Tuesday, April 27, 2010

Renung Renungkan

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.


Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.


Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak.


Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!


Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya.


Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya. Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian, saya sukar menahan hati dari bersedih.


Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan kemarahan saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi suri rumah selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.


Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama. Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh. Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami. Isteri saya mengangguk tanda setuju.


Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis OMER. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, my father is a Moslem!


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak. Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, apakah selamat anakku membesar di Malaysia?


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah. Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas. T


tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...


Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.


Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.


Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar sejuk, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan tarbiah yang tidak putus-putus.


Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan untuk mendidik dan tarbiah bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita. Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup tarbiah dan kasih diberi.


Seandainya saya memohon kotak kosong di dairi itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya. Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah ada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back! Maafkan Ayah dan Ummi!

Hari saya

Saya baru je balik from Japan Ambassy ni.
Saya mmg tidak mahir dgn jalan2 di KL.
Jalan Tun Razak la..Jalan Kuching la..Jalan Loke Yew lah..Jalan Sultan Ismail lah..
Ohhhh..i dont have any clue about all the jalan..
I wonder macam mana la kamu2 warga KL boleh ingat semua jalan tersebut ye.

Selalu pergi KL,husband saya akan drive dan saya tido di sebelah.
Tanpa mengambil endah akan jalan2 tersebut..
Tiba2 harini saya kena pergi sendiri..
Haruslah gelabah dan cuakkk...

Malam tadi saya google map ke Japan Ambassy.
Ya Allah..saya tidak pandai langsung membaca map tersebut.
Poning kepola den.
Maka saya pun bertanya arah from hubby yang jauh di mata itu.
Inilah direction yang dia bagi..

"Amik jalan ke Toll Sungai Besi..go straight je sampai jumpa TUDM.
Straight lagi amik arah ke Jalam Tun Razak.
Jalan straight sampai nampak KLCC or tabung Haji.
Cari sighboard ke Jalan Ampang.
Ambassy ada kat area tu.."

Macam sonang je kan direction yang ni..
Parents saya pula nak ikut.Sbb diorang takut saya merayau seorang diri.
Maka kami beramai2 gerak ke sana.
Ye saya folo sume direction itu..tapi saya masih tidak jumpa dgn Ambassy.
Jalan Tronor namanya..
Agaknya dah 5x saya jumpa KLCC,2x jumpa Zouk...
Masih lagi tidak kelihatan.
Masatu dah pukul 11am.
Ambassy close on 12pm.

Saya pun membuat keputusan drastic.
Saya park kereta kat bangunan MAS.Jalan sultan Ismail.
Amik cab terus suruh ke Ambassy.
kojap je sampai..hampeh tul.
Masa pergi kena RM6.
Masa nak balik ke kereta ke RM7.40.
Parking kena rm4.20.
Total cost RM17.60
Takpelah..dari saya berpusing2 sampai petang kan..

First time pergi Ambassy.
Selama ni company yang buatkan visa semua.
Rupa rupanya nak masuk ambassy ni macam nak masuk flight.
Kena tinggal hp n camera.
Kena check satu badan semua.
Takut kena bomb kut.

Saya kena pergi semula untuk ambil visa on 29th April.
Saya dah tahu dah jalan ke sana.
So takyah amik cab lagi pasni.
Mintak2 visa saya tak kena reject la....
Amiinnn...

Moral of the story:
Lepas ni,sila ambil perhatian time hubby driving ye.

Monday, April 26, 2010

Sampai hati Mia

Sampai hati Mia..
Buat mommy macam ni.
Mommy sedih gila sbb Mia langsung tak bersimpati kat mommy.

Mommy tau gigi/gusi Mia gatal..
Mommy dah awal2 belikan teething biscuit..Mia tak layan pula
Beli teether pun Mia campak2..
Apa dosa syusyu mommy ni sayang?

Kenapa Mia asyik nak gigit syusyu je.
Mia tak sian mommy ke?

