Thursday, September 22, 2011

Artzooka version mia and mommy


 Lama dah tak update pasal activity Mia at home.
Tapi macam activity sama je..tak coloring, finger painting..main play dough..main toys..educational toys especially..flash card..and etc..
So semalam mommy ada idea baik punya..maka berpulun la menyiapkan bahan2 nya.
The ingredients are as follow ya:

1. Colorful papers yangdi gunting menjadi size kecil



 2. Drawing A3 paper..And buat lah simple shape drawing contoh love, triangle,house,fish etc


3. Glue ..i used UHU sticks sbb tak melekit sangat
4. Sorang budak comey..sorang mommy comey


Steps pula as follow :

1. Glue kan paper yang shape love tadi tu part by part.
2. Then budak comey tadi boleh stick kan colorful small paper tadi inside love shape. 


OK..ini budak comey yang puas hati dengan hasil kerja nya


Taraaaaa.....such a lovely art piece kan.
Ni nak buat card untuk Marha first befday party ..ekekek..

Ok..sbb colorful papers still banyak lagi..today nak sambung buat gambar lain pula..


Wednesday, September 21, 2011

Day 3 :Hamburg Germany

Day 3 at Hamburg= 2nd day training.
So jom tgk hotel breakfast yang menjemukan selepas 7 hari makan breakfast benda yang sama.

 Segala jenis roti ada..yang keras, yang lembut..pilih sahaja
 Roti lagi..yawnnnnn

 Segala jenis yougurt and cheese..pilih sahaja

 Fruit jem

 Telur  rebus.
Kalau half boiled keboleh la tahan selera ni sket..sekali telur rebus ..
Dahlah takde kicap..abis tu nak makan dgn apa?
 Cereals and fresh milk..and cocoa powder
 Jem, Nuttela ,honey and butter
 Scramble egg dalam bekas bertutup tu.
Yang lain is breads.
 Drinks..
Hot : cappacino,hot choc,mocha, milkcaffe
Cold : Orrange juice and Mix fruit juice

 Kat luar hotel after breakfast.
waiting for driver ...wahh..sampai german saya sudah ada driver..

 Kat tempat training ni..baru nak setup satu surau..tak siap pun lagi.
Baru orang tu nak ukir2 baru..
Diorang byk visitor from saudi arabia..sbb tu diorang siapkan satu surau.

 Nampak tak ayat al quran tu..baru nak sketch
 After sketch baru paint guna toolbox ni.,
 Time for lunch..walaupun perut masih sebu sbb makan telur banyak sangat
 Top side : chicken, beef, and some vegies.
Bahaian bawak lauk2 tu ada rice and fries..
 Bread and the yougurt..
 Super cantik cafeteria.
 Tuna salads

 Habis training ard 5pm..diorang hantar balik untuk rest and solat.
Around pukul 6pm diorang datang amik for dinner.
Perut masih lagi sebu sbb food lunch tadi belum turun.


 This time diorang bawak makan kat fish restaurant.

 Tengah tunggu table..orang ramai
 Kat luar kedaitu
 Ohh perut ku dah sama macam patung ropenya

 Fresh fish
 Diorang grill ikan tu depan2 customer tau..bau semerbak
 Didalam restaurant


 Salads..macam makan rumput
 Grill bread and cheese
 First dish
 Yang ni ikan tuna kut
 Yang ni mix fish
 Serbuuuu
 Ini ikan saya..
Nama ikan ni ikan Doraede..Sedap sangat..manis sbb fresh..
Tak tahu kat sini panggil apa.
 Menikmati ikan yang segar
 Fruits ..water melon super manis
Last but not least mesti ada is the small tea yang sangat pekat..kena letak gula banyak2.

Mesti korang rasa trip pergi german ni lagi banyak gambarfood dari tempat kan.
Habis macam mana..habis training pukul 5pm..
Kedai shoping complex pukul 6pm dah tutup..
maka mari mengisi perut jelah.
Nasib baik makan for two.
Takde lah rasa bersalah sangat..

Ok..habis day3..esok saya sambung for day4..
More foods to come..ekekekek

Tuesday, September 20, 2011

Baru tahu so nak share

Saya ni bab2 hukum agama tahulah sket..banyak tak tahu dari yang tahu.
So masadi german haritu timbul lah persoalan pasal ayam kat di masak kat sana bersih2.
Maksud bersih tu is kat tulang rawan tu takde langsung darah or merah2 ke..mmg putih bersih.
Sedangkan malaysia negara islam ni pun kadang2 selalu kita termakan ayam yang masih berdarah.

Masa perbincangan tersebut baru saya tahu akan perkara2 ini.

1. Selalu tak goreng ayam..then masa goren tu tetiba keluar darah.Especially kat ayam yang kita beli dah siap potong kat econsave/giant etc.
Ataupun ayam yang dah siap di salut tepung...ada ayam crispy,super crispy etc etcla..time goreng je mesti ada darah keluar.

