Monday, June 28, 2010

Sudah 13 bulan

Anak mommy sudah 13 month old today.
Anak manja mommy.
Anak sayang daddy.

Sudah behaved time makan.
Sudah nak duduk dalam baby chair di rumah.
Maybe sbb kat nursery,all babies makan kat dining table.They all train to sit on the chair while makan time..sorang satu pinggan.
So takde lah macam dulu dia lari sana sini sambil makan.

Dah pandai cakap "naakk" kat barang2 yang dia nakk..
Dah pandai point her finger to those things..or maybe kalau dia nak keluar..dia akan point her finger kat pintu.
And kalau tanya "ada ke takde" she will answer "takde".
Apa yang takde pun saya tak tahu.

2 days ago tangan dia kena gigit semut.
So bila tanya wheres ur itchy itchy hand.
Dia akan point her tiny finger kat tangan yang kena gigit tu.
sangat comel ok.
Sampai ke harini bila saya tanya itchy itchy hand masih point finger kat tangan.
Tapi macam dah salah tangan pula.
Maybe rasa gatal tu dah hilang.Dia pun lupa tangan mana yang kena gigit.heheh.

She love to sing . siriyes kalau dalam car seat dia akan mumble2 sing.
Mommy suruh kamu jadi doctor ya..bukan jadi penyanyi.

Sudah faham a few instruction such as..
"give mommy that ball"
"put this ball into that basket"
"kick that ball" "throw ball"
"find your shoe"
"drink water first"
"show mommy your tongue"
"eyes-eyes" - and dia akan kelip kelipkan mata
and a few more la..

She loves baloons and balls so much.
Master her walk already..but still kenkang2 lagi (saya risau)
and still fully breastfeeding baby..yeahh...
iam still producing ngam2 amout of milk for her everyday.
malas nak stress susu kurang..for me,wateva that i pumped today..is just nice for her tomorrow.
she still consume 3.5oz per feeding.
I try once gave her 4oz tapi tak habis pun.so buat apa membazir..
saya sudah nekad 2 years..and by god's will two years it will be.
Insyaallah..

Saya beli buku wardina "mama saya lapar" semalam.
Dah habis baca pun.
Saya suka method yang wardina introduce untuk anak2 dia.
Insyaalah saya akan try.
Suka pendekatan dia untuk buat anak reject junk food.
Saya akan buat untuk Mia.
Tak kan bagi dia try jajan yang banyak MSG.
You guys belilah..worth to buy that book.

p/s saya ingat kan saya seorang yang memujuk hati untuk jadi baik..rupa rupanya ramai ye seangkatan saya yang ada hubby harapan keluarga ni..
Thanks guys for all your advice.Insyaalah saya cuba untuk latih hati,tolak perasaan jahat itu.

Sunday, June 27, 2010

Oh hati,kenapa jahat?

EL ataupun hubby saya adalah seorang anak yang paling bertanggung jawab dalam dunia yang pernah saya jumpa.
Saya bukan cakap ini sebab dia hubby saya.Tapi seriyesss...he is a good son to his family.

Abang saya anak lelaki sorang.
Tapi takde lah dia buat apa yang EL buat kat family dia.

Ok meh saya nak cerita sket.
EL ni kira anak harapan la dalam family dia.
Adik2 beradik yang lain samada kerja biasa2 sahaja or masih belajar.
Ayah dan mak tidak berkerja.

Maka selama kami berkawin ni.
Semua perbelanjaan family temasuk api air dan astro kat rumah in laws saya semua EL yang bayar.
Termasuk barang2 dapur family dia juga.k
Faham2 lah barang2 dapur untuk sebulan how much eh..paling sikit pun rm300 lebih kan.

Bulan ni 2 orang adik dia sambung diploma.Sorang kat Perlis sorang lagi kat Melaka.
Guess sapa yang bayar kan yuran diorang.
Guess sapa yang belikan alat2 kelengkapan belajar diorang.
Bukan murah yee...yurang untuk seorang je dah rm700.
Beli baju,seluar,kasut,baldi,biskut,milo and banyak lagi u guys do the math.

Saya kadang2 merungut je sbb EL sorang banyak berhabis untuk family dia.
Tapi mak saya suruh bersabar.sbb saya pun dapat pahala setiap kali EL berkhidmat utk family.
hati mau kuat..
akal kena fikir,klu bukan EL nk tolong family dia xde sape lg boleh tolong.

Dulu saya masuk utm abah saya masih bekerja.
Ayah EL sudah tua,sudah lama xbekerja.