Bukannya Mia tatau mommy sakit.
Dulu sampai darah Mia gigit.
Dua hari lepas Mia siap buat gigitan tarik lagi..
Melecet sampai terkelupas kulit.
Lama2 tempat gigit Mia kat syusyu tu dah bengkak.
Macam nak menanah pun ada..

Mommy still tak faham..kenapa tadi Mia still nak gigit juga?
Mommy tahan je time Mia susu.
Sakitnya Allah je tahu.
Bukannya Mia tak faham ..Mia kan anak bijak.
Kalau mommy dah jerit..kalau air mata mommy dah keluar tu.
Maksudnya sakit gila...

Nasib baik Mia anak mommy.
Kalau Mia anak orang lain dah lama mommy amik spannar cabut semua gigi Mia.

huhuhu..
Mommy sedih..
Banyak mommy dah berkorban untuk Mia.
Badan mommy yang selim melim dulu pun dah tumbuh spare tyre sana sini.
Semua sebab nak lahirkan Mia.

Mia suka minum syusyu mommy.
Nape Mia nak sakitkan syusyu.
Nak sakitkan Mommy.
Kalau Mia tak sayang mommy..
Kalau Mia tak sayang syusyu..
Biarlah mommy kena makan dengan batu belah macam ni..

"Batu belah batu bertangkup"
"Makan la aku..luluh la aku"
"Aku kempunan nak tengok anak aku minum syusyu baik baik"
huhuhuh


Mommy pasrah..tapi mommy sedih

Sunday, April 25, 2010

Partayyyyyy

Look mommy..its a pink baloon

And its everywhere

I think i want this one

But the white one is nicer..can i pick both?

Rutin gambar if mommies and babies berjumpa kan..sbb too many paparazi di situ..haruslah mak posing cantik...
But attension should be to the cutie pie befday gal Kira..ur a toddler now
"Happy unbirthday to you"
Mommy pelik tul..Mia baru reti jalan jatuh..tapi apsal tapak kasut dia hitam bebena..lagak macam dah berlari2 punya tapak kasut.

Owhh..ini harus..

On our way back..my cheeky lil baby

Sempat lagi snap2..jam teruk..
Balik from befday Kira kt wangsamaju,we straight to putra height.
overnite at my sister's house.
Sunday pula,due to my sis nak buat rambut kat damansara.
I have to take Pisha along with us to Sunway Pyramid.
I had a date with mommie Sue kat sana..
Sharing is caring,,but shared a stroller is so not..nasib baik dua2 slim.

Muka Harriz malas nak amik port with the girls.

Mommie Sue carik new car seat for Harriz..
Maklumlah her hero ni dah tinggi bagaikn johan..
Off topic ye..semalam Mia gigit my right nips again.
This time kulit melecet teruk.
Tak berdarah..but melecek yang nampak kulit dah tanggal kat dis one area.
Memanglah masa dia suck..pedih gila..
saya tak kisah..saya boleh tahan je.
Lagipun saya taknak belah kanan bengkak susu pula.
Tapi bolehke?
Saya takut tempat luka tu kena infectd pula.
And lepas tu kuman tu move to Mia sbb dia yang hisap..
Nak pump during weekend mmg malas..hahahah

Friday, April 23, 2010

Kisah Jumaat saya

Banyak betul cobaan saya hari ini untuk buat passport Mia.
And lucky me i have the sweetest baby in town..so behaved the whole day tau.
Banyak benda kena prepare.
Nak apply visa lagi.Next week baru nak pergi Japan ambassy apply.
Siyes leceh gila.Nak tau apa syarat dia

1. Kena isi form visa la of cos.

2.Kena buat iltinery apa yang kita plan nak buat,nak visit tempat apa kat sana setiap hari.
Mean saya kena list kan from 9hb until 24th apa yang akan saya buat di sana nanti.

3. Kena bagi surat confirmation letter from majikan.(yang ni Next week baru dapat)

4. Visa photo.

5. Current saving acc mesti ada at least RM6K..kena photocopy and virified from bank.

So malam tadi saya dah list kan satu2 my to do list today.
Bangun pagi terus ke office untuk apply majikan confirmation tu.Next week baru leh dapat.

