Monday, May 17, 2010

Day 4 & 5

Khamis : kami tidak kemana2..hanya berjalan di area Gotanda sahaja.

Jumpa cat shop.Semua barang2 berbentuk kucing.
cat doll kat sebelah Mia tu harga nya adalah 1000yen-rm36
Ada yang berminat ke?wakakak
Pinjam snow cap daddy ye.Sejuk sangat.
Masuk semua kedai tanpa niat untuk membeli.
Window shopping katanya.
Jumaat: Kami lepak2 dia area hotel sahaja.
Mia sudah berjalan sekarang.Jalan2 jatuh.Dah jauh juga.Tapi dengan syarat no shoes.
Kalau ada kasut dengan automatiknya dia takmo jalan
Look mommy..Iam shoe less ..kasut sudah dicabut

Sejuk ok batu ni..tp dia lagi free begini..maka saya abaikan aja factor kebersihan

Shes a big girl already


Ok.weekdays mmg boring.
Tapi wiken saya mmg madness.
duit pun sudah abis byk.
wait for my next post.

Friday, May 14, 2010

Pengguna tegar MAC and CLINIQUE wanted

Saya sudah lama tidak membeli barang2 make up MAC.
Saya kan sudah bertukar ke STAGE.
Ada pergi booth MAC kat Shibuya.
So saya nak tahu korang2 pengguna MAC ni..murah ke mahal?

Foundation yang ada EPF 4500yen=RM160
Foundation base yang EPF (tube kaler hitam) =4100 yen =rm140
Compact powder 4000yen =rm140

Kira kalau 3 barang ni ard rm450.
Cam mahal kan?
ke sama je ngan Malaysia?

Clinique pula..
satu set yang medium (3steps tu) ard rm150
camne?
sape pengguna tegar clinique dan Mac..
sila comment ok..

Arigatok kozaimassssss...

Thursday, May 13, 2010

Mau pulang.Tidak seronok

skang kat Japan dah almost 3am.
EL still belom balik kerja.
Mia pula kejap2 bangun nangis.
Tak pernah2 dia bual hal macam ni kat Malaysia.
Kadang2 saya terfikir juga.
Apa yang saya buat kat sini??
Merayau2 dengan Mia kat tempat yang langsung saya tak familar.
Tak tahu nak buat pun acceli.
Sight seeing and just enjoy being together.
Kalau macam ni kat Malaysia pun boleh.
Saya boleh pergi Mid Valley,Suband Parade,One Utama berdua.
Tak takut sesat sebab insyaalah kalau sesat pun saya tahu saya masih di Malaysia.
Keluar je bilik.kepala saya pening.Berpusing pusing.
Petang tadi saya merayau2 lagi.
Tapi saya takut nak pergi jauh.
Sebab saya takut sesat.
Takut nak makan macam2.
Sebab takut tak halal.
Balik hotel,kepala pun pening,
Hotel kat sini bukan macam kat Malaysia.
Hotel yang rm300 semalam rasa macam bilik stor je besarnya.
Mia pun pening kut dok dalam bilik ni.
Hurrrmmm..saya nak balik.
Boleh ke saya balik awal.
Bolehke saya tukar date untuk balik?
Tidak seronok langsung duduk di sini.
Especially EL asyik balik lewat je.
Saya tidak boleh salahkan dia.
Sebab company hantar dia ke sini untuk kerja.
Bukan berfoya macam saya.
Saya tidak enjoy berfoya2.
Sebab saya tidak suka keadaan kat sini.
Sangat sejuk.
Mia tak sihat.
Flu n batuk.
Orang yang sentiasa padat dan berpusu2.
Buat saya pening kepala.
Saya nak nangis.
Tapi kalau Mia dan saya nangis bersama2.
Sape yang nak pujuk?
Terasa macam nak merajuk dengan EL.
Tapi tidak boleh.
Dia juga serba salah.
Saya rindu kat Malaysia.
Kalau boleh saya nak pulang malam ini juga.
Saya dah agak akan jadi macam ni.
Tapi saya yang degil untuk datang.
Maka saya perlu pasrah.
Tapi air mata tetap melimpah ruah waktu ini.