Hati kadang2 busuk juga berfikir,kalau EL jadi anak yg tak bertanggung jawab kan elok.
boleh saya pakai BMW 3 Series...wakaka..
tapi saya kahwin dia pun sbb saya suka sikap dia treat family.
saya tahu guys yg treat family bagus pasti akan treat anak bini dia pun bagus.
saya percaya.

susah tau jadi saya.
selalu kena sabarkan hati.
selalu kena ingatkan diri sendiri byk kali.

like yesterday,El kuarkan kasut adidas yg dia beli from japan .
tapi size tekecik maka dia nk bg kat adik dia.
tp sbb hati hasad dengki saya kata saya suka design kasut tuh
(padahal itu kasut lelaki ye)
maka El tidak jd bg adik dia sbb saya nk.
hurmmm..wat can i say..
lepas tu saya rasa nyesal.bukan sya nk pakai pun kasut tu.

entahlaahh..
semalam juga El kata nk hantar parents dia ke mekah.
mak ayah dia dah tua.
sorang rm10k..2 org rm20k..
boleh buat downpayment CRV.
oh hati kenapa engkau jahat..

Bukan orang kaya-Hanya orang tengah2

Yesterday and today,EL Mia and me having our 3 some of jalan2 at malls.
Hurmmm..being me just like all mommies out there,gaji dah masuk kan.Apa lagi amik itu amik ini..beli itu beli ini..cash keluar macam lagi seminggu akan masuk gaji lagi.

EL pun apa lagi ..pot pet pot pet..
Dia suruh saya list kan stuff for Mia yang saya beli for these 2 days.
Ok..here it goes ya..
Saturday,
Mia's book rm40, Barney doll who can sing rm40, dress rm50...total rm130

Sunday.
Mia's pants rm50, "Mama saya lapar" rm20 , Bricks rm60 ,botol air rm20.. rm150..

sighhhhhhhh..
Patutlah duit saya asyik ngam2 je every month.
Setiap kali keluar mesti berhabis ratus2 untuk Mia's stuff.
2 hari keluar dah habis banyak tu.
Boros nya..
Boros tu kan amalan syaitan.

Entahlah,kadang2 bila nampak sumtin baby stuff yang comel2..be it a dress,botol air,toys..etc,
Saya mesti rasa,dulu kecik2 mak abah saya tak pernah pun belikan.
Tak merasa pun nak pakai.

Maybe sebab tu saya mesti beli untuk Mia.
Seriyes saya taknak spoilt kan dia sangat.
Apa dia nak saya beli..nak je beli.
Merengek sket saya beli..botol air dah ada 2 kat rumah. kenapa kena beli lagi?
Tapi mungkin bukan sebab Mia.mungkin saya sendiri yang mahu.
Saya sendiri mahu dress yang comel2 dulu.
Saya sendiri mahu botol air barbies dulu.
Saya sendiri mahu main toys yang bermusic apa bala semua.

Betul juga EL kata saya memang boros bab barang anak.
Barang sendiri saya ngaku saya selalu berat hati nak beli.
siap eyeshadow pun saya dah bertukar from Mac ke Elianto.
heheheh..murah ok.

Saya ada kawan yang bagitau,dia limit kan diri beli baju anak rm20 ke bawah sahaja.
Dia mmg ibu yang cermat.
Gila la...nak beli baju below rm20.
Susah gila nak jumpa yang cantik2 below rm20.
Dress Mia yang mmg cap ayam beli kat Outlet Brand pun rega rm40.
Tu belum lagi masuk Mothercare,Gap,Guess etc la kan yang baju baby harga ngalahkan baju orang besar..
Tidak,saya tak pernah beli baju Mia harga ratus2..Saya masih ada otak untuk fikir sebelum beli.
Tapi sebab kekerapan membeli,maka end up banyak juga pulus yang keluar every month.

EL nasihat lagi.
Kami bukan orang kaya, kami hanya orang tengah2.
Tak kaya and tidak miskin.
Dia suruh saya fikir sebelum beli.
Perlu atau hendak.
Penting atau tidak.

Susah ok nak kawal "babystuff-holic" ni..
Maka jangan kuar mall kata EL.,lagilah tak boleh blah kan.
hurmmm..kamu mommies macam mana?
Ada limit ke membeli barang2 baby every month?
Atau main beli sampai duit cukup2 makan je every month.
Perlu pergi psychiatrist ke saya ni?
Susah tapi perlu ubah.