2. Selepas di goreng/di masak, kadang2 bila tgh makan, baru perasan ayam masih berdarah lagi kat area tulang2 tu.

Dulu saya ingat maybe sbb tak cukup masak..maka saya goreng lama2..Actually nya..maksud ayam yang masih berdarah ni adalah ayam tu samada tak sembelih ataupun cara sembelihan tidak betul.
By right eh..ayam yang betul2 di sembelih putus segala urat leher, haruslah keluar semua darah kan..so kalau ayam ni tak di sembelih dgn cara yang betul, maka darah masih lagi tersimpan di urat2 ayam tersebut.Betul tak..

Aduhaii kalau lah betul..maka byk betul ayam yang tidak berapa halal dah masuk dalam badan jadi darah daging saya dah keluarga ni.Maka saya mengambil jalan yang mudah "tak tahu tak apa..tawakkal sahaja"

Tapi sekarang saya sudah tahu..tadi saya mengogel akan hukum2 ayam yang tidak sembelih.Maka ini saya saya dapat

 Pd kebiasaan pnyembelihan, darah akan mengalir keluar dgn laju & mngurangkn sakit, jika masih ade darah itu yg mngalir mungkin kaedh penyediaan ayam yg terlalu ringkas/cepat utk memenuhi kperluan pasaran shingga ayam itu masih berdarah. Namun ada pendpt dri org2 tua mengatakan tanda ayam itu dsembelih dgn btul adlh tiada lgi darah keluar,jika ragu2 seeloknya hindarkn mmbeli ayam sebegini kerna ianya tmasuk dlm benda2 syubhah(ragu2 hukumnya). Benda syubhah harus dielakkan oleh muslim.

So skarang saya akan cuba elakkan untuk membeli ayam siap process kat giant/econsaveor etc..
Cari kat pasar or kedai2 melayu yang di yakini.
Tapi kalau kita yakin je halal..takpe kut..just bila dah tahu macam saya ni then start lah ragu2 so better elakkan.

If apa yang saya tulis kat post ni salah,harap dapat perbetulkan ye.Saya budak baru belajar.

Day 2: Hamburg Germany


Day 2 at Germany..Training start.
Walaupun kepala masih ting tong training tetap training.
Tapi entry ni terbalik  sket..from dinner to lunch.
Sebabnya try buat setting baru kat blog ni.konon nak besar kan gambar.
Pastu bila gambar susun terbalik kut terus malas nak betulkan.heheh
So mari bercerita waktu malam dulu then pulang kewaktu pagi ok

 chillax after dinner.
Kenyang gila

 Some of the foods that we ordered that night
Tak ingat nama..tapi ala2 macam baked macaroni with xtra cheese.

 Mushroom pizza

 Seafood pizza .tgk tu sotong besar2
 Ribbon pasta kut..
Masyaallah creamy gila rasa dia.
 This is mine..seafood pasta
 Dalam restaurant tu sangat menghijau

 Fresh orange yang best tahap dewa

 Ni lah restaurantnya Ponti Pizzeria.
Rate food dalam ni basically Euro12-16
Nasib baik supplier belanja semua.
Trip kali ni mmg best.Sebab satu sen pun tak keluar duit untuk food.
Duit untuk shopping sahaja.
 Before dinner we all jalan2 di town city dulu.
Tengok lake and the city.
 Kat batu belakang tu mcm memorial la.
Sbb masa perang apa tah ada 40k rakyat german terkorban.
 Maybe dikebumikan kat dalam lake ni kut.
Seram tak?ekekekek
 Town city hall.
Tak sempat nak masuk sbb dah tutup masa we all sampai.
So tengok dari luar je.
 Kat area2 sini lah banyak butik2 gred A like Gucci,LV, etc etc.
Sempatlah menjengah some of the kedai.
And do early shopping lil bit for kawan2 yang mengirim.
To my suprise la,sales person kat sini tak kerek macam kat Malaysia.
Cuba masuk kedai LV macam jeansLevis, confirm sales person buat muka.
But kat sini,diorang entertained saya macam saya mak datin ok.
Padahal beli barang kiriman orang je.
Bukan takde duit nak beli..taknak beli je..
Heheheh..alasan org mmg tak mampu beli kan.

 Patung2 bogel pun banyak kat sini.


 Turun subway train kat Hobanhof..tak sure camne ejaan.besar and crowded station ni.
Anjing tinggi macam kuda pony pun banyak.
Maka jaga2
 Mak yang excited berposing untuk membeli tiket subway.
heeheheh
 Lunch time Gunnt Cafe.
Cantik gila cafe dia..tapi takdejual food.
Most employee bawak bekal.


 Tuan rumah makan salad tuna with cheese.
jaga badan.
 This is my meal..Mix chicken+beef
Iranian dish
 Our hensem intructor Mr.Felix.
Mintak2 terkenan mata biru dia ni lah.heheheh
 During the training.
Testing one of the machine
In front of our training area.
Gunt office.
Temperature 14 degree..sejukkkk
Ok..habis day 2 cerita terbalik terkelentang