Wednesday, May 12, 2010

Third day kami

Our third day here in japang.
Saya gamble pergi ke Shibuya berdua dgn mia.
Amik train from Gotanda ke Shibuya for 150yen.
15min journey.
Kat Shibuya ni banyak shopping complex..

Kenapa ini budak menangis?

Sebabnya orang mmg ramai gila.
Penuh..hurmm..siyes saya pun pening kepala.
Inikan Mia.

Saya nak survey set SK2 sebenarnya.
Pergi ke booth SK2.
Ada offer for this 3items around 9000 yen
Lebih kurang RM324.
Saya tengok kat Malaysia harga sebotol clear water tu je dah rm320.
murah jugalah kan.
Kalau clear water alone price dia 8000yen =rm280.


Nak dijadikan cerita memalukan.
Mia muntah membuak2 di booth SK2 ni.
Saya rasa dia pening kepala sbb naik train plus orang yang berpusu2.
Seb baik orang SK2 ni baik.
Tak tahu lah kalau hanya berpura2 baik di hadapan customer kan.
Bagi tissue,bagi towel basah.
Maka saya tidak berjalan lama.
Sebab saya pun pening kepala juga.


Badan Mia pun tetiba panas pula.
Maka tak habis pun saya bershopping kat area tu.
Terus balik semula ke hotel.
Rugi duit train saya 150+150=300 yen
Lebih kurang rm18

Dalam train berjumpa dengan gadis Japan yang macam anak patung ni.
Dok kawaii kawaiii dengan Mia..
Maka saya snap2 gambar mereka.
Tak reti cakap omputeh pula.
Kalau tak dah lama saya bergossip dengan diorang.hehehe

Malam tadi Mia muntah about 3x.
Risau betul saya.
Badan pun panas.
Seb baik saya dah prepare ubat siap2 from Malaysia.
Just ubat muntah je takde.


Daddy balik malam tu around kul 12am.
Terus carik farmasi kat around hotel ni.
Tapi tah camne dia tersesat kat area gangster n mak ayam.
Daddy cakap dia mmg cuak gila kalau gangster tu pau dia.
Mak ayam jangan ckp lah siap offer sex..offer massage etc..
Sabar je lah.


Harini Mia dah sihat.
Tak muntah dah.
Demam pun dah kebah.
Tapi saya taknak keluar la harini.
Biar Mia bebetul sihat dulu.
Esok mungkin..
Maka esok saja saya update gambar ye.
Cepatlah saturday n sunday.
Mau jenjalan sama daddy.

Day 1.5 & 2

Tertinggal pula gambar dlm plane haritu.
Malas nak edit post "Day 1"
maka saya buat post Day 1.5 &2 boleh?
hihihi..ngada2
Tips untuk kurangkan pressure masa plane mau terbang.
syusyu lah dulu.
Tengok kaki sape yg terjulur keluar dari basinet itu?
Oh tidak..dia tidak tdo sepanjang 7hours journey.
Maybe sbb high pressure,hidung dia tersumbat.
So mmg dia tak comfortable la.
Plus basinet tu kecik.
Sekali dia beralih,terhantuk sana sini.
Maka thewhole journey,
Mia tidor di badan saya.
Saya yang tidak tidor..

Ada sorang arab ni bawak 2 org toddler.
Sorang mb dah 1yr plu.
another one mb ard 3yrs.
Ayah dia dok kat business class.
Leave the family kat economy class.
maybe tiket si ayah di sponsor oleh company.
ayah pula sponsor sendiri tiket utk the whole family.

Kesian saya tgk mak Arab tadi.
Both anak nak tidor di badan dia.
Sorang tdo,sorang menangis.
Bila ayah datang membantu.
Sorang pun taknak pergi duduk dgn si ayah.
Yang kesian si ibu la.


