Friday, May 7, 2010

Pisya's 5th befday party

Ingat tak masa Pisya 4th befday party post last year.
Masa ni saya tengah boolat seperti ikan paus..Iam almost 8month pregy..
besar weii....tak sanggup nak tengok perut saya ..sungguh tak cute..
n takde pregnancy glowing nya pun..



This year her theme befday party is Pisya in wonderland..
As usual..lets the pictures speak ok


The Tent

The hanging Lantern deco..love it

Lantern n baloon deco..and some wall deco of Alice
The befday gal

The Game

Last year ada princess datang..this year lompat2
Party Deco from Pisya's toys collection..

Mia n Mommy yang tidak lepaskan peluang untuk jumping jumping..


Nanti saya update gambar kami melompat di post yang lain ye.



The Cake


Mata dan hidung kucing sudah jatuh




"Happy Befday to u Arissa darling"





Party Mia nanti tidaklah seindah party Pisya.
Mommy Pisya GM pangkatnya
Mommy Mia hanya engineer cabuk sahaja..
Itupun telah turun pangkat ke lecturer skang.
Maka ukur baju di badan sendiri ye..heheh



Esok EL akan berangkat ke Nipponland..
Saya dan Mia pula berangkat hari Ahad malam.
Kami pulang 24th Mei..almost 2weeks juga kami disana.
Daddy pulang 29th Mei..
Barang2 belum pack lagi..huhu..

The real diva

Tak tahu apasal saya sukaa sangat dengan Kimora.
Saya rasa dia cantik.
Tak skinny..full figure body..
She got both humps...boob n very the bootylicious..
Yang paling penting shes a real diva.
Yesterday,as usual saya peminat E.
Tengoklah one of her diva episode.
Wahhhh..makin bertambah lah suka saya dekat ini orang.
Saya rasa masa photoshoot ni her newborn baby mb ard 2-3month kut.
macam biasalah,every episode mesti ada drama happened kan.
Yesterday episode is about how she bf,pumped and model.
She pump like every hour tau..using medela freestyle lagi.i loike
Banyak gila milk production dia.
Sejam sekali she can get like 6oz (3oz each breast).
Saya skang ni..6oz tu dapat every 3hours je.
Kalau pump every hours rasa rasanya 1 oz pun susah nak dapat kut.
Kimora siap cakap kat her one of dotter.
"This what i did for you before..u alwiz with me..
so i pumped,i feed and i model.
Thats why i cannot be a rock star"
hehehe..so funny..
I heart you la Kimora.
Seriyesla..being a fully breastfeed mom..
ada pro and conts juga.
Pro dia as you all tahu the bestest milk in the world la kan.
Easy to travel..takyah nak siap formula,air panas...botol..etc
Conts pun banyak juga u..
Sometimes kat tempat2 public,bila syusyu time..
malu ooo..nak selak2..kena tebalkan muka jugalah utk selak menyelak ni.
Nak pump tu ingat senang ke?
Kena betul2 determined..kena betul tabah..sabar ..n tekad.
Selain penyakit malas tu sentiasa ada..
TIME is alwiz the biggest issue.
Nak cari masa tu..
Susu tu bukan senang nak keluar.
Walaupun pakai gadget semahal yang mungkin.
Kena tenang..relax..baru susu keluar.
Satu lagi conts is susah la nak tinggal anak.
kalau terasa nak berjimba2 tgk movie ke,spa ke..facial ke..
kena fikir susu cukup ke ?
Sebab tu saya lagi senang angkut anak ke mana2..
Nak susu??meh meh..anytime anywhere

Thursday, May 6, 2010

Orang Gilak

Wahhh sungguh lama rasanya saya tidak berblog..very very bizi.
heheh..buat buat bizi je sebenarnya..heheh..

Apa mau citer?
Cerita orang2 gila semakin ramai kat malaysia ni mau..?

Baca tak news yang ada husband toreh wife dia punya private area..
Reason: sbb dia terdengar ada jin bisik kat dia yang wife dia ada affairs..
Boleh tak?
Gila kan..selalu kita dengar wife yang kasi potong..now husband pun leh main potong2 juga..

Then ada news lain pasal si husband pukul isteri sampai mati..
Just because anak dia mengadu yang ada orang lelaki call mak dia..
alahai...sikit punya hall..sampai mati ko kejakan bini ko.

Takut pula saya dengar cerita macam ni..seram ok..
sikit2 mau bunuh..sikit mau potong..
Boleh tak suami isteri ni hidup aman bahagia..
Ok kalau aman bahagia tak gado tu tipu lah kan..
gado sket2..merajuk sket2 dah lah..
kalau ada benda tak puas hati..tanyalah dulu..
Betul kah..iyer kah..benar kan..
Gila gila gila..