Then terus ke kedai gambar.untuk amik gambar passport n Visa Mia..juga visa mommy sekali.
Punyalah susah nak amik gambar Mia.Tak leh duduk diam.


After amik gambar, we all gerak ke Putrajaya untuk buat passport.
IC mommy My kid Mia, semua dah complete..
And as usual mestilah ada yang tak kena..saya lupa bawak sijil beranak Mia.
Rasa macam nak hentak2 kepala kat dinding.
Dah kena buat 2-3 kali kerja..saya mmg macam tu.Mak nenek ngok ngek sket.
Balik ke Bangi semula untuk amik Surat beranak.And terus ke Putrajaya.
Lepas bayar, kena tunggu i hour untuk passport siap.

Malas nak tunggu terpinga2 kat emigresen tu..we all balik ke Bangi semula untuk withdraw duit ASB.
Kan ke mesti ada ada 6k dalam current account kan..now pun dah hujung bulan..bukan setakat rm6k takde dalam acc..600 pun susah..wakakak..

Balik semula ke Putrajaya ngam ngam ho la passport siap..yeahhhh...selesai satu urusan..

Gambar passport Mia yang senget bahu sebelah.

Gambar Visa pula..saya suka sangat gambar dia yang ni..muka innocent..muka yang sedap untuk di gomol..

Mommy dah janji..kalau Mia behave mommy bawak jenjalan Alamanda kan..
Plus pressie hunting for Kira oso..(hope u like our pressie ya Kira)
And disebabkan Mia kan sekarang tgh jalan2 jatuh.saya nak belikan kasut yang comfort sket untuk dia.Skang mana pergi,mesti dia nak berdiri.So kenalah berkasut..

Siriyes saya suka giller dgn kasut grey ini..ala2 Suri kan pakai kasut grey..Tapi berat..tapi suka

Then ada kasut white-pink yang ringan ni.Tapi bila Mia pakai kasut ni dia takmo berdiri pula.Dia asyik duduk je..apsal eh?
Ke sebab kasut tu still berat juga?
Dia tak biasa lagi berdiri pakai kasut kut.
saya biasa2 je dengan design ni..tapi kasut ni lighter than the grey one.
Ringan2 pun still Mia takmo berdiri..apakah?
Sedap tak agak2 nya benda ni mommy?
Nyaris ok dia nak masuk mulut kasut ni.Nasib baik mommy tangkas menepis.


End up tak beli pun.
Elok2 dia tgh ada progress untuk berjalan-jatuh.
Pakai kasut terus tak reti.
So biarlah dia berstokin je dulu ke mana2.
Sampai kepam n lunyai socks tu di buatnya.

Then we all pergi lunch+dinner.
Balik rumah..penat gilaa..
Mia dah surrender tdo since 9pm tadi.
Saya penat juga..tapi cam excited nak update blog pasal gambar tomei tomei saya ini.

Thursday, April 22, 2010

Tukar

Saya nak tukar Mia ke nursery lain.
Sebab apa?
Sebabnya..nursery Mia skang dah ramai gila babies.pengasuh sikit.
Mia pun sejak dua menjak ni..macam2 sakit pula dapat..
Tapi sebab utamanya adalah,last week saya datang nursery tu untuk ambil tilam n bantal.
Then saya noticed ada satu memo baru kat memo board.
Diorang nak limitkan visiting hours (lunch break) jadi 20min.Sbb takut menggangu tugasan guru.
Amboi..selama ni saya sorang je yang datang time lunch untuk bf Mia.Tak pernah sekali pun saya nampak ada ibu2 lain datang.
Makanya memang memo itu untuk saya sorang..eleh..ganggu tugas guru ke..ganggu guru nak tdo...boleh blah...

Bibik maybe bukan untuk masa sekarang..mcm2 saya takutkan.
Plus Mia mmg luar biasa lasaknya..parents saya pun ckp mcm tuh.
Diorang dah jaga 4org cucu,and Mia yg paling lasak.
Kuat main..tapi takleh main sorang2,kena org teman.
Tdo sekejap je..makan susah..heheheh..
Sapelah yang sanggup jaga.