Second day kami masih tidak berjalan2 ke mana2
Tunggu daddy balik lewat malam,
Baru keluar jalan2 carik makan kat area Gotanda ni.
Plus hujan skang ni.
Susah nak baby keluar.
Plus Mia dah pun dapat flu.
sian anak saya.
Umbrella warna clear adalah common disini ye.
Sape mau kirim harganya adalah 500yen.
Ard rm15.
Tengoklah aksi Mia berpayung.
Dia nak tolong pegang payung tu sekali.
Siap tak lepas2 pula tu.


Pegang dua dua belah tangan ye.
Comel je tgk dia pegang takmo lepas cenggitu.


Daddy nak dukung dia pun susah.
Sebab tangan dia takmo lepas kat payung tu.
Adakah bermakna Mia tidak pernah jumpa payung di Malaysia?

Pegang kuat2 .Takmo lepas.
Melalak meraung dia bila dah sampai hotel.
Nak simpan payung kat tempat simpan payung.
Sabar je lah.
Oklah.Kepala pening.
Nanti saya story lagi pasal third day kami ye.
Stay tune.hihihi

Tuesday, May 11, 2010

Day 1

Aloooooo..wahh..lama sungguh saya dan Mia tdo.wakaka..
Sembab dan lembab kepala ni rasa.
Our day 2 here in Japan (Shinagawa)
So takmo citer lebih2..sbb lom pergi jenjalan pun lagi.
So enjoy da piccas of our journey to raksasa land.
Hopefully dapat jumpa ultraman tgh lawan dgn raksaksa.
Sambil emergency light menyala di dada.heheh


Before boarding..syusyu dulu..

opppsss..macam ensem je jejaka nippon ini.

Sebab saya asyik snap gambar Mia.
Jejaka Nippon tadi offer diri utk snap gambar kami.


aksi Melasak sebelum boarding

kita tidor duluuuu
Flight saya pukul 11.30pm


Aksi melasak di atas plane

Aksi berkemas di atas plane

Safely landed..after 7hours terbang

Tengah tunggu hotel limousine a.k.a bus.
tiket dia mahal gila.
naik bus bodo tu tiket 3000 yen = rm100
one hour journey
Bus mmg ontime.
Dia tulis 8.45am..memang tepat 8.45am sampai
Tengah tunggu daddy kat Shinagawa Prince hotel

Dalam Train


Off to our lalaland for 2 days.
weather currently 17degree.
Macam dlm aircond.tak lah sejuk sgt.
Dalam plane semalam saya duduk sebelah auntie cina yg mau ke america.
boleh tak dia ckp cenggini..
"owhhh ur baby is such a pretty girl..its must be from her daddy hensem like a korean guy"
apakah???
husband saya tiada disitu ye.
adakah saya buruk sangat sehingga auntie itu berkata begitu?
hampeh..
nanti ku pakai make up tebal2 baru taww.
oklah..mia dah bgn..
nti saya update gambar lg.

Saturday, May 8, 2010

Kami pergi dan pasti kembali

Just the two of us tomorrow..Mia n Me..
Doakan semuanya ok ye kawan2.
Selamat pergi and selamat pulang hendaknya.

Segala senjata telah siap sedia..heheh
Lihat peha Mia yang besar ituuuu..
Saya sorang je boleh ngapp..heheh..
"Mia nak pergi Nippon ni..dont miss Mia k auntie"

"Dont miss mommy too"

"Alaaaa...jangan la sedih auntiee..Mia pergi 2 weeks je.
kalau auntie sedih..Mia pun sedih juga"
Our luggage EL dah angkut semua tadi.
So esok saya akan pergi bawa Mia dan stroller sahaja.
Kalau boleh online di sana nanti,
saya akan update k.
so u guys take care tau
tunggu saya balik..hihi