Friday, June 25, 2010

Rajuk saya

Saya tengah merajuk dengan EL sekarang.
Dah 1.5days saya taknak layan dia.
Dia tanya sepatah saya jawab sepatah.

Dia ajak keluar makan ..saya taknak..
Dia kuar dengan member,then call tanya nak tapau apa pun saya taknak.
Saya rela makan biskut tgh malam2 buta ni.
Perut berparty sudah ni.
Tapi merajuk punya pasal.

Tadi EL ajak pergi MV esok..
pun saya cakap tak nak.
Dia tanya abis tu nak buat apa kat rumah.
Saya jawab tdo.
Huhhh.

Korang pernah berkonfrontasi dgn hubby paling lama berapa hari.
Saya geram/kecik hati/sakit hati.
Semua ada.
Tak cakap 3 hari berdosa kan.

ego..ego..
Dah ada anak ni,susah betul EL nak pujuk saya.
Pujuk la beli bunga ke..belon ke (owhh tidak)
Gerammmm..
Lapar pulak tu
Layan ANTM Cycle 13 Petite kat You tube skang ni.
Sudah tahu siapa yang menang..
Saya mmg macam ni..tak sabar nak tunggu kat astro.
Ok lah nak terus merajuk ni.

Wednesday, June 23, 2010

Saya ibu lalai

Semalam sampai rumah dah pukul 6pm.
Saya terus rushing masak porridge Mia.
Mia pula menangis nak susu tak sempat2.
Saya pun campak semua barang dalam periuk,kecikkan api.
Terus baring kat sofa.

Hajat di hati nak tidor kan Mia je.
Lepas Mia tido saya nak solat Asar,nak basuh baju and nak masak sikit untuk dinner.
Tapi disebabkan setan besar dok atas mata saya ni.
Maka saya tertidur sekali dengan Mia.

Bangun2 saya terperanjat tgk EL balik dan rumah berasap.
Ya allah,saya lupa kat porridge Mia.
Abis hangus dengan periuk2 sekali.

Haihhhh..saya sangat lalai.
Macam mana kalau EL balik lambat.
Macam mana kalau saya tak bangun2.
Asap yang banyak boleh buat lemas.
And paling worst rumah pun terbakar.

EL berleter satu malam.
Tanpa berfikir perasaan bersalah saya ni.
Dia ingat saya plan ke untuk tidor?
Tapi memang kesalahan ni tak patut di buat pun.
Saya memang lalai.
Kenapa tak set kan alarm?
(Saya taknak tdo..buat apa nak set alarm?)

Nasib baik takde apa2 yang terbakar?
KALAU?
kalau jadi cam dalam Oprah mak terlupa anak dlm keta tu?
macam mana kalau?
saya takut nak fikirkan kalau itu.

Lepas ni kalau time senja2 nak bf Mia.
Saya kena set kan alarm.
Tak kisah lah saya plan nak tdo or taknak tdo.
Precaution is important.
Kalau dah jadi?
Kalau nasi dah jadi bubur?
Kalau bubur sudah masak?
Apa apa pun tak berguna.
Saya ibu lalai.

Tuesday, June 22, 2010

Moral down

Arghhhh..moral down betul nak marking paper harini.
Due date Friday ni pula.
Badan rasa letih lesu.
Kepala pula berat je harini.
Rasa macam tak sihat..ke alasan?

Lunch tadi tengok Mia kat nursery.
Owhh dia tengah baca buku..sejuk perut saya.

Sekarang ni dia sangat obses dengan penyapu.
Sangat rajin menolong saya sapu sampah..walaupun tidak ada sampah yang tersapu.
Kenapa kalau start citer pasal anak saya tetiba bersemangat pula.

Tapi bukan punya main takde mood.
Ughhh..sebut pasal kertas final ezam yang bertimbun2 buat saya down kembali.
Sape nak tolong?
Hands anyone..jangan risau..nanti saya belanja makan Pizza hut ..

Thursday, June 17, 2010

Her new ride

Hi mommies..
This is Mia's new ride.
She called it Lola




Daddy bought Lola for her first birthday gift.
And she love it like seriously.
Keluar rumah nampak Lola mesti tunjuk and cakap nakkk..
p/s saya perasan mia jalan kengkang sket la.lutut dia cam bengkok sket.Tanya mak saya dia ckp sbb lutut mia tak kuat lagi.budak br berjalan mmg camtuh..tp saya tengok baby lain jln straight je..saya risauuuuu..tadi siap nangis dlm phone masa consult mak saya.
perlukah pergi paed to confirm about this?