Now saya tengah buat list dalam kepala akan stuff untuk saya bawa ke japan nanti..
Banyak gila..
Saya akan travel with Mia alone without daddy..
7Hours journey.. hopefully Mia will behave like an angel as alwiz.
Passport n Visa done
Heinz baby food saya siap bawak 14bottles lagi..satu botol sehari..hahah

Boleh tak itu saja yang dah siap..hahah
ada 3hari lagi neh..malam ni try lah nak packing baju pula..
Perlukah saya bawak pampers sekali?

Friday, April 30, 2010

Sudah pulang

Daddy sudah pulang..yeaaah
Last nite daddy sampai rumah ard 9pm.
Mia macam malu2 pula.
Tak nangis bila daddy nak dukung.
Tapi macam very shy shy cat by the river ok.

Pastu dia asyik tinjau daddy je..
hahaha..so funny..
Maybe dia fikir "macam pernah ku kenal ini orang..tapi di mana ye"
hehehe..

Happy my soul mate suda ada depan mata.
Tapi sbb dah kerja ngan company nihon kan,friday still kna masuk ofis lg daddy.
penat travel pun tak habis lg.

uwan and atok pun dah balik tengahari td.
Sedih pula saya.
klu dulu ada mak teman berborak
sekarang kena tunggu daddy blk kerja mlm nanti jelah.

how i wish my parents stay cluse to us.
Hati senang tinggalkan mia dalam jagaan uwan n atok.

Next week Mia akan masuk to her new school..
just pray hard she will doin ok kat sana
the feeling sama masa nk hantar dia ke nursery lepas pantang dulu.

before balik td,abah saya pesan suruh inform kt mia punya new school nti macam ni

'anak saya ni nakal sikit'
'lasak nak main je'
'tidor susah,makan susah'

waaaaa,..saya sedih ok.
Mia jgnlah notty sgt nanti ok
Jangan nangis2..
kejap je mommy datang ambil mia.

Tuesday, April 27, 2010

Kata orang2 tua

Orang orang tua kata
Kalau budak kidal maksudnya bijak.

Tapi ada students saya yang kidal tidak berapa bijak pun..
Slow and alwiz blur time saya ngajar.

Sebab tu kadang2 saya tidak sangat percaya bila ada je benda2 aneh yang mak saya translatekan.
Contohnya..


Suara Mia garau n besar.
Mak saya kata orang perempuah suara garau ni murah rezeki...
wahhh..gitew


Then hari tu mak saya bawak Mia jumpa datok saudara saya kat kampung.
Datuk tu tengok je Mia dia cakap anak saya ni sangat2 bijak tapi..kedekut sikit.
Bijak sebab mata hitam Mia sangat besar.
Kedekut sebab telinga dia capang sedikit.
hahahah..apakah?


Anak saudara saya Arissa kalau tidur berdengkur kuat gila macam mommy dia.
Mak saya cakap lagi,orang perempuan kalau berdengkur kuat bertuah orang nya.

Macam2 kan orang tua nie.

Bila saya fikir fikirkan balik.
Saya buat kesimpulan bahawa orang dulu mmg suka fikir positif.
Perempuan suara garau macam jantan..mestilah tak elok kan
Tapi diorang taknak bagI parents risau maka dikatakan murah rezeki.

Perempuan juga bila berdengkur kuat mmg tidak manis.
Tapi untuk menyedapkan hati sendiri dikatakan bertuah.

Betul tak?
Bagus juga alwiz positif ni.
Hati tak payah risau fikirkan yang buruk2.

Tapi janganlah kita percaya sangat telahan orang2 tua itu.
Iyerrr kan ajee..
Kata itu doa.
Makan aminnn kan aje...

Esok daddy balik..yeehaaaa..sambil buat chicken dance dalam hati..

"Sian Mia"

Malam tadi saya ngadu dengan En.Laling akan perihal monster anak nya itu.
Saya bagitau anak dia asyik gigit i je skang.
Sampai luka..sampai bengkak n melecet.

Then EL tanya saya..saya marah Mia tak lepas dia gigit tu.
Saya cakap marah laa....

EL tetiba respond cenggini "sian Mia"

Hampeh ok..
bukan nak bersimpati kat saya..
pergi bersimpati kat budak tomei monster itu pula

EL tak bagi saya marah2 Mia ..sebab Mia kecik lagi..tak faham apa.
saya cakap senang je..
Nak jadi macam "Anakku Sazali kah?

END..
Terus saya merajuk..off pc..tido sambil peluk itu budak kecik..
huhuhu

Renung Renungkan

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.


Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.


Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak.


Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!


Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya.


Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya. Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian, saya sukar menahan hati dari bersedih.


Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan kemarahan saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi suri rumah selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.


Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama. Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh. Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami. Isteri saya mengangguk tanda setuju.


Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis OMER. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, my father is a Moslem!


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak. Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, apakah selamat anakku membesar di Malaysia?


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah. Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas. T


tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...


Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.


Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.


Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar sejuk, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan tarbiah yang tidak putus-putus.


Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan untuk mendidik dan tarbiah bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita. Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup tarbiah dan kasih diberi.


Seandainya saya memohon kotak kosong di dairi itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya. Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah ada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back! Maafkan Ayah dan Ummi!