..sejak saya pulun buat stock untuk trip ke singapore haritu,susu saya makin banyak.
Tak perlu lagi makan fenugreek..saya can maintain 6oz per session.

Mia dah start reject frozen ebm.Maybe dia dah pandai differentiate taste of frozen milk with fresh milk kan.Kalau Monday memang saya akan bagi frozen ebm yang saya pumped on last Friday.
Since 6month saya akan provide 3.5oz per session..so kalau frozen tu dia minum 2oz je kut..banyak berlebih.

Tuesday-Friday memang saya bagi Fresh je lah..pump today use tomorow concept.
Tapi,since dia masuk taska baru dia minum susu sikit je.3 botol x 3.5oz je sehari.Teacher dia cakap dia makan banyak.sbb tu kurang minum susu.Malam mcm biasa la direct feed je.

Saya refer juga to kawan2 yang lebih arif pasal ni.Diorang cakap at the age of 1,susu tu sebagai makanan pelengkap sahaja.Yang penting now is solid food la.So i shouldnt be worry about it.

Mia still lom amik 1year jab.Maybe next week la.shes now weight almost 11kg.Tak gemuk tak kurus.Sedap sedap mata memandang.

Jalan still kenkang2lagi.Tapi dah lajuuuu.Dah leh lari kalau saya kejar.Sekarang dah start nak jump jump.Tapi jump manja2 comellah kan.Bukak je pintu,dia yang akan meluru keluar dulu .Kalau dia nak keluar dia akan ambil shoe and bagi saya.Or kalau tak jumpa shoe,dia akan ambil kunci dan jolok2 dlm lubang kunci .konon nak buka pintu.ohhh comel.

Dah pandai salam cium tangan.Dah kenal mouth,eyes,arm,legs,toes,hair,head,nose n her favaurite tounge.
Kalau saya kata.."show mommy your tongue"..maka dia akan menjelir lidah.
'blink your eyes' ..maka dia akan kebil2 kan mata dia dalam cara yang super duper cute.
'kick ball'..maka kaki akan di angkat tinggi konon tgk sepak bola.
'where's your hair"..maka dia akan tarik2 rambut dia..

Dah pandai buat bunyi..
chicken-aaa aaa aaaa like bunyi ayam kokok sakit tekak
cat-awwwwww
dog-aff aff like barking la..
tiger-mmmmmmm...
coakroach-eeeeeeee

pencapaian terbaik..dah pandai panggil saya.."memmi memmi'
kalau nampak park..pun dah leh sebut "pak..pak..pak"

banyaknya pencapaian Mia sekarang.
Saya ibu yang bangga.
hiks!

Monday, July 26, 2010

5 Hours

Semalam Lunch hour saya balik rumah jap.
Handphone tertinggal kat rumah.
Bukak je pintu rumah rasa sunyi sangat.

Nampak Toys Mia pun tetiba rasa sayu.
Emosi sangat kah saya ?
Cepat2 ambil HP.pastu kuar rumah dengan segera.
Padahal boleh je lepak2 makan ice cream ke..tengok tv ke..
entahlah macam sunyi sangat Mia takde.
Macam tak sanggup dok rumah kalau Mia takde.

Baik saya g lepak kat Taska Mia.
Saya memang ibu yang emosi.
Saya memang ibu yang berhati basah.

Mia stay Taska from 9am-5pm which is 8hours
Mia stay kat rumah pula from 6pm-11pm which is 5 hours..(the rest dia tido sampai pagi..bangun pagi terus ke taska)
Maksudnya time yang dia spend kat taska lebih banyak dari di rumah.
Kesian anak saya.

Tapi sampai je rumah,kadang2 saya tak terlayan budak kecik tu.
Mana nak buat kemas rumah.Basuh botol susu.
Prepare susu dia untuk esok pagi.
Do laundary lagi.
Penat jangan cakap lah.Letih lesu badan ni.

Tapi sebab memikirkan 5 quality hours tu,
saya cuba untuk tidak memikirkan kerja2 rumah tu sangat.
Saya tutup mata untuk rumah yang bersepah sepah itu.
Saya main flash card with her.
Mia sangat suka with flash card.
So by the age of 13month..dia dah boleh carik cat,dog,chicken,teddy bear,fish,moo moo ,elephant kat flash card tu..
And flash card satu lagi, about body..so bila saya tunjuk gambar Arm,tongue,eyes,legs,mouth, belly button dia dah boleh point out anggota tu kat badan dia..
Clever kan..

