Thursday, July 8, 2010

Drama mommy

Trial run #2 FAIL!!!
She just cant sleep without mommy..menangis tak leh dipujuk.
So this morning i begged to my boss..
i told him what is my real situation is..
And....he understand.

BUT!
I know i just miss my chance..
Reputation : bad,
Attiude : bad
Dedication: bad

hurmmm..thats the sacrifice iam willing to make.
stopid? no?

The good news is..i have 10 bottles of ebm for my future stock..

Short term memory loss

Pernah tak korang masa tengah masak,tetiba terlupa nak amik sos dalam freezer.
Then bila buka freezer korang tak tahu apa korang nak amik?
hahahah..
sound funny ke?
Or
Korang nak naik bilik ambil baju kotor.
Tapi sampai bilik,korang mcm tak ingat kenapa naik atas at the first place
haihhhh..
macam short term memory loss.
Its like 5sec u think about it.then another 5 sec it gone phewwww...
kosong..blank..
Banyak minum air semut kut..sbb tu pelupa menjadi2..
Or banyak sangat benda dalam kepala,sampai memory dah stuck.
Nak load pun tak leh..in the end kena restart.
Saya skang adalah Dory dalam cerita Nemo.
ohhhh.."where am i?"

Wednesday, July 7, 2010

Pedih,sakit dan perit

Malam tadi buat trial run untuk Mia sleep without Mommy.
Saya tidorkan dia dulu at 11pm.
Lepas tu saya terus turun bawah tengok TV.
Biar daddy tidor dengan Mia.
Pukul 12am saya dengar Mia bangun dan nangis.
Dia nangis dan nangis non stop.
Semakin kuat..makin sayu
"memmi..memmi...memmi"
Hati saya tidak kuat.
After 15min,bunyi dia muntah pula..
Haihhh..faham2 je lah bila budak nangis teruk sampai muntah kan.
Terus saya masuk.
Peluk dia kuat2.
Macam mana saya nak tinggalkan budak ini?
Saya mencari kekuatan itu sekarang.
Hari ini saya cakap EL saya taknak pergi.
Saya tak ready tinggalkan Mia lagi.
Mia pun tak ready untuk tidor tanpa saya
Tapi sampai bila?
Kalau bukan sekarang saya ajar..bila lagi?
Nanti nanti pun sama juga.
Oh HATI!!
Kenapa kamu dah lah jahat..lemah pula tu..












Pictures taken by daddy at Tasik Titiwangsa.
Up to today..sudah collect 5 bottle susu untuk Mia tinggal.
Insyaalahh...harini 2 botol.
Esok 3 botol.
Insyaalah 10 botol cukup semasa saya tiada.
Saya pump sampai nips jadi pedih.
Bayangkan pump lagi..bf lagi.
Saya bangun sekali pukul 2am..sekali pukul 6am.
Semuanya untuk anak saya.
Biar susu saya jadi teman dia semasa saya tiada.
Just imagine dah lah mommy takde,susu mommy pun takde.
Owhhh..tidak mungkin.
Biarlah pedih,sakit,peritt..
10bottle janji mommy buat anakanda.

Tuesday, July 6, 2010

My worst nightmare

Harini saya dapat tahu saya kena attend training kat singapore this week.
Bertolak ahad malam..dan balik isnin malam.
Mean..2 hari satu malam course.
Bermakna juga ..buat pertama kali..
saya akan tidur tanpa Mia..
Saya dah banyak kali reject taknak pergi training.
And this time macam tak boleh nak bagi alasan apa2 lagi.
Bagaimana..macam mana ..
Mia malam2 akan bangun carik saya untuk bf.
Tak pernah lagi sekali pun dia tidor tanpa saya.
Ok kat nursery dia dah biasa.
Tapi bila malam tak pernah.
Dia akan bangun 2-3x untuk menyonyot.
Call hubby beritahu tadi pun air mata bergenang genang.
I dont know macam mana lah hubby nak handle.
Masih lagi belom boleh terima kenyataan ini.
Susu tiada stock..sekarang tgh berusaha utk stock up susu.
At least ahad malam 2 botol.
Isnin from morning-evening kat nursery 5 botol.
Isnin malam mb 2 botol.(i will arrive home by 2am)
So kena kumpul 10x3oz start from today.
boleh ke?