Nak hantar ke babysitter,
Hubby saya tak bagi pula.
Dia cakap rumah babysitter bahaya..sbb Mia kan dah suka panjat sana sini.
Kalau at nursery takde perabot.
Babysitter mesti nak buat kerja rumah and memasak.
Mia pula takleh takde org teman dia and akan tdo kejap je..so quite bahaya lah di situ.


Haritu saya ada terbaca kat Forum susu ibu about Bondamama nursery.
Cari punya carik.rupanya ada dekat area rumah i ni.
Plan nak hantar dia ke Bondamama after daddy back from Japan.
Saya dah go tru website dia and agak berpuas hati juga lah.Sbb Bondamama ni banyak gila branches satu Malaysia.

Mean dia dah well established and well trained pengasuh.

Petang tadi,after uwan and atok balik kampong.
Saya n Mia terus g visit sek baru Mia.
sukaaa...sebab baby ada 3 orang je.
Bilik baby kat master bedroom.
Nursery lama Mia,bilik baby kat bilik bibik bawah..kecik gila utk sumbat 6babies.

Baby tak tdo kat lantai..
Ada 5baby cots n 5 buai..awal2 lagi saya dah sound yang Mia tak tdo buai.hahah..
Tapi takut juga kalau2 Mia panjat cot tu pula nanti.

Yang paling best pengasuh2 di situ age range mostly early 30 takpun late 20.
Kira takdelah anak2 dara macam kat nursery Mia dulu.
Ada satu freezer dalam room tu utk store EBM.
Takde lah like her old nursery yang ada satu je freezer to keep everything (bahan2 masak sume sumbut)

Jauh lah sket rumah saya from this nursery.
Kira macam dulu 5min from home je..
now around 15min kut..so saya kena bangun awal la sket.
Takpe ..mommy tak kisah..
Jauh sket..mahal sket..
Asalkan Mia sihat..and mommy happy..

Buang

Pagi tadi masa nak naik lift ke office saya terserempak dengan kawan sekolah rendah saya.
Rupa rupanya dia baru je masuk kerja 3hari lepas.
Syoknya we all ber chit chat..

Bila saya tanya anak dah berapa..
Dia cakap nak masuk 3..
Tapi slim melim ok..

Then dia terus cerita kat saya,anak dalam perut dia ni accident punya baby.
Dia taknak pun lagi..sbb anak dia yang kecik sebaya Mia baru 10month.
DiA dengan busy untuk habiskan master.
Carreer yang baru je nak start ni.
Nak travel from Klang ke Bangi lagi.
Plus dia memang jenis mabuk teruk.
Financial diorang lom stable sangat lagi.
Dia cakap dia terfikir nak buang anak tu..
Sebab BABY baru 3weeks..belom ada jasad.

Saya terdiam juga masa dia cakap tu.
Saya tanya hubby dia cakap apa.
Dia cakap dia tak bagitau pun lagi husband yang dia pregant.
So if kalau dia nak buang dia taknak bagitau husband dia.

Hurmmm..ada juga ye orang macam ni.
Actually boleh ke kita gugurkan baby yang baru 3 weeks dengan alasan2 di atas?
Saya bukannya terror sangat bab2 agama ni.
Yang saya tahu kalau orang yang belom kawin gugurkan memang lah berdosa besar.

Macam mana yang dah kawin,tapi sbb factor masa,duit, kerjaya and so on..bolehke kita buat?
Apa hukumnya?makhrukh ke?or still haram?

Saya tidak tahu..
Apa yang saya cakap..

"Tak baiklah cakap camtu,ni kan dah rezeki kau suami isteri...terima je lah..sian baby tu..lepas ni terus ikat je takyah pregnant lagi"

Saya cakap kat dia..saya memang taknak for now.
Sebab tu saya amik pill family planning.
Sebab saya tidak mahu kejadian "accident" macam tu.
Kalau lah baby itu tahu yang kehadiran dia tidak sapa yang alu alukan..

Kalau saya jadi baby tu,mesti saya sedih.