Back to the story,heheh..
Bila saya duduk kat sofa, dia akan bawak books untuk saya baca.
And she will listen for 3 min,lepas tu dia akan bangun carik buku lain pula.
Walaupun buku tadi belum habis di baca.
So far her favourite book is Humpty dumpty.

"Humpty dumpty sit on a wall.Humpty dumpty had a great fall"
Bila sampai kat great fall tu, mula lah Mia buat2 jatuh...hahaha..sangat cute..
See she understand at last whats the story is all about.
Tak rugi saya start bacakan buku2 untuk Mia since newborn.

Kadag2 kalau saya tengok Mia dah boring baca buku n read the flash card.
Dia akan carik kerja lain pula.contohnya memindahkan apa yang ada dalam drawer ke dalam tong sampah.
Boleh tak haritu saya tengok dustbin saya penuh dengan Maggi mee yang belum di buka.
Kerja pemindahan itu dilakukan oleh anak saya.

while she play by herself ..saya pun on laptop.Main fb n blog hopping.
Tapi tak sampai 15min saya dah teringat those 5 hours..
Since kat ofis saya main internet,takkan lah balik rumah pun saya nak main internet juga.
Kesian Mia.So saya off pc balik.

Saya terus jadi harimau pula..harimau merangkak untuk membaham mangsa.
Mia pun apa lagi..terkedek2 lari penguin melarikan diri.
Gelak menjerit jerit suka hati.
Bila sang harimau dah berjaya menangkap si anak.
Maka bermulalah sessi menggomol..gomol tahap dewa namanya.

Bila masa dah boring main gomol ni.
Mia start cari ball pula.Maka sang harimau akan bertukar menjadi Ronaldo pula.
Kami main kick ball..and kadang2 bila Ronaldo geram kat budak kecik tu.
Ronaldo akan menggomol lagi sambil berjoget2..
And Mia really enjoying her night with mommy,tiger and Ronaldo.
Habis aktiviti itu,Ronaldo akan bertukar semula menjadi Mommy.
Bermula proses seorang ibu,lapkan badan anak yang sudah melekit2..tukarkan baju dia..and minta EL jaga sekejap.
Sementara ibu ini bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut untuk esok.
15min to the max sahaja Mia leh stay with daddy.
Lepas tu mula lah nangis nak susu.

So kerja2 yang penting saja dapat siapkan.
Kerja yang kurang penting as if kemas rumah saya tangguhkan dulu.
Mungkin esok sempat saya buat.Mungkin juga tidak.
Maka tangguhkan lagi untuk kesian kalinya.
Apa guna rumah yang kemas,kalau tidak dapat spend quality hours dengan anak.

Sunday, July 25, 2010

Dah basi

Ok saya tahu cerita befday Mia dah basi.
Tapi saya still nak upload finale version of her birthday.
Mana tahu external hard disk rosak,album gambar juga telah kena koyak.
Juga fb 10 tahun akan datang,will be banned by the goverment.
So Mia dapat tengok befday party dia kat blog mommy sahaja.
So haruslah saya update semua gambar kan.








Happy befday Mia and Daddy.
Mommy love you both mucho..



Posing with all the Japenese's wife...and also with ecah n Diana


With Fiza mior..first time My Damia meet her Damia

With mommy Ezan and Sarah

With Bol a.k.a pemain tenis berjaya yang telah jadi ibu.


Saya sayang budak cekci ini


With Momy Lina and Aleesya
The next day Aleesya kena admited kat KPJ seremban.
Get well soon ye cayang

My geng Bus sekolah in Sony Nabeelah

Posing wajib

With Fadd and Nita

With another Stfian Asma
Takde photographer pun dat day.Malas nak buang duit hired photograper.Apa guna daddy beli DSLR mahal2 kalau tak digunakan untuk birthday anak sendiri.
So gambar2 adalah ihsan daddy.Ada improvement..good job daddy.

Wednesday, July 21, 2010

Jari gemok

Tah apa mimpi saya pagi ni.Tetiba masa tengah touch up muka untuk pergi kerja ,saya nampak my jewellery box atas drawer.Dah lama saya tak buka..Dah lama saya tak try.
Ingat dulu post pasal emas saya?memang dah lama tak berpakai.

Saya pun buka la drawer tu.Bawa atas katil and try satu satu.
To my suprise all the rings (i got 4 of them..1) merisik ,2)bertunang 3)Nikah 4)Nikah)
dah kecikk....
tak logic lah kan cincin jadi kecik..ni mesti jari jemari saya sudah gemuk.
Takkanlah kuat makan,lemak turun ke jari kut?
Ke sebab habit saya yang suka patah patahkan jari..(letup letupkan jari)

Saya pernah baca somewhere kat paper kut.Yang habit patah2 kan jari tak elok.
Satu jari akan cepat besar and dua ligamen (betul ka?) leh rosak.
Susah oooo nak stop.Dah nama pun habit kan..

Sekarang cincin ketat gila nak sarung.
Kalau nak buka keta tarik guna mulut.So sbb malas nak tarik pakai mulut (geli plz) saya pun jadi mami jarum pakai 4 cincin harini ke office.
Mia tadi dlm keta pun pelik tengok jari jemari saya yang berblink2 pagi ni.
Dia dok belek belek je ..hahaha..like whats on ur fingger mommy?can i try them?ekekek..

Saya inform EL yang all the rings he bought for me dah kecik.Jari saya dah gemok.
Nak tau dia cakap apa?
"Jual la yang..emas mahal sekarang.pastu simpan masuk asb..and u bagi i sket,belanja i beli battery grip"

Apakah motipp laki saya itu?
Anyway..jari saya sudah gemok..saya sedih..
Tapi boleh tak ,sambil type post ni sambil tengok jari saya mengelip2...hahahahah

Tuesday, July 20, 2010

Tantrum Mia and Deco Party Mia

Sejak dua menjak Mia turn 1 ni kan..
Dah macam 2 perangai dia dapat.
And i dont know from where dia belajar.
Kalau dia tak dapat sesuatu benda tu..
She will trow tantrum like mad.
Dia akan hempaskan badan dia ke lantai.
Like really baring and nangis macam kena rasuk.
Semalam, dia nak keluar gate.
Saya tak bagi la sebab hari dah malam.
Dia pun terus jatuhkan badan dia ke lantai porch tu.
Hentak kaki tangan ke lantai.
Saya nak dukung balik dia meronta2 nak turun baring kat lantai tu ..
Last2 saya biarkan je dia melalak.
Daddy keluar rumah tengok apsal anak dia nangis.
Terus layan bawak keluar gate..Mia terus diam..sedu sedan pun takde.
Mengada tak?
Ok..tu je..layankan deco bersama eric kat befday Mia haritu.
Simple2 je deco nya.
Lanterns + baloon only.
Kids favour tu credit to Sara Ahmad ye..







Sekarang ni tengah hot dengan lanterns kan.
Be it engagement,wedding or even a birthday party..
Mesti ada lanterns cenggini.
Suka..cantinye benda gantung2 ni kan.

Monday, July 19, 2010

The cake

Last Sunday we celebrated Mia's first befday with daddy 29th befday
So cake dia pun kenalah combination between the baby and the daddy.
After several discussion with the baker..
I agreed with the theme football and the princess.
Wrong combination?NO?hahahah
Ala2 macam the barbie is watching the world cup gitew...



Daddy is 29

Mia is 1


Bottom is moist choc cake.
Barbie pula orange butter cake.
Memang sedappp sangat..
Sold out lagi tau cake ni.
Tinggal 2 slices je untuk saya bawa balik menikmati di rumah malam itu.
Pastu tak cukup rasa macam mau order lagi

Sunday, July 18, 2010

Sangat penat

Dah berakhir akhirnya party no.1 untuk Mia.
Sangat penat..sangat ramai orang datang+hujan..membuatkan tempat a bit crowded.

Plan saya untuk bagi all the kids play outside tak dapat.
sebab HUJAN.
Kalau tak mesti best..sbb ada playground kat luar tu.
sedih..saya duka cita..

Nasib baik foods sangat masbelasss..
Rendang ayam mak saya from kolo pilah yang buat...pedasss kann.
Pulut with kari daging tu mak mertua saya from sungai buluh.
Nasi lemak sambal sotong itu kakak ipar belah EL yang buat.
So consider semuanya adalah homecook..sebab itu masbelass..
Sate frm Sate UK...sate samuri tak main dah..sate UK lagi best.

Thanks for the gift and angpow..
Suka..boleh buka toy r us dah we all kat rumah.
Mommy blogger Lina,Aira,Nita,Ezan,Shida,Amie,Fizamior & Fadd
STFian : Bol,Asma & Sheekin
Thanks you guys for coming.
Seriusly memang saya terlayan kamu semua..sorry sangat2..
Orang sangat ramai and Mia buat hal taknak kat daddy or uwan and atok.
Sangat penat.

Maybe penat ni sampai tahun depan kut.
So takde party on Mia's second befday.
Third baru ada..
sebab mommy sangat penat.Tangan lenguh2..dah ada muscle kut dek dukung Mia satu hari.
Nasib baik tak buat kat rumah sendiri..at least balik rumah,rumah masih cantik walaupun sepah sepah..