Macam mana tidor malam saya tanpa budak ini?

Monday, July 5, 2010

Tafsir mimpi

Tadi lama saya berbual di telefon dengan emak kat kampung.
Saya cerita tentang mimpi saya yang asyik lupa kan anak saya yang lagi satu.
Nak tahu apa emak saya tafsirkan??

Emak saya cakap sebab..
saya dah lama tak baca yassin.
Saya lupa baca yassin sama maksudnya saya lupa dgn anak .
Anak kan penting..yassin pun penting
Sebab tu saya asyik lupa nak bawak anak je dalam mimpi tu.

Hurmmm..seriyes mmg dah agak lama saya tak baca yassin.
Paling last kat Japan haritu sebab Mia mengigau jerit2.
Susah nak baca sekarang.
Mia suka tarik pastu koyak koyak..
(Alasan..)
Hurrmmm..
Baiklah..malam ni saya akan baca Yassin..hehehe..

Mungking ada benarnya tafsiran emak saya itu kan.

Sunday, July 4, 2010

Mimpi

Saya tak tahu kenapa sudah 3-4 malam saya mimpi ngeri.
Bangun pagi hati runsing jantung berdebar-debar.
Saya tahu mimpi tu mainan syaiton,tapi kenapa 4malam saya mimpi benda yang seakan2 sama.
Ada petanda kah?

Malam first saya mimpi saya bersalin baby baru.
Senang gila ok bersalin.
Macam yang saya ingat saya sakit setengah jam sahaja,then terus baby keluar.
Ok fine baby girl juga.
Nama baby tu sampai dia lahir hubby n me belom lagi finalize kan lagi.

Second night punya mimpi.
Saya sudah anak dua.
Saya nak hantar anak anak saya ke nursery.
Tapi saya tidak faham kenapa saya drop baby tu je.
Mia stay kat car seat lagi.Pulak tu saya tak bagi pun susu kat nursery tu.
Saya cakap susu tak cukup.

Third night punya mimpi pula.
Saya dekat mall,jalan jalan dengan EL and Mia.
Tengah syok2 jalan jalan,baru saya teringat mana baby saya.
Saya tanya EL,EL cakap tak tahu.Pastu terus gelabah call mak saya.
Rupanya saya tertinggal baby kat rumah.
Mak saya tanya baby nak minum susu apa.?
Sebab saya tak tinggalkan susu pun.Saya boleh pula suruh mak saya beli kat kedai.
Saya siap cakap susu saya tidak cukup.

Malam tadi pun sama.
Saya tak sure saya kat mana.Tapi Mia and EL ada..mak ayah saya pun ada sekali.
And sekali lagi saya tanya mak saya mana baby?
Mak saya cakap tinggal kat bibik kat rumah dia.
Saya tanya lagi,susu camne?Mak saya jawab.pandai pandai lah bibik tu.Haritu ko tak tinggalkan susu,bibik tu bagi air tepung beras.Kenyang terus tido.

Apakahhh?
Kenapa saya asyik lupa kat baby saya?
Kenapa saya mesti tanya susu macam mana?

Sampai sekarang saya masih process maksud mimpi2 tadi.

Adakah sebab saya terlalu risau susu Mia tak cukup,sampai terbawak bawak mimpi macam tu?
Ataupun saya takut kalau saya ada anak lagi satu,macam mana saya nak bahagi kasih sayang saya?
What do guys think?
Ataupun inihanya mainan tidur semata mata.

Tuesday, June 29, 2010

Aksi terlampau


Lama tak tepek gambar saya dan Mia kat sini.

Mesti korang semua mish kami berdua kan..

ahaha.ni lah kerja saya bila tiada kerja.

cantik nya tidak pun.

posing je cam hape.



Dah 13month saya fully breastfeed Mia.Makin lama makin malas nak pump.
Makin lama susu pun makin kurang.Kadang2 terfikir juga untuk campur formula.
Tapi tak sampai hati lagi.Boleh ke bertahan?
Saya try la untuk 5bulan lagi..saya usaha lagi sampai mia 18month..Tak lama pun..sabar je lah dulu ye cik siti..harga susu pun dah naik..
Penat menyusu badan ni..hati mesti kuat..mesti nekad and tekad
Doa